Pages

Tuesday, July 5, 2011

Cuba lah untuk mengerti.

Assalamualaikum w.b.t!

Kadang-kadang, atau lebih tepat, selalunya, kita akan berasa jauh hati, sakit hati dan bengkek. Bagi orang yang tak pandai nak melawan, kita hanya mampu memendam, memeram, memerap dan menyejuk beku kan segala jenis perasaan negatif yang bersarang dalam kelambu jiwa kita ni. aku mengibaratkan insan yang gemar benar menaikkan temperature orang ni ibarat seekor nyamuk aedes yang sememangnya femes dengan penyakit denggi yang cuba nak try test market nak masuk kelambu yang dah dipasang di  bilik-bilik. Hish, nyamuk, nyamuk. Kau tu dah la buat bunyi bising, suka hisap darah orang. Apa kau tak tau ke orang tak suka perangai kau. Jangan lah masuk kelambu nak gigit orang. nanti orang tu bagi kau penampar 2 bijik, kan kau hancus lumat. kesian kat kau juga kan. Ini kisah nyamuk. Analoginya, begini lah keadaan sekarang. Segelintir orang tak sedar pun yang dia sedang atau dah pun menyakitkan hati individu lain. Tolong lah mengerti. Kita hidup berkelompok. aku pun tak suka komuniti bermuka cuka. Masam sana sini. semua orang pun suka kalau setiap orang saling senyum menyenyum. Kan bahagia begitu? Semua bermuka uncle McDonald. Jadi, mari ramai-ramai bersama-sama menelusuri permasalahan ini. Yo!

Faktor-faktor / sebab-sebab orang sakit hati beb:

1. kau/aku cakap tak serupa bikin.
-cakap lain, buat lain. heh, apa ni. dah dewasa kan.
 
2. kau/aku suka pangkah/condemn orang bila berkomunikasi.
-tolonglah jangan nak pangkah-pangkah ye. mulut tu tolong buat lesen dulu.

3. kau/aku tak pernah memuji sahabat-sahabat kau/aku sendiri.
-tolonglah, dalam seumur hidup kau/aku berkawan, puji lah kawan-kawan tu. 
jangan asik duk mengkritik je. kesian tahu tak.

4. kau/aku cakap ikut sedap hati.
-heh. sakit hati tahu tak? tolong lah bagi muka kat kiter sikit.

5. kau/aku bermulut:
a. puaka
b. parit terbiar
c. longkang
d. tak berus setahun
e. tak berinsurans
f. murai tahap gaban
g. tempayan sumbing

6. kau/aku tak pernah serik
-ini rayuan. tolong sedar kesalahan kau/aku okayh. 
don't let people suffer and annoyed? ok?

7. kau/aku tak pernah faham
-tak faham masalah kau/aku.
tak faham apa yang kau/aku suka & tak suka.
tak faham situasi.
tolong lah mengerti.

aku takde niat pun nak bikin masalah di sini. cuma aku penat menahan dan terus menahan perasaan bengkek ini. aku pun ada perasaan tahu? tak pernah tahu tak aku rasa macam ni. kenapa air mata ni harus mengalir dan mengintai dunia untuk masalah kecil sebegini? membazir tahu tak. terlalu banyak masalah aku. kenapa perlu kau tambah. Mendoakan kau berubah. aku juga minta maaf kalau aku jahat. terkadang aku tak sedar dan tak sengaja. harap kau faham dan mengerti. ok? =))





0 keyboard writings:

Post a Comment