Pages

Saturday, June 30, 2012

This is my way of handling problems ..

Assalamualaikum readers!

Walaupun saya selalu nampak gembira, senyum sampai ke telinga, tapi hakikatnya saya ada masalah yang agak banyak la. ==", takpe, takpe. Mana ada orang yang takde masalah kan? Baby pun ada masalah. Bila mak dia tak layan dia nangis, tu kira masalah la untuk dia. Uwaa, uwaaa, mama tak layan~ >_< Tapi baby is baby, adults are adults. Yang dah besar memang tahu dan faham la what PROBLEMS are, right?


Macam-macam orang akan buat bila diorang ada masalah. Ada yang nangis (saya salah sorang nya, hakk), ada yang tak makan, ada yang nak terjun bangunan (nauzubillah, mintak dijauhkan), dan macam-macam lagi la. Menangis tu perkara biasa bagi kaum hawa la especially nya. Tak salah menangis kalau itu boleh mengurangkan beban tu sikit. Sementara takde shoulder to cry on kan. Sob, sob, sob. Yang penting, sediakan tisu banyak-banyak dulu. ='(


Ok, bila saya ada problems, saya akan buat benda-benda di bawah ni :


1. Menulis dalam buku kecil ini . Lovely Bear nama dia.



thanks lovely baby bear sebab sudi teman kiter time kiter sedih~
macam-macam tulis kat sini.
dah tulis tu, arrrgh! lega nya =)


tengok baby bear cakap apa : everyday with you ^^,
hee


2. Tenangkan fikiran dekat koridor hostel. Nyaman nya, dengan kehadiran lembu-lembu yang kiut.


sangat tenang dengan kewujudan pokok nan menghijau~ Alhamdulillah.
Semoga pokok ini kekal di situ, terhindar dari ditebang.
Kalau tak, hilang lah keindahan, kehijauan yang kami sukai ini.


nampak tak tiang elektrik tu?
kat situ lah tupai, burung yang bermacam-macam warna & jenis, dan kadang-kadang
musang suka bermain. hee. indahnya simfoni alam ni.
 that's why i love this special port.


3. Duk sorang-sorang dekat tangga layan perasaan ~ 


tangga blok uthman.
kat sini la tempat bergayut telefon, kat sini jugak la air mata selalu menitis.
sob, sob, sob. 
tangga yang penuh memori. ~konon~


4. sumbat earphone dekat telinga dan -La La La- alunan muzik meng-conquer ruang telinga.


 dengar lah lagu yang boleh menenangkan perasaan ye.
jangan pulak, bila stress, pegi pulak play lagu metal. ==" apokono eh jang?
tak ke haru..


5. Duk mengadap laptop. =D


 walaupun selalu je buat hal, i love you always lappy. ^___^


6. dan sudah tentu lah, Quran sumber inspirasi dan motivasi ku. Sepatutnya no 1 dalam list ni. ==".


 
bacalah ayat-ayatNya, 1 page sehari pun dah Alhamdulillah.
moga-moga, Allah sentiasa mentarbiah dan menyentuh hati-hati kita dengan ayat-ayatNya
yang indah, penuh motivasi dan penuh peringatan. 
Dan yang paling penting, supaya kita tak lalai dan menjauh dari Dia Yang Maha Esa ^^, 
InsyaAllah, semua orang boleh. Chaiyokk, chaiyokk !


Sedikit sharing is caring bersama :
Jika kalian punya masalah, mengadulah pada Dia yang memegang hati-hati manusia. 
Mengadulah pada Dia apa jua masalah kalian, kerana Dia adalah sebaik-baik Perancang. Moga dengan doa dan usaha, Allah merancang yang terbaik untuk kita.



Dan ingatlah, Allah berfirman dalam surah Ar- Ra'd yang maksudnya :
 ''.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenteram''.
(13:28)

Istighfar banyak-banyak okey ;-) 
Apapun masalahnya, InsyaAllah ada jalannya.
Don't worry, keep on praying ^^,




don't forget to smile ^_____^



Thursday, June 28, 2012

Melukis?

Assalamualaikum :-)

Subjek SDP (Seni Dalam Pendidikan) hari ni, kami belajar teknik campuran warna asas atau pun disebut jugak sebagai warna primer. Apa warna primer tu ek? Of course la warna merah, biru dan kuning. Ni mesti semua orang tau kan? Bila campur warna primer ni, akan jadi la warna sekunder. Lepas tu nak buat warna tertier, campur pulak warna primer dengan warna sekunder tadi. Pening jugak mula-mula tu. Nak tercabut kepala rasa. ==""

Lepas dah tau macam mana nak campur warna-warna ni, lecturer pun suruh lukis apa-apa objek yang boleh diwarnakan dengan warna-warna ni. Puas la fikir punya fikir, pastu ni jela yang saya dapat lukis. ~_~


ni dia 2 ekor ulat beluncas. =D
kelakar pulak rasa. 
sampai je time nak campur warna biru dengan merah, tak jadi lah pulak.
sebab dah nak habis kelas, hantar je la. ==''.
dalam ulat beluncas ni ada warna sejuk dan warna panas. =)


Kalau ikutkan, saya suka melukis, tapi kalau ada contoh la. hehe. Kalau tak, memang fail la lukisan tu. Meh tengok beberapa hasil lukisan saya yang tak seberapa ni. Semua lukisan ni dibuat waktu boring-boring dulu. >_<


spongebob. of course la tengok contoh original kan.
>_< hik. yang ni khas untuk adik saya yang waktu tu cuti sekolah.
so, diorang ada la benda nak buat kan, dari duk tengok tv je. =)


doraemon. yang ni pun senang nak lukis.
kalau ada contoh la. >_<


shin chan pulak. 


yang ni tahun lepas punya lukisan.
budak-budak sikit, biasa la. saya tak reti sangat melukis ni. @_@


yang ni lukisan feveret saya. hehe.
masuk lif tutup sendiri pulak. =p
lukisan ni saya lukis waktu tunggu lecturer. bosan punya pasal kan.


doodle macam ni saya paling suka buat.
sebab senang dan tak payah guna pemadam sangat. =)


Bila belajar subjek SDP ni, baru la rasa susahnya nak melukis ni. ==". Katanya - cikgu sangat sinonim dengan lukisan. Hmm, yela tu. Huk, huk. Lukis ayam pun tak jadi. (-..-)


drawing-just dancing on paper ==?


Do you like drawing? =)

Monday, June 25, 2012

Derma darah :-D

ini dia lambang derma darah =D

Assalamualaikum !

Alhamdulillah, hari ni, 24 Jun 2012 telah berlangsungnya program derma darah yang entah ke berapa kali nya di dewan Al Farabi IPG KDRI. Tapi bagi saya, ini adalah yang ke-4 kali. Sepatutnya yang ke-5, tapi semester lepas tak dapat nak derma dek kerana haemoglobin yang rendah. Sedih, sedih. T_T. Alhamdulillah, dapat jugak derma untuk semester ni. =)

Masa mula-mula nak derma, memang nervous dan takut yang tak dapat di-explain dengan bahasa Melayu. Takut jarum la, takut pengsan la, macam-macam takut la nak katanya. Tapi bila tengok kawan-kawan dengan riang nya asyik ajak pergi derma darah je, start dari situ terdetik nak derma darah. Dan sampai hari ini, saya ADDICTED to blood donation. Kalau ada program derma darah je, mula la ---> Hey! Bila itu derma darah???  (-..-)

ni dia yang selalu buat orang takut -picagari-
yeke nama dia picagari? ye kot. ('',?)

Kalau nak ikutkan, bila masuk je jarum ni dekat urat kita, memang rasa jugak sakit tu. Tapi tak lama, dalam 3 4 saat je. Tujuannya nak inject bius je. Bagi tak sakit masa masukkan jarum yang lagi besar untuk sedut darah tu. Tipu la kan kalau kata tak sakit. Ada jugak rasanya. Tapi kena tahan la sikit ok? Kan dah besar. Ni la cabaran yang saya suka. Untuk menghadapi ketakutan sendiri. Iaitu dicucuk encik jarum. -_-!

Ok, jom tengok duta derma darah kita.


 duta pertama. cik ain. tapi dia duta buku derma darah je.
sebab dia tak derma kali ni. hehe =p


 duta kedua- cik shin ee.
senyum je cik shin ee kita. semangat mesti ada!


 duta ketiga- cik imah.
haa, tengok, dia pegang beg untuk tampung darah tu. tak sabar, orang ramai betul ~_~


 sebab ramai sangat, duta kita baca buku dulu!


sabar, sabar. T_T...
lambat lagi ni.

Okey, sebenarnya menderma darah memang la sangat-sangat bagus. Banyak faedah/manfaat yang bukan sahaja penerima dapat, tapi kita sebagai penderma pun dapat jugak. Best kan? As a Muslim, why not we grab the opportunity to be the one who is beneficial to others? Atau dalam bahasa Melayu nya, jom jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain! Yuk ^^,

Antara faedah yang boleh kita dapat kalau mederma darah ialah:

1.Of course la dapat selamatkan nyawa orang lain yang memerlukan darah. Contoh, kalau accident yang darah pesakit tu banyak hilang. Kita dapat tolong mereka =))

2. Derma darah pun dapat rangsang badan untuk hasilkan lebih banyak sel darah baru. Taraf kesihatan penderma pun meningkat sebab sel darah baru boleh bawa oksigen lebih baik dari sel darah lama. 

3. At the same time, kecekapan zat besi dalam badan meningkat sebab ia diperlukan untuk hasilkan sel darah merah yang baru. Yang best nya, proses ni boleh bantu kawal kandungan zat besi dalam badan dan elakkan pengumpulan zat besi di jantung yang boleh sebabkan sakit jantung!
 
4. Kalau secara psikologi pulak, penderma jadi lebih tenang. Why? sebab nya, tahap kesihatan dia lebih baik lepas derma darah!

5. InsyaAllah, dapat ganjaran di sisi Allah s.w.t! Tu paling penting kan? Apa-apa yang kita buat, niatkan kerana Allah. Fastabikul khairat! Berlumba-lumba mengejar kebaikan. Menderma darah pun salah satu perkara kebaikan kan? ;-)

Info lain yang berguna tentang derma darah ni:

1. Every time derma, darah diambil hanya 300-450 ml je. Tak banyak pun, cuma 1 beg yang berbeza ml =). Jangan takut darah hilang! 8% darah je dikeluarkan dari tubuh badan kita =)

2. Badan kita akan gantikan semula darah dalam masa 72 jam =)

3. Jangan risau tentang masalah penyakit berjangkit sebab proses pengambilan darah ni selamat. Jarum semua baru dan bersih. Jarum yang dah digunakan, akan dibuang!

4. Sel darah merah ni untuk penyakit seperti talassemia, leukimia, orang yang kehilangan darah dan orang yang kekurangan darah (anaemia).


Ciri-ciri penderma:

1. Umur mesti 18-65 tahun ke atas. Berat: melebihi 45 kg.

2. Tahap haemoglobin at least 12.5%.

3. Tak menghidap penyakit kronik.

4. Tak minum alkohol 24 jam sebelum derma.

5. Tak ambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

6. Tidur lebih 5 jam pada malam sebelum  hari menderma.

All information is from www.harum.com.my


jari akan dicucuk sikit untuk proses blood test.
kat sini la penentu boleh derma ke tak.
depends on your haemoglobin=)


setiap penderma akan dapat beg ni.
just tunggu masa untuk menderma je.


semua tengah tak sabar-sabar nak kena cucuk.
ada yang datang dari pukul 11, tapi dah pukul 2 pun belum sampai jugak gilirannya.


sebab kitorang tak lunch lagi sebelum derma darah, 
kitorang makan kek yang pihak hospital prepare ni dulu. hehe =D
alhamdulillah...


finally, dah sampai giliran!
lega betul.


lepas derma darah, tak digalakkan bangun terus. 
kalau tak, korang mungkin akan pening-pening, tak pun darah memancut keluar dari lengan tu.
hari ni je, dalam 2 orang darah memancut. ~_~


alhamdulillah, sebab balik last, dapat la oren sebiji dan kek ni sepaket.
rezeki, rezeki.


tadaa~ dapat sijil penghargaan =)


saya suka derma darah =)
jom derma darah!


 moga usaha ini sedikit sebanyak membantu golongan yang memerlukan di luar sana =)
insyaAllah.
lillahita'ala.


 







Friday, June 22, 2012

Metamorfosis masa

Salam alaik ^^,

Sebelum datang IPG, minat membaca saya sangat-sangat nipis. Tak rasa nak membaca pun. Tapi, dah dekat 2 tahun lebih dekat sini, semangat membaca tu slowly develop. Sebabnya bercampur aduk. Motivasi nak membaca tu banyak dari lecturer, credit to Madam Zaleha. She always remind us about reading habit. She said something like this "By now you should have started reading. How you're going to write your thesis if you read little". Hmm, she said it right.

Secondly, minat membaca tu semakin melompat-lompat sebab IPG selalu buat book fair. Boleh consider book fair ke tak eh? Mm, boleh la. Tapi kadang-kadang tu, book fair ni mesti time saya tengah kering. Time elaun dah habis, tak pun, time elaun tak masuk lagi. ==''. Frust, frust. Tapi, alhamdulillah, by previous semester and back then, rezeki ada nak beli buku. Jadi, terhasillah koleksi buku (walaupun sikit) dekat rak buku tersayang ni.


 yang ni koleksi buku yang dibeli dan dapat free masa program anak angkat.
ada yang tak habis baca lagi  ~_~
semua buku yang tak habis baca tu tengah tunggu giliran.
 sabar ye buku-buku. =)


yang ni pulak, buku-buku reference untuk course kami, TESL.
ada yang tengok gitu-gitu je.
kadang-kadang rasa membazir je beli buku ni sebab tak baca, 
tapi bila fikir balik, insyaAllah ada guna nya nanti.
dan saya amat kedekut nak jual buku ni walaupun tak guna sangat.
saya sangat sayang buku saya. =D

Currently, saya sedang membaca buku yang dipinjam dari perpustakaan Ibnu Sina. Agak tamak ye, padahal buku sendiri pun tak habis baca lagi. ==', Hee. Takpe, takpe. Okey, ni buku yang dipinjam tu.


buku yang best dan mantap penulisannya.
tajuk : Secangkir Teh Pengubat Letih
penulis: Ust Hasrizal Abdul Jamil.

Genre buku ni ialah travelog. Saya mula tertarik dengan buku-buku travelog ni selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat. Start daripada situ, asyik melilau je cari travelog. Travelog ni yang bestnya, dia menceritakan kisah atau lebih tepat lagi pengalaman penulis tu sendiri berada di negara Islam yang lain. Sangat-sangat berinspirasi dan bagi pembaca keinsafan. Syukur dengan apa yang kita ada kat negara kita yang aman damai ni. Alhamdulillah.

Ok, back to this book, yang paling memberi keinsafan ialah situasi di sana, di negara Turki. Kalau dekat Malaysia, pemakaian tudung adalah bebas walaupun hukumnya WAJIB, dekat Turki sebaliknya. Sedih sangat bila baca macam mana muslimat kat sana hadapi situasi ni. Ada yang dah final year, masa nak ambil exam, tak dibenarkan sebab memakai tudung. Dan muslimat Turki berada dalam situasi IMAN dan IMPIAN. Hmm, sedih, kita dekat sini macam mana? Tudung sangat banyak, sekarang banyak jenis jugak. Tapi still, ramai tak rebut peluang, tak ikut hukum WAJIB tu. Insaf walaupun tidak menghadapi situasi tu. Hanya mampu doa muslimin dan muslimat di Turki sana kuat hadapi ujian ni. =')

 
buku kedua yang dipinjam.
terkumpul dalam buku ni ialah kisah-kisah motivasi.
jadi, buku ni memberi motivasi untuk saya sempena musim awal semester baru,
semester 4 2012!

Saya tak dapat nak hurai dengan lebih-lebih buku ni sebab tak habis baca lagi. Plus, baca buku ni kena kosongkan fikiran dulu sebab dah terang-terang dekat situ --> Penyucian Rohani. Baca kalau ingat benda lain pun tak boleh jugak kan. Nanti rugi je la pinjam, input tak dapat. Dan ia juga berkaitan sirah, yang penceritaan nya ada dalam al Quran. Jadi kena la lebih bersedia untuk baca.



"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
(1: Al-Alaq)

Let's spread the wings of reading as wide as we could =)
HAPPY READING.
Share with me what you've been reading!



Thursday, June 21, 2012

Khamis yang menggamit memori =')

kain pelikat ayah =')

kain pelikat dari ika buat ayah, kini jadi pengubat rindu ika pada arwah ayah. =) betapa ironinya. ika suka tengok ayah di atas hamparan sejadah mengenakan kain pelikat yang ika hadiahkan ni. doa sesudah solat, ika dapat dengar satu persatu. =') rindunya.


 kereta kesayangan ayah =')

kereta yang penuh kenangan. ke mana kita pergi, kereta ini lah yang memacu arah kita. kereta ini jugalah yang menjadi saksi tatkala ayah memberi secebis nasihat. rindu juga =') 


ingat lagi gambar ini? ayah ambil waktu pertama kali ika beli laptop ni =')

hari pertama ika beli laptop, ayah sudah bersiap sedia di hadapan. ayah rasmikan microsoft word ika dengan sedikit kata-kata ayah. bila rindu ika buka dan baca semula kata-kata ayah tu =')

dan diari ayah. ika simpan dan baca bila rindu.


2 Sya'ban 1433 H (12:14am)
Terengganu.
Al Fatihah.

Rindu seluas langit, doa tiada henti.
Buat ayahanda dan bonda.

Rindu ayah, rindu mak.
Moga Allah beri kekuatan, kesihatan pada Mak. =)

Tuesday, June 19, 2012

HECTIC

Assalamualaikum friends =)

Well, this semester onwards, we're going to face a hectic life. As a student of course.
We are going to have coursework as early as the 3rd week of this beginning semester. Can you imagine that? Think like me, sigh like me. ==", 

What else do we have? Oh, yeah! Camping!! U-la-la-la. I do really love camping. Well, let's see. When was the last time i went for camping? Oh, it was during the 1st semester, the so called BIG programmed. So, looks like i'm going to dream about camping stuff tonight. Let's dream together! Yay, yay! I really hope there's going to be jungle trekking. And favourite friends of us-PACAT. What is it in English? erm. 

Let's not talk about exam too early. We are not an exam oriented students. Though it is the fact. ==?
Any more that i forgot to list out here? Yeah, yeah. Still a lot more. But, i prefer not to tell, just to keep.


no, no, no. this is not me.
this is too hectic. eee. 

p/s : just a piece of reminder--> whatever that we do, do it at our best! Be it studying, join any programs, doing a business. anything! go all out to gain the product. if we plant a mango seed, make sure it turns to be a mango tree, producing sweet, healthy mangoes fruit=) That's it! Sweet dreams ^^,

Monday, June 18, 2012

What's for dinner?

What's for dinner? Dinner?
Noodles for dinner? Dinner?
What's for dinner? Dinner?
Rice for dinner? Dinner?
Hey, what's for dinner? Dinner?
Chicken for dinner? Dinner?
No, no!
Only red bean bun for dinner, dinner!

p/s: Ok, reka sendiri, macam budak-budak pulak dah rasa. ==",
seriously, tahap lapar critical. Tapi kena ingat, lapar-lapar pun, saudara kat syria, palestin, afrika, dan yang sewaktu dengannya lagi lapar. I have to be strong, patience, for allowance would be in just another few more weeks. Sounds very soon right? But, i don't think so. Might be early of July, or might be in the middle of July. Who knows?

Sunday, June 17, 2012

Keyakinan ku hanya pada Mu, Ya Rabb

ALHAMDULILLAH :-D

Kalimah tepat terpacul dari mulut tatkala saya melihat keputusan exam semester lepas pagi tadi. Perasaan : sungguh tak terkata.
Hanya Dia dan Dia Yang Maha Mengerti. 
Kekuatanku, keyakinan ku hanya padaMu. Restu ku pohon pada ibunda tercinta.
Alhamdulillah, berkat doa mak, anak mak ni dapat juga merasa sesuatu yang memang dia ingin2kan selama ni. :-)
Dan untuk arwah ayah yang selalu doakan ika, ika sentiasa ingat dan sayang ayah :-)

Ika rindu ayah sangat-sangat! Mak, terima kasih sangat2. Ika akan ingat jasa mak dan ayah =')

Semoga Allah memberkati segala perbuatan, ilmu dan urusan ku dan sahabat-sahabat di bumi penyu ini. Aminn.

And of course, a congratulate from me to you, Kampung Manggis's folk, for successfully grab the dekan's title! Wish you all the best for this final semester =)

Dalam apa jua yang kita lakukan, lakukan sehabis baik kerana kita yakin pada ayat Allah yang satu ini:
"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal".
Ali Imran:159

Indah kan, jika hidup sentiasa dalam redha Allah? Jom semaikan tekad dalam setiap urusan kita!

Till then =') 

Wednesday, June 13, 2012

Cuti yang terisi!

Assalamualaikum!

Cuti2 ni selalu korang buat apa ye? Saya buat macam-macam! ^__^

Entry kali ni, saya nak share tentang aktiviti cuti saya yang tak seberapa ni. Hee

1. Berniaga di depan rumah

ni antara kuih2 yang dijual. 

2. Masak-masak (yang senang je)









yang ni paling senang nak buat. 
mula-mula memang ingat susah, tapi bila dah siap. 
eh, senang juga ya? >_<

tengok, dah nak licin dah piring tu. ahaa~

2. Buat kraftangan yang senang jugak 

yang ni mesti ramai pernah buat kan?
cuti ni la pertama kali buat, kali terakhir saya buat benda ni masa darjah 6 dulu. lama sangat dah tinggal benda2 macam ni. ^^,
bahan pun senang je: tali warna warni, (1 tali 10sen je), gam uhu, dan batang aiskrim! lepas tu boleh la buat ikut cara sendiri.
buat benda ni pun dapat income tau. ihik,
saya jual dekat budak2 je, satu 50sen je. jadi, setakat ni dekat 4 rm jugak la dapat. hee >__<

4. Berkelah di Lata Jarum





balqis comel main dekat tepi2 je. grr, sejuk, sejuk~

5. Main dengan balqis!

 balqis ni kalau tak pakai tudung, orang ingat baby boy. hee


tengok. comel kan bila balqis pakai tudung. tembam je pipi tu @_@

6. Makan sudah tentu!

 sedap jugak la muffin katun2 ni.


err.

7. Melawat kambing mak long



 8. Ronda-ronda kampung

ku cinta kampung ku~


Macam tu la serba sedikit cuti singkat saya.
Korang macam mana?
Mesti lagi best kan?
Apa-apa pun, cuti yang ada tu pastikan kita hidupkan, kita penuhkan dengan perkara yang bermanfaat ok?
Spend time with your family well :-)

TAK PUAS CUTI PULAK!