Pages

Saturday, May 18, 2013

Fuhhhh, semangatttttttt

Fuhhhhh, semangat...!
Bila ada orang buat kita naik angin.
Pulak nya, kita ni jenis makan dalam.
Lagi la angin nya.
Minum kopi halia pun tak hilang gak angin tu.

Bila jumpa orang suka buat angin kat kita ni....
Solution dia, buat bodo je...
Dah memang dia camtu, nak buat camne lagi.
Ye dakkk?

Memang rasa nak hempuk-hempuk.
Tapi sebab kita disarankan ingat jasa baik orang.
Yang jahat tu kita.
Yang baik tu orang.

Ni sebab aku jahat la,
aku pendam je...
Sampai aku senyum dah kelat cam hape tak tau....

Hishhh, aku pelik laa.
Kenapa bila kita tak melawan, 
orang duk suka hati je, 
marah-marah, tengking-tengking, perli-perli kita?


Apa ingat aku ni takde perasaan ke hape??
Hee, aku gerammmmmm gila kat orang camni.

Biar la.
Yang penting aku kat sini lagi setahun lebih je.
Lepas tu, bye-bye!!!
Bwekkkkk


Friday, May 17, 2013

Tentang Jumaat dan cita-cita. Ya, cita-cita.

Assalamualaikum w.b.t kepada yang sudi membaca. 
Selamat petang buat non-muslim readers. *sebab sekarang petang*


Mak long yang akan sentiasa dikenang.(gambar raya)

Ini mak long. Yang telah dijemput Ilahi pada 7 Disember 2012.
Dijemput pada hari yang sangat dikejar muslimin dan muslimat, hari Jumaat.
Cemburu. Tapi itu anugerah Allah untuk mak long.
Perkara ghaib yang tak dapat diketahui makhluk ciptaanNya, kematian.
Ya, mati itu suatu perkara wajib. Tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.
Bila ia datang, tak siapa dapat lari. Kan?

Khamis sebelumnya, mak long dah terlalu sakit. Teramat sakit.
Melalui reaksi mak long, pergerakan, dan keadaannya yang aku sendiri,,, sedih melihatnya.
Khamis tu, aku singgah sebentar ke rumah mak long dan aku tengok mak long dah terbaring, tak larat nak gerak.
"Mak long, nak pegi hospital tak? Dah teruk dah ni sampai tak boleh gerak ni"
"Takpe lah ika, mak long nak pegi dah ni"
..... tersentap aku sekejap. Pergi? 
='( 

Dan jumaat tu, mak long pergi dengan tenang. 
Alhamdulillah, aku dapat merasa mandikan jenazah mak long.
semua lancar.
Dan paling gembira.... Sebab mak long senyum setelah lengkap bertelekung.
=')

Syukur ya Allah, Engkau permudahkan segalanya. 

Dan cita-cita aku, ingin 'pergi' di hari Jumaat juga, jika diizinkan Allah.
Moga husnul khatimah, insyaAllah. Amin.

Cita-cita aku, ingin berbakti kepada mak, ayah dan keluarga.
Aku masih boleh berbakti pada ayah walaupun jasad nya sudah tiada.
Aku akan berusaha untuk berbakti kepada emak. 
Berusaha jadi anak yang solehah dan baik.
Aku ingin jadi kakak yang baik. 
Ingin jadi rendah hati.
Semoga.

Amin.


Ayah dan mak long. Tetap dalam hati dan doa ika. =')


 

Wednesday, May 8, 2013

Oh adik-adik ku. Hee

Assalamualaikum w.b.t semua....

Dalam kesibukan nak exam, aku masih ada masa lagi nak tulis something kat sini ye. Hmm. Takpe. Sebab dah lama tak menulis. Rindu nak menulis kat sini.

Kali ni nak tulis pasal adik-adik aku yang sekarang dah semakin membesar. Yang paling kecik pun dajah 5 la. Yang still bersekolah sekarang tingkatan 1 sorang, lagi satu tu tingkatan 2. Semua baru nak mengenal dunia. Gaduh ngan kawan la, gaduh sesama sendiri la.... Haha. Suka kat orang la. Hadoii. Itu lah remaja kan. Suka duka ada belaka...

Petang tadi aku check akaun bank rakyat. Dan alhamdulillah. Ada hamba Allah masukkan duit. Aku pun tak tahu sape. Yang penting, duit tu bukan untuk aku, untuk adik-adik aku la of course. Alhamdulillah. Boleh la nanti beli apa-apa untuk diorang. Semoga murah rezeki orang tu kan? =')

Teringat aku masa ayah masih hidup dulu. Ada je benda ayah beli untuk adik-adik aku. Beli bantal yang fluffy sorang satu, beli jam sorang satu, beli kasut sorang sepasang, beli baju raya macam mak datin, beli macam-macam la untuk adik-adik aku tu. Hmm, tapi sekarang tak boleh macam tu dah. Ayah dah takde, kita kena bersyukur apa yang ada, ok? Memang sekarang susah sikit, tapi insyaAllah, susah-susah dulu, senang-senang kemudian kan? Kita semua rindukan ayah. Sebab ayah penyayang sangat. =') Haa, mula la akak korang nak meleleh air mata nih. Hmmmm.

Lagi satu, ayah aku dulu suka bawak adik-adik aku pergi berjalan. Sekarang tak boleh macam tu dah tau. Kita kena belajar rajin-rajin ok? Kena ingat la jasa ayah.

Yang aku tau sekarang, aku kena majukan diri aku sebab ayah dah takde nak bagi kata-kata semangat, support kat aku. Aku kena jaga adik-adik aku macam yang ayah buat selalu. Sebab ayah tak suka tengok anak-anak dia susah. Kalau boleh semua dia nak tunaikan. =')

Kat sini, aku bukan nak berjanji, tapi selagi Allah panjangkan umur aku, aku akan jaga adik-adik aku. InsyaAllah. Korang doakan aku berjaya ok? Semoga adik-adik aku berjaya dunia akhirat. Eh, aku lupa nak cakap, aku ada mak yang selalu doakan aku. Alhamdulillah. ^___^ Kita haruslah kuat!