Macam ni lah rutin harian angah. Setiap kali kupas bawang putih, mesti dia duk mempersoalkan ketidakpandaian nya dalam bidang matematik. Kadang-kadang tu, terdengar juga bebelan halusnya "apa ke bebal sangat lah aku ni bab-bab math ni" di sudut dapur rumah mereka. Sampai ada beberapa kali jugak lah, air mata nya meleleh memikirkan nasibnya yang kurang baik dalam bidang matematik. Ketika rakan sekelas yang lain bermegah-megahan dan tidak kurang juga yang riak, takbur dan angkuh dengan keputusan membanggakan yang mereka perolehi, angah pula bersentap-sentapan dan berduka cita sambil membulat-bulatkan kertas peperiksaan nya menjadi sebiji bola pingpong. Tatkala ayah ingin melihat prestasi unggul nya dalam bidang matematik, mesti ayah akan berkata "cantik sungguh kertas exam angah. takpe angah, B- je pun. Ayah dulu paling koman pun A-. Angah boleh cuba lagi, jangan cepat putus asa ye." Arrgh, menyirap darah angah. Tiap kali angah menyirap, mesti habis satu botol sirap angah kerjakan. Buat air bandung lah, sirap limau lah. Yang hairan nya, tidak dikongsi pula air yang dibuatnya itu dengan ayah dan alongnya. Ish, ish, ish. Macam tu lah angah bila tengah menyirap dan bengkek.
Along memang seorang abang yang caring dan concern terhadap adiknya, si angah tu. Hari-hari along duk fikir cara nak bagi angah faham dunia matematik yang padanya seumpama menggoreng kacang tanah sahaja. Along memang sayang pada angah. Apa yang angah buat sentiasa along update. Time orang lain update facebook, twitter dan blog, si along duk update pasal angah je. Sayang bebenor dia ke angah tu. Katanya "tu je lah adik along satu-satunya ayah. Kalau dia tak pandai math, nampak sangat along pun tak pandai math. Padahal along cerdik dan pintar bab-bab math ni." Wah, wah, wah. Sangat takbur di sebalik kata-katanya itu. Tapi, jauh di sudut hatinya, angah lah penglipur lara nya di rumah mereka itu. Bagus betul along ni. Sudah lah cerdik, pandai memasak, tampan dan kacak pula tu. Kak ita sebelah rumah mereka asyik duk perhati je along dari jauh. Kesian kak ita. Dalam diam, along telah pun merancang sesuatu supaya angah dapat memperbaiki ilmu hisabnya. Baik betul kau, long.
Along bercadang untuk mendaftarkan angah ke kelas tuisyen persendirian. Tujuannya supaya pengajar dapat fokus kepada angah sahaja. Walaupun along tahu angah memang benci dan alergik dengan sebarang jenis kelas yang bukan di bawah kelolaan sekolah, along teruskan jugak niat suci murni nya itu. Abang mithali lah katakan. Sebab tu kak ita tergoda tu.
Setelah beberapa lama, angah pun memulakan sesi pembelajaran nya di pusat tuisyen persendirian tersebut. Tapi, apa yang angah dapat ialah-dia tak faham satu apa pun yang diajar oleh pengajar tersebut. Setiap kali balik dari pusat tuisyen tersebut, mukanya mesti sama taraf dengan cokodok pisang yang along buat waktu angah tengah sibuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dahulu.
Along mengajar angah math dengan penuh wibawa. Setiap kali angah menggaru kepala dan berguling-guling di atas lantai, along terus menunjuk ajar angah dengan cara yang dapat difahaminya. Along selalu memberi kata-kata motivasi kepada angah. Hampir setiap malam, angah akan menyelesaikan sekurang-kurangnya 2 soalan yang direka oleh along. Kemahiran nya semakin mantap. Diam tak diam, angah kini menghampiri kecerdikan along. Dia tidak lagi berduka cita ketika mengupas kulit bawang putih.
Peperiksaan telah pun berlalu. Keputusan juga telah dikeluarkan. Sungguh tidak disangka, angah menepati jangkaan along bahawa dia akan mendapat A+ kali ini. Suka tidak terkata angah. Kawannya, si Markonah berkata "pelik ibni musibat ni. apecer aku dapat A-, lu dapat A+ ni?". Angah membiarkan Markonah dengan teka tekinya. Keputusan itu disambut dengan gembira oleh ayah dan along. Yang pastinya, along orang paling gembira sekali sebab adik kesayangan nya telah pun expert dalam bidang kebanggaannya, iaitu matematik. "Kan along dah cakap, tak susah nak faham math ni. Angah kena banyak buat excercise je." Angah hanya tersenyum kambing sambil memeluk patung ninja turtle sebesar saiz seekor kucing parsi yang dihadiahi ayah dan emaknya. Hadiah lain yang dijanjikan ayah nya ialah-percutian 3 hari 2 malam di Pulau Chekas. Gembira tidak terkata lah si angah tu.
Maths, oh maths. Semester ni kami study math la! harap-harapnya saya dapat la faham dunia matematik ni. Wah!
0 keyboard writings:
Post a Comment