Pages

Saturday, June 25, 2011

ubi ketuk










Lepas je along dengar ayah dia berborak ngan angah pasal ubi ketuk feveret si angah tu, terus along pegi pasar basah dekat raub, pahang. Kat sana orang cakap banyak jugak jual ubi kayu. Sepanjang perjalanan nak ke pasar tu, si along yang bawak motor kapcai ni terfikir-fikir balik resipi ubi ketuk yang mak ajar dulu. Mak diorang sekarang dekat Australia, sambung belajar dalam bidang masakan. Sambil-sambil mengerut kan dahi nya yang licin tu, along pun bermegah-megahan di dalam hati nya "alah, senang je buat ubi ketuk ni. apa susah? huahuahua". Sudah lah bermegah-megahan, sempat lagi along pandang kiri kanan, kot ada awek cun, boleh juga tayang dahi licin nya itu. Fikiran along mengerawang duk fikir pasal ubi kayu je. Di dalam hati along, bukan ada taman, tetapi perasaan berkobar-kobar nak buat ubi kayu feveret angah. Along membebel di dalam hati "aku kalau masak, mesti licin macam dahi aku ni. ni yang aku tak sabar-sabar nak mengeluarkan balik skil-skil memasak aku. muahaha." Akhirnya, sampai jugak along dekat pasar basah tu. Dibeli nya berkilo-kilo ubi kayu untuk stok sebulan. (Along, ko tu bawak motor kapcai je, muat ke nak beli banyak-banyak ni?) Jadi along pun kurangkan sikit kilo ubi kayu tu. Dah bayar pe sume, terus along start motor nya dan meluncur laju ke rumah mereka di ulu gali.

Lokasi: dapur rumah mereka.

lalala. along menyanyi dengan macho nya. siap pakai apron renda-renda yang mak buat lagi tu. along memang pembersih. bukan setakat pakai apron, topi chef yang mak dapat hadiah besday tu pun dipakai nya juga. selain tu, sebelum melakukan kerja memasaknya, dia cuci tangan dengan lifebuoy dulu. punya la anti kuman. along pun memulakan aktiviti membuat ubi ketuk. pada masa yang sama, ayah dan angah masing-masing sedang ceria menonton cerita atashinchi yang mereka download di youtube. kata angah"mak dia macam mak kita kan along?". "mana ada, jangan nak berimaginasi sangat angah", balas along. Along meneruskan rancangan masak-memasak nya. Tak sangka, resipi ubi ketuk ada dalam kepala je. Along memang seorang yang bagus dalam bab-bab memasak ni.

Ubi kayu direbus sehingga empuk. 
Along memasukkan beberapa cubit garam ke dalam ubi yang sedang di rebus.
Setelah empuk, along mengasingkan ubi kayu tadi ke dalam bekas yang lain.
Along tunggu pula hingga ubi kayu tadi dah agak-agak sejuk.
Dah sejuk, along pun mula mengetuk ubi kayu tadi menggunakan alu lesung batu.
Diketuk-ketuknya penuh kesopanan dan kesusilaan. 
Kak Ita sebelah rumah terpikat dengan sikap along ni. Tapi along tak layan. Katanya-"Dalam hati along sudah ada taman". Cess. Melepas kak ita.
Seterusnya, digaul pula ubi kayu tadi dengan kelapa yang dah di mesin.
Sebelum tu, along gaul dulu kelapa dengan garam.
Kemudian, along letak sedikit gula mengikut minat angah dan ayah. 
Mereka tak suka terlalu manis dan terlalu tawar.
Setelah itu, along mengepal-ngepal aduan tadi menjadi bulat seperti penumbuknya.
Dikepal-kepal nya dalam 30 biji. Kata along"angah ni tak cukup 3 biji ni. baik buat lebih."
Selesai mengepal adunan menjadi bulat, along menggaulkan kepalan ubi kayu tadi ke dalam tepung yang dah dibancuh dan seterusnya memasukkan ke dalam minyak yang sudah sedia panas.
30 biji ubi ketuk telah pun siap digoreng.
"Siappppppppp!!", jerit along seraya kedengaran lah suaranya satu rumah mereka. 
"yay! ubi ketuk siap!", sambut angah pula dalam nada kegirangan.
air teh o satu jag tau!
(--",) -air pun along buat jugak?-
aisemen.
angah-"along memang sempoi lah!"


lebih kurang macam ni lah ubi ketuk yang along buat tu.


p/s:

sebenarnya, saya tengah mengidam dan rindu dekat ubi ketuk yang mak saya jual tiap-tiap petang depan rumah tu. Wuwuwu. Sedap oo. Ubi ketuk ni antara kuih yang paling simple untuk dicuba, jadi semua orang pun boleh try. Dan, siapa kata lelaki tak pandai masak? A ha ha. Ramai juga chef lelaki sekarang bukan? Itu lah buktinya=)) Ayah saya juga seorang yang pandai memasak! Hidup sebagai perantau membuatkan kita merindui masakan mak dan ayah kita=( Anyway, selamat mencuba!





0 keyboard writings:

Post a Comment