Tengok tajuk atas tu ^-lain dahulu, lain sekarang. Memang lah betul sebetul-betulnya.
Entri kali ni tak lain tak bukan just nak share tentang games yang kanak-kanak sekarang dengan kanak-kanak dulu main. Yang penting, dulu dengan sekarang sudah lain maa. Big difference lah bak kata pak cik omputih.
Cuba ekau tengok je lah budak-budak sekarang. Depa dok main apa? Kat mana depa dok main? Dengan sapa? Haa, tu suma sapa nak jawab tu? Mai sini akak nak ceciter. Ha ha hu.
Dulu
1.Lompat tikus
Permainan ni, budak laki ke, budak perempuan ke, dua-dua boleh join. Ye lah, time ni kan masing-masing tak akil baligh lagi. Jadi, terkena tangan sikit tiada hal di situ. Senang je main benda alah ni, orang-orang yang dah main je lah ye yang tau. Bila kau lompat, kau akan cakap, 1 lompat tikus, 2 lompat tikus. Tak cakap kira batal kot. Haih, tak hingat juga lah. Dah lama tak main kan. Dah besor gaja* ni, sape je lah yang sudi nak bermain dengan kiter ni. Aiyaa. Rindu gila ah zaman kocik-kocik ni. Sape lah tak rindu kan?
2. Lompat tali
Yang ni biasa kitorang main waktu dah akhir tahun. Ada lah member yang rajin bawak tali getah tu, lepas tu ikat lah kat mana-mana, biasanya 2 orang pegang kat hujung, pastu lompat lah guna skill sedia ada korang tu. Kita tengok siapa yang hebat. Huhuhu. Malangnya, aku kecundang ye. Dush~ Yang terer merer tu, mesti tiap-tiap petang main. Kan, kan. Aih lagi sekali.
3. Baling selipar
Okeh, yang ni. Kitorang susun selipar tu bentuk piramid rasanya, lepas tu baling la selipar jepun masing-masing. Tengok lah sape dapat baling dengan jayanya. Kanak-kanak, kanak-kanak. Tapi best gila ouh. Nak-nak main dengan budak laki. Ini masa korang tak kenal erti hidup lagi lah ye. Yang tau nya time tu, main je lah sepuas hati ekau. Pedulik kan orang lain. Tak gitu?
4. Main cop tiang
Ni biasa kitorang dulu main kat sekolah la. Biasa main 4 orang je. Sorang duk kat tengah nak dapatkan tiang. Yang ni agak tak best. Sape yang duk kat tengah tu, lama jugak lah kau nak dapat tiang free. Muahaha.
5. Main guli
Sape tak pernah main guli angkat tangan. Haa, agak sedikit yang angkat tangan. Ala, main guli ni tak terhad pun ke atas budak laki je. Budak perempuan boleh je main. Nama pun budak kan. Ni main ikut turn. Dulu siap bagi duit segala kalau menang. 50sen tu dah boleh beli jajan dah. Sekarang ada lagi tak agak-agaknya? Haih, aku jarang dah jumpa.
6. Nama negeri
Yang ni femes jugak lah gamaknya. Kita bebas je main ni selagi kertas dengan pensil ada kat tangan. Kitorang dulu main time cikgu tak masuk kelas, tak pun masa akhir tahun, time dah habis ujian pe sume lah. Yang ni rasanya sampai sekarang wujud lagi kot. Sorang pilih huruf apa, lepas tu tulis la apa-apa asalkan start dengan huruf yang dipilih. Tapi benda yang kita tulis tu kena wujud lah kan. Contoh, huruf B, jadi, nama tu kau reka sendiri lah, Bedah ke, Bibi ke. Sokha hati ekau lah. Binatang B? Beruk ke, badak ke. Tak kurang jugak yang ambik je Bab*. Kan senang. Hu hu hu.
7. Bingo @ Lingo ?
Ahaha, tidak kesah lah ye ejaan nya tu. Yang penting dekat-dekat je bunyi nya. Yang ni macam mana ek main dia? ahaha, lupa sudah. Orang dah dewasa kan. Mana ada masa nak main ini sume. Kena buat kotak lah bagai. Aiyoo, sangat lambat oo.
8. Main masak-masak, tak pun kawin-kawin.
Ahahai, sangat lah chumel kan tengok budak-budak main benda macam ni. Tapi masih ada lagi kah? Oho ho, tak terjawab jugak. Mungkin ada, mungkin tidak. Yang penting, sape yang dah main benda-benda macam ni, rasa macam aman damai je. Masak nasi guna pasir, ikan guna daun yang panjang-panjang tu, tak pun daun kering. Pastu letak air dalam tempurung kelapa, jadi periuk. Tak pun tibai je periuk mak kan. Uhuhu. Macam tu lah bila kita dalam dunia seorang kanak-kanak. Ha ha, semuanya indah-indah belaka. Bila tiba part kawin-kawin, korang akan diarak satu kampung. Pastu, duk atas pelamin angan ku musnah sambil ditepung tawar oleh vip2 kecil. Wah, vogue gitu. Mak suka!
9. Panjat pokok, tak pun panjat bukit.
Biasa lah, bila korang main dengan budak laki, korang tak rasa main doll, doll ni. Korang akan buat benda-benda yang budak laki buat. Sape suruh join budak laki kan? Ahaha. Biasa kitorang zaman kasut kecik-kecik dulu, panjat pokok mangga lah. Tak pun pokok koko dan pokok kundang belakang rumah atuk. Korang akan rasa best tahap gaban bila pokok kundang berbuah dengan gumbiranya. Sambil duk rilek-rilek atas pokok, kita akan petik 5 6 biji buah kundang. Pergh,,! Kalau pokok koko pulak, kau akan rasa pengalaman digigit kerengga. Kasihan lah bagi gentleman yang kena tu. Eheheh.
10. Main kejar-kejar & sorok-sorok
Lastly, dulu-dulu memang asik main kejar-kejar je. Tak pun main nyorok-nyorok. memang best main ni. Happy je kan. Ahaha. Bila main kejar-kejar, mesti diiringi dengan lagu keramat ni:
Polis entry, want to jaga,
polis mati,
pencuri jaga.
Lebih kurang macam tu lah lirik nya. Sape yang tak kuat lari, memang kena tangkap lah hampa. Fadan mukha, sapa suh tak lari laju-laju. Kan dah kena?
Sekarang
Kebanyakan kanak-kanak sekarang lebih suka indoor games kot. Macam PS2 ke, PS3 ke. Takpun main basikal ronda-ronda kampung. Ada jugak yang main barbie doll mahal aku rasa lagi mahal dari kasut kuliah haku. Ada jugak yang main kereta control. Hadiah besday daddy bagi. Walawei. Tak kurang jugak suka main online games. Wehehe. Sekarang kan semuanya di hujung jari. Nak apa, taip je. Tak macam dulu, kami sangat kurang mengerti dunia teknologi ini. Waah! Main mercun? Ala, itu dulu pun ada. Main meriam pun ada. Hee, berani kau? Tidak lah kiter. Takut seyh,,.
Apa-apa pun, dulu dan sekarang sangat berbeza kerana banyak faktor. Zaman sekarang ni, mak ayah tak boleh biarkan anak main luar sesuka hati, nanti kena kidnap. Zaman dulu mungkin kurang kes-kes sebegini. Tak faham juga kenapa sekarang berleluasa kes-kes macam ni. By the way, saya seronok dengan zaman kanak-kanak saya^^, wee** Anda pun begitu? Let's smile together. Auww~
0 keyboard writings:
Post a Comment