Pages

Friday, June 22, 2012

Metamorfosis masa

Salam alaik ^^,

Sebelum datang IPG, minat membaca saya sangat-sangat nipis. Tak rasa nak membaca pun. Tapi, dah dekat 2 tahun lebih dekat sini, semangat membaca tu slowly develop. Sebabnya bercampur aduk. Motivasi nak membaca tu banyak dari lecturer, credit to Madam Zaleha. She always remind us about reading habit. She said something like this "By now you should have started reading. How you're going to write your thesis if you read little". Hmm, she said it right.

Secondly, minat membaca tu semakin melompat-lompat sebab IPG selalu buat book fair. Boleh consider book fair ke tak eh? Mm, boleh la. Tapi kadang-kadang tu, book fair ni mesti time saya tengah kering. Time elaun dah habis, tak pun, time elaun tak masuk lagi. ==''. Frust, frust. Tapi, alhamdulillah, by previous semester and back then, rezeki ada nak beli buku. Jadi, terhasillah koleksi buku (walaupun sikit) dekat rak buku tersayang ni.


 yang ni koleksi buku yang dibeli dan dapat free masa program anak angkat.
ada yang tak habis baca lagi  ~_~
semua buku yang tak habis baca tu tengah tunggu giliran.
 sabar ye buku-buku. =)


yang ni pulak, buku-buku reference untuk course kami, TESL.
ada yang tengok gitu-gitu je.
kadang-kadang rasa membazir je beli buku ni sebab tak baca, 
tapi bila fikir balik, insyaAllah ada guna nya nanti.
dan saya amat kedekut nak jual buku ni walaupun tak guna sangat.
saya sangat sayang buku saya. =D

Currently, saya sedang membaca buku yang dipinjam dari perpustakaan Ibnu Sina. Agak tamak ye, padahal buku sendiri pun tak habis baca lagi. ==', Hee. Takpe, takpe. Okey, ni buku yang dipinjam tu.


buku yang best dan mantap penulisannya.
tajuk : Secangkir Teh Pengubat Letih
penulis: Ust Hasrizal Abdul Jamil.

Genre buku ni ialah travelog. Saya mula tertarik dengan buku-buku travelog ni selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat. Start daripada situ, asyik melilau je cari travelog. Travelog ni yang bestnya, dia menceritakan kisah atau lebih tepat lagi pengalaman penulis tu sendiri berada di negara Islam yang lain. Sangat-sangat berinspirasi dan bagi pembaca keinsafan. Syukur dengan apa yang kita ada kat negara kita yang aman damai ni. Alhamdulillah.

Ok, back to this book, yang paling memberi keinsafan ialah situasi di sana, di negara Turki. Kalau dekat Malaysia, pemakaian tudung adalah bebas walaupun hukumnya WAJIB, dekat Turki sebaliknya. Sedih sangat bila baca macam mana muslimat kat sana hadapi situasi ni. Ada yang dah final year, masa nak ambil exam, tak dibenarkan sebab memakai tudung. Dan muslimat Turki berada dalam situasi IMAN dan IMPIAN. Hmm, sedih, kita dekat sini macam mana? Tudung sangat banyak, sekarang banyak jenis jugak. Tapi still, ramai tak rebut peluang, tak ikut hukum WAJIB tu. Insaf walaupun tidak menghadapi situasi tu. Hanya mampu doa muslimin dan muslimat di Turki sana kuat hadapi ujian ni. =')

 
buku kedua yang dipinjam.
terkumpul dalam buku ni ialah kisah-kisah motivasi.
jadi, buku ni memberi motivasi untuk saya sempena musim awal semester baru,
semester 4 2012!

Saya tak dapat nak hurai dengan lebih-lebih buku ni sebab tak habis baca lagi. Plus, baca buku ni kena kosongkan fikiran dulu sebab dah terang-terang dekat situ --> Penyucian Rohani. Baca kalau ingat benda lain pun tak boleh jugak kan. Nanti rugi je la pinjam, input tak dapat. Dan ia juga berkaitan sirah, yang penceritaan nya ada dalam al Quran. Jadi kena la lebih bersedia untuk baca.



"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
(1: Al-Alaq)

Let's spread the wings of reading as wide as we could =)
HAPPY READING.
Share with me what you've been reading!



8 keyboard writings:

Anonymous said...

setuju,membaca amat lah penting dalam kehidupan:))

http://xiexiepinky.blogspot.com/2012/06/homesicklovesick.html

pemerhatiSejati said...

yup :-) banyak input boleh dapat ^^,

emylase. said...

huhu, membaca perlu diamalkan :)

pemerhatiSejati said...

jom3 baca !

caliph shuriken said...

kt e-store sy jgak jual buku genre travelog ^^

nuranne said...

You are a teslian? woow me too. glad to meet you here. You have lots of reference books. I'm too lazy to buy those heavy, thick linguistic books. haha.

pemerhatiSejati said...

caliph shuriken : waa, yeke? mesti rambang mata kalau pegi situ @_@

pemerhatiSejati said...

simply seoul: hye3! i'm a teslian at ipgkdri=) yes3, our lecturer suggested those books. so, we just spend most of our money only at the books. insyaAllah, worth it ^^, glad to meet you too!

Post a Comment