Pages

Monday, June 27, 2011

Matematik


Macam ni lah rutin harian angah. Setiap kali kupas bawang putih, mesti dia duk mempersoalkan ketidakpandaian nya dalam bidang matematik. Kadang-kadang tu, terdengar juga bebelan halusnya "apa ke bebal sangat lah aku ni bab-bab math ni" di sudut dapur rumah mereka. Sampai ada beberapa kali jugak lah, air mata nya meleleh memikirkan nasibnya yang kurang baik dalam bidang matematik. Ketika rakan sekelas yang lain bermegah-megahan dan tidak kurang juga yang riak, takbur dan angkuh dengan keputusan membanggakan yang mereka perolehi, angah pula bersentap-sentapan dan berduka cita sambil membulat-bulatkan kertas peperiksaan nya menjadi sebiji bola pingpong. Tatkala ayah ingin melihat prestasi unggul nya dalam bidang matematik, mesti ayah akan berkata "cantik sungguh kertas exam angah. takpe angah, B- je pun. Ayah dulu paling koman pun A-. Angah boleh cuba lagi, jangan cepat putus asa ye." Arrgh, menyirap darah angah. Tiap kali angah menyirap, mesti habis satu botol sirap angah kerjakan. Buat air bandung lah, sirap limau lah. Yang hairan nya, tidak dikongsi pula air yang dibuatnya itu dengan ayah dan alongnya. Ish, ish, ish. Macam tu lah angah bila tengah menyirap dan bengkek. 



Along memang seorang abang yang caring dan concern terhadap adiknya, si angah tu. Hari-hari along duk fikir cara nak bagi angah faham dunia matematik yang padanya seumpama menggoreng kacang tanah sahaja. Along memang sayang pada angah. Apa yang angah buat sentiasa along update. Time orang lain update facebook, twitter dan blog, si along duk update pasal angah je. Sayang bebenor dia ke angah tu. Katanya "tu je lah adik along satu-satunya ayah. Kalau dia tak pandai math, nampak sangat along pun tak pandai math. Padahal along cerdik dan pintar bab-bab math ni." Wah, wah, wah. Sangat takbur di sebalik kata-katanya itu. Tapi, jauh di sudut hatinya, angah lah penglipur lara nya di rumah mereka itu. Bagus betul along ni. Sudah lah cerdik, pandai memasak, tampan dan kacak pula tu. Kak ita sebelah rumah mereka asyik duk perhati je along dari jauh. Kesian kak ita. Dalam diam, along telah pun merancang sesuatu supaya angah dapat memperbaiki ilmu hisabnya. Baik betul kau, long.



Along bercadang untuk mendaftarkan angah ke kelas tuisyen persendirian. Tujuannya supaya pengajar dapat fokus kepada angah sahaja. Walaupun along tahu angah memang benci dan alergik dengan sebarang jenis kelas yang bukan di bawah kelolaan sekolah, along teruskan jugak niat suci murni nya itu. Abang mithali lah katakan. Sebab tu kak ita tergoda tu. 

Setelah beberapa lama, angah pun memulakan sesi pembelajaran nya di pusat tuisyen persendirian tersebut. Tapi, apa yang angah dapat ialah-dia tak faham satu apa pun yang diajar oleh pengajar tersebut. Setiap kali balik dari pusat tuisyen tersebut, mukanya mesti sama taraf dengan cokodok pisang yang along buat waktu angah tengah sibuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun dahulu.



Akhirnya,setelah beberapa minggu di pusat tuisyen itu dan prestasi angah sama je, malah lebih corot berbanding sebelumnya, along pun memutuskan supaya angah tidak lagi meneruskan pembelajaran mathnya di situ. Katanya "senang cite, biar along je la yang ajar angah. lagi berkat, ngah. along kau ni dah la bijak. mua ha ha."  Angah hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Along mengajar angah math dengan penuh wibawa. Setiap kali angah menggaru kepala dan berguling-guling di atas lantai, along terus menunjuk ajar angah dengan cara yang dapat difahaminya. Along selalu memberi kata-kata motivasi kepada angah. Hampir setiap malam, angah akan menyelesaikan sekurang-kurangnya 2 soalan yang direka oleh along. Kemahiran nya semakin mantap. Diam tak diam, angah kini menghampiri kecerdikan along. Dia tidak lagi berduka cita ketika mengupas kulit bawang putih.

Peperiksaan telah pun berlalu. Keputusan juga telah dikeluarkan. Sungguh tidak disangka, angah menepati jangkaan along bahawa dia akan mendapat A+ kali ini. Suka tidak terkata angah. Kawannya, si Markonah berkata "pelik ibni musibat ni. apecer aku dapat A-, lu dapat A+ ni?". Angah membiarkan Markonah dengan teka tekinya. Keputusan itu disambut dengan gembira oleh ayah dan along. Yang pastinya, along orang paling gembira sekali sebab adik kesayangan nya telah pun expert dalam bidang kebanggaannya, iaitu matematik. "Kan along dah cakap, tak susah nak faham math ni. Angah kena banyak buat excercise je." Angah hanya tersenyum kambing sambil memeluk patung ninja turtle sebesar saiz seekor kucing parsi yang dihadiahi ayah dan emaknya. Hadiah lain yang dijanjikan ayah nya ialah-percutian 3 hari 2 malam di Pulau Chekas. Gembira tidak terkata lah si angah tu.



Maths, oh maths. Semester ni kami study math la! harap-harapnya saya dapat la faham dunia matematik ni. Wah!

Saturday, June 25, 2011

ubi ketuk










Lepas je along dengar ayah dia berborak ngan angah pasal ubi ketuk feveret si angah tu, terus along pegi pasar basah dekat raub, pahang. Kat sana orang cakap banyak jugak jual ubi kayu. Sepanjang perjalanan nak ke pasar tu, si along yang bawak motor kapcai ni terfikir-fikir balik resipi ubi ketuk yang mak ajar dulu. Mak diorang sekarang dekat Australia, sambung belajar dalam bidang masakan. Sambil-sambil mengerut kan dahi nya yang licin tu, along pun bermegah-megahan di dalam hati nya "alah, senang je buat ubi ketuk ni. apa susah? huahuahua". Sudah lah bermegah-megahan, sempat lagi along pandang kiri kanan, kot ada awek cun, boleh juga tayang dahi licin nya itu. Fikiran along mengerawang duk fikir pasal ubi kayu je. Di dalam hati along, bukan ada taman, tetapi perasaan berkobar-kobar nak buat ubi kayu feveret angah. Along membebel di dalam hati "aku kalau masak, mesti licin macam dahi aku ni. ni yang aku tak sabar-sabar nak mengeluarkan balik skil-skil memasak aku. muahaha." Akhirnya, sampai jugak along dekat pasar basah tu. Dibeli nya berkilo-kilo ubi kayu untuk stok sebulan. (Along, ko tu bawak motor kapcai je, muat ke nak beli banyak-banyak ni?) Jadi along pun kurangkan sikit kilo ubi kayu tu. Dah bayar pe sume, terus along start motor nya dan meluncur laju ke rumah mereka di ulu gali.

Lokasi: dapur rumah mereka.

lalala. along menyanyi dengan macho nya. siap pakai apron renda-renda yang mak buat lagi tu. along memang pembersih. bukan setakat pakai apron, topi chef yang mak dapat hadiah besday tu pun dipakai nya juga. selain tu, sebelum melakukan kerja memasaknya, dia cuci tangan dengan lifebuoy dulu. punya la anti kuman. along pun memulakan aktiviti membuat ubi ketuk. pada masa yang sama, ayah dan angah masing-masing sedang ceria menonton cerita atashinchi yang mereka download di youtube. kata angah"mak dia macam mak kita kan along?". "mana ada, jangan nak berimaginasi sangat angah", balas along. Along meneruskan rancangan masak-memasak nya. Tak sangka, resipi ubi ketuk ada dalam kepala je. Along memang seorang yang bagus dalam bab-bab memasak ni.

Ubi kayu direbus sehingga empuk. 
Along memasukkan beberapa cubit garam ke dalam ubi yang sedang di rebus.
Setelah empuk, along mengasingkan ubi kayu tadi ke dalam bekas yang lain.
Along tunggu pula hingga ubi kayu tadi dah agak-agak sejuk.
Dah sejuk, along pun mula mengetuk ubi kayu tadi menggunakan alu lesung batu.
Diketuk-ketuknya penuh kesopanan dan kesusilaan. 
Kak Ita sebelah rumah terpikat dengan sikap along ni. Tapi along tak layan. Katanya-"Dalam hati along sudah ada taman". Cess. Melepas kak ita.
Seterusnya, digaul pula ubi kayu tadi dengan kelapa yang dah di mesin.
Sebelum tu, along gaul dulu kelapa dengan garam.
Kemudian, along letak sedikit gula mengikut minat angah dan ayah. 
Mereka tak suka terlalu manis dan terlalu tawar.
Setelah itu, along mengepal-ngepal aduan tadi menjadi bulat seperti penumbuknya.
Dikepal-kepal nya dalam 30 biji. Kata along"angah ni tak cukup 3 biji ni. baik buat lebih."
Selesai mengepal adunan menjadi bulat, along menggaulkan kepalan ubi kayu tadi ke dalam tepung yang dah dibancuh dan seterusnya memasukkan ke dalam minyak yang sudah sedia panas.
30 biji ubi ketuk telah pun siap digoreng.
"Siappppppppp!!", jerit along seraya kedengaran lah suaranya satu rumah mereka. 
"yay! ubi ketuk siap!", sambut angah pula dalam nada kegirangan.
air teh o satu jag tau!
(--",) -air pun along buat jugak?-
aisemen.
angah-"along memang sempoi lah!"


lebih kurang macam ni lah ubi ketuk yang along buat tu.


p/s:

sebenarnya, saya tengah mengidam dan rindu dekat ubi ketuk yang mak saya jual tiap-tiap petang depan rumah tu. Wuwuwu. Sedap oo. Ubi ketuk ni antara kuih yang paling simple untuk dicuba, jadi semua orang pun boleh try. Dan, siapa kata lelaki tak pandai masak? A ha ha. Ramai juga chef lelaki sekarang bukan? Itu lah buktinya=)) Ayah saya juga seorang yang pandai memasak! Hidup sebagai perantau membuatkan kita merindui masakan mak dan ayah kita=( Anyway, selamat mencuba!





Friday, June 24, 2011

Semalam.

Semalam saya nampak awak dekat kedai kasut Yeebba.
-So?-
So, saya pun tak jadi nak tegur awak.
-Kenapa pulak?-
Sebab masa tu awak tengah pakai kan kasut wedges warna hijau lumut kat kaki dia. 
Tu kan warna feveret saya.
-Dia?-
Hmm. Dia lah. Awak siap letak kasut yang saya minat tu kat sebelah dia.
-Yeke?-
Ya, saya perhati je dari jauh. Dah lama ke awak kenal dia?
Tak pernah bagitau pun. Semuanya dah jelas semalam.
Awak nampak bahagia dengan dia.
-Oh, yang tu ke.-
Ye lah. Yang semalam tu la. kedai kasut feveret saya. Yeebba.
-He he-
Kenapa gelak pulak ni.?
-Sebenarnya, tu abang saya. Kembar saya. Dia pilihkan kasut untuk isteri dia.
Lusa isteri dia ada konvo. Jadi, saya cadangkan kedai tu. Awak kan minat kedai tu.
Kebetulan taste kakak ipar saya sama macam awak.-
Haa? Tak bagitau pun awak ada kembar.
-Biarlah rahsia-
Pulak. 
-Sebenarnya saya dah nampak awak dari jauh jugak. Saya nampak dari dalam kereta,-
Kenapa tak tegur saya.?
-Mungkin lebih baik begitu. -
(",)


Cemburu buta tidak kemana. 
Jangan lah cemburu buta sangat aih.
Bina perhubungan, bertunanglah.
Cepatkan pertunangan, bernikahlah.
Semanis-manis percintaan itu-Percintaan selepas berkahwin^^,
Perkahwinan itu-Perhubungan halal buat mu=))


sebelum di ijab kabul kan,
syariat lebih membataskan....

Albert Einstein bagi aku kata2 semangat tau.

Assalamualaikum w.b.t, kaum Adam dan kaum Hawa sekalian.


tengok tu, dia cakap dia die hard fan i tau. suka nya kiter. weepie.**


pastu, dia nak tolong kiter blaja math sem ni. best nya!. muahaa.

 Okeh, sesi berbohong amalan tidak mulia di situ. Haih, bosan punya pasal. Macam-macam saya duk selongkaq kat bahia tenet hari ni. Saya try photo editor online, PiZap. Best jugak la. Tapi time nak save tu, kena share lak pulak kan. Malas ah. Pastu terjumpa pulak la benda alah Elbert Einstein ni. Jadi, waa manyak suka maa. Wa ha ha.

 macam ni la cara nak buat benda alah tu.
best jugak lah. tengah-tengah bosan ni, korang boleh try benda ni kan.


tengok, i ada dalam list tu ok. ramai jugak dah buat benda ni sebab sekejap je pun.
jadi, i takde masalah brader bab2 macam ni.
lagi i berkenan yaww!

Di samping try apa ke entah nya kat atas tu, cari-cari jugak font yang pelik2 yang bersarang dengan meluas di dalam tenet pada masa kini. Saya dah try pelbagai jenis font, antaranya:


 nama font ni, pulse sans virgin. ni menarik sebab ada pulse punya sign lah.
macam kat hospital tu. kalau nak tengok orang tu hidup lagi ke tak, tengok lah simbol pulse tu kan.
pastu bunyi dia lebih kurang macam ni- tit..... tit..... tit


 Tengok, haku siap bagi pengiktirafan lagi kat Kak Limah. 
Sebab nya, nama font ni Everyday Ghost. Tak ke berhan-tu tu.
Jadi, Kak Limah lah paling sesuai sekali. Yo! 


Then, saya pun try la font yang bernama Kalleen. Tengok tu, ada katun girl kan.
Elok-elok je katun tu dengan huruf A. Jadi, ia menggambarkan saya okeh.
Mua ha ha. Kira ok la, tak kurus, tak ge-mork. Sweet2 miaw je kan.

Ok lah, sekian dulu laporan akak adik bosan untuk hari ni. Malam karang macam nak update lagi je.
Ada boleh kaa?





Thursday, June 23, 2011

Tak tahu juga

Yeehaa.
Sangat tidak sopan. Assalamualaikum w.b.t! Haa, baru betul lah.

Anda dapat rasakan sesuatu? Ya, template baru untuk blog saya nih. Ah, macam tak berkenan je haku tengok. Biar kan je. Haku pun tak suka jugak sebenarnya. Ahaha. Line di sini slow ya ampun pakk. Jadi, kalau nak merasa tukar2 template tu alamatnya, bukan esok pagi je, sampai petang haku rasa haku tak jumpa2 pun template yang haku berkenan. Line yang slow ya ampun pakk ni buat haku rasa gerem deh. Sekejap2 kang mesti you jumpa this happy word- PROBLEM LOADING PAGE. Eh, throw my time je lah haku duk godeh2 sana sini kat internet nih. Tengok, punah ranap bahasa. Takpe, hari ni je. Mungkin jugak hari2 lain. A ha ha.

Okeh, title TAK TAHU JUGA sangat lah sesuai ye. Di malam yang hening ni, apa je la yang kita boleh buat selain buka Fb, Twitter, Blog, dan yang sedondon dengan nya. Tapi harap maaf ya pak, saya sih, enggak punya Twitter. Jadi, tak Fb, Blog je lah yang haku duk bukak. Ini sementara kuliah tidak berlangsung lagi lah ye. Bila kuliah dah berlangsung, dapat diibaratkan, kami anak beranak Tesl 1 hidup di dalam sebuah kapal Titanic. Masing-masing ada la tugas nya. Ada yang jadi kapten, ada juga yang jadi tukang jaga arah laut. Eh, wujud ke? Tak tahu juga. Yang pasti, kami bukan lah passenger, kami adalah kelasi-kelasi kapal yang bertungkus lumus untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju dengan selamat dan jayanya. Walaupun kami adalah owner kapal Titanic, tapi kami tetap being humble. Haa, apa haku mengarut pun tak tau daa. Yang penting, sementara takde apa-apa kerjaan ni, ada baik nya la kita manfaat kan dulu social networking ni. Muahaha.

Okeh. Meh tengok gelagat seekor kucing yang bermastautin di hostel kami. 



ini rancangan Si Kecil ku-Chak! Ya, pandai sungguh dikau mencari port nak tidur ya.

betul-betul di antara kedua-dua biji tong sumpah sampah.
takpe, kalau awak tak kisah, saya pun tak kisah jugak.
mana-mana pun ok wak. ceh, tetibe je kau. 

Sesungguhnya di sini lah tempat kucing belajar erti hidup yang sebenarnya. 
Mereka di mandi kan dan dibelai dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak diesel yang penuh.
Kadang-kadang, mereka diberi nama yang comel-comel, ala la la, kiut nya. 
Ada Ayu, Ronaldo, Kunab dan banyak lagi. 
Tetapi satu je eden dan sekufu eden tak tahan. Bila kucing-kucing ini melabur saham.
Owh, siapa yang ingin membersihkan nya sehingga wangi? Siapa, siapa, dan siapa?

Wednesday, June 22, 2011

lain dahulu, lain sekarang.

Assalamualaikum w.b.t!

Tengok tajuk atas tu ^-lain dahulu, lain sekarang. Memang lah betul sebetul-betulnya.
Entri kali ni tak lain tak bukan just nak share tentang games yang kanak-kanak sekarang dengan kanak-kanak dulu main. Yang penting, dulu dengan sekarang sudah lain maa. Big difference lah bak kata pak cik omputih.
Cuba ekau tengok je lah budak-budak sekarang. Depa dok main apa? Kat mana depa dok main? Dengan sapa? Haa, tu suma sapa nak jawab tu? Mai sini akak nak ceciter. Ha ha hu.

Dulu  

1.Lompat tikus

Permainan ni, budak laki ke, budak perempuan ke, dua-dua boleh join. Ye lah, time ni kan masing-masing tak akil baligh lagi. Jadi, terkena tangan sikit tiada hal di situ. Senang je main benda alah ni, orang-orang yang dah main je lah ye yang tau. Bila kau lompat, kau akan cakap, 1 lompat tikus, 2 lompat tikus. Tak cakap kira batal kot. Haih, tak hingat juga lah.  Dah lama tak main kan. Dah besor gaja* ni, sape je  lah yang sudi nak bermain dengan kiter ni. Aiyaa. Rindu gila ah zaman kocik-kocik ni. Sape lah tak rindu kan?

2. Lompat tali

Yang ni biasa kitorang main waktu dah akhir tahun. Ada lah member yang rajin bawak tali getah tu, lepas tu ikat lah kat mana-mana, biasanya 2 orang pegang kat hujung, pastu lompat lah guna skill sedia ada korang tu. Kita tengok siapa yang hebat. Huhuhu. Malangnya, aku kecundang ye. Dush~ Yang terer merer tu, mesti tiap-tiap petang main. Kan, kan. Aih lagi sekali.

3. Baling selipar

Okeh, yang ni. Kitorang susun selipar tu bentuk piramid rasanya, lepas tu baling la selipar jepun masing-masing. Tengok lah sape dapat baling dengan jayanya. Kanak-kanak, kanak-kanak. Tapi best gila ouh. Nak-nak main dengan budak laki. Ini masa korang tak kenal erti hidup lagi lah ye. Yang tau nya time tu, main je lah sepuas hati ekau. Pedulik kan orang lain. Tak gitu?
4. Main cop tiang

Ni biasa kitorang dulu main kat sekolah la. Biasa main 4 orang je. Sorang duk kat tengah nak dapatkan tiang. Yang ni agak tak best. Sape yang duk kat tengah tu, lama jugak lah kau nak dapat tiang free. Muahaha. 

5. Main guli

Sape tak pernah main guli angkat tangan. Haa, agak sedikit yang angkat tangan. Ala, main guli ni tak terhad pun ke atas budak laki je. Budak perempuan boleh je main. Nama pun budak kan. Ni main ikut turn. Dulu siap bagi duit segala kalau menang. 50sen tu dah boleh beli jajan dah. Sekarang ada lagi tak agak-agaknya? Haih, aku jarang dah jumpa. 

6. Nama negeri

Yang ni femes jugak lah gamaknya. Kita bebas je main ni selagi kertas dengan pensil ada kat tangan. Kitorang dulu main time cikgu tak masuk kelas, tak pun masa akhir tahun, time dah habis ujian pe sume lah. Yang ni rasanya sampai sekarang wujud lagi kot. Sorang pilih huruf apa, lepas tu tulis la apa-apa asalkan start dengan huruf yang dipilih. Tapi benda yang kita tulis tu kena wujud lah kan. Contoh, huruf B, jadi, nama tu kau reka sendiri lah, Bedah ke, Bibi ke. Sokha hati ekau lah. Binatang B? Beruk ke, badak ke. Tak kurang jugak yang ambik je Bab*. Kan senang. Hu hu hu.

7. Bingo @ Lingo ?

Ahaha, tidak kesah lah ye ejaan nya tu. Yang penting dekat-dekat je bunyi nya. Yang ni macam mana ek main dia? ahaha, lupa sudah. Orang dah dewasa kan. Mana ada masa nak main ini sume. Kena buat kotak lah bagai. Aiyoo, sangat lambat oo.


8. Main masak-masak, tak pun kawin-kawin.

Ahahai, sangat lah chumel kan tengok budak-budak main benda macam ni. Tapi masih ada lagi kah? Oho ho, tak terjawab jugak. Mungkin ada, mungkin tidak. Yang penting, sape yang dah main benda-benda macam ni, rasa macam aman damai je. Masak nasi guna pasir, ikan guna daun yang panjang-panjang tu, tak pun daun kering. Pastu letak air dalam tempurung kelapa, jadi periuk. Tak pun tibai je periuk mak kan. Uhuhu. Macam tu lah bila kita dalam dunia seorang kanak-kanak. Ha ha, semuanya indah-indah belaka. Bila tiba part kawin-kawin, korang akan diarak satu kampung. Pastu, duk atas pelamin angan ku musnah sambil ditepung tawar oleh vip2 kecil. Wah, vogue gitu. Mak suka!

9. Panjat pokok, tak pun panjat bukit.

Biasa lah, bila korang main dengan budak laki, korang tak rasa main doll, doll ni. Korang akan buat benda-benda yang budak laki buat. Sape suruh join budak laki kan? Ahaha. Biasa kitorang zaman kasut kecik-kecik dulu, panjat pokok mangga lah. Tak pun pokok koko dan pokok kundang belakang rumah atuk. Korang akan rasa best tahap gaban bila pokok kundang berbuah dengan gumbiranya. Sambil duk rilek-rilek atas pokok, kita akan petik 5 6 biji buah kundang. Pergh,,! Kalau pokok koko pulak, kau akan rasa pengalaman digigit kerengga. Kasihan lah bagi gentleman yang kena tu. Eheheh.

10. Main kejar-kejar & sorok-sorok

Lastly, dulu-dulu memang asik main kejar-kejar je. Tak pun main nyorok-nyorok. memang best main ni. Happy je kan. Ahaha. Bila main kejar-kejar, mesti diiringi dengan lagu keramat ni:
Polis entry, want to jaga, 
polis mati, 
pencuri jaga.
Lebih kurang macam tu lah lirik nya. Sape yang tak kuat lari, memang kena tangkap lah hampa. Fadan mukha, sapa suh tak lari laju-laju. Kan dah kena? 

Sekarang

Kebanyakan kanak-kanak sekarang lebih suka indoor games kot. Macam PS2 ke, PS3 ke. Takpun main basikal ronda-ronda kampung. Ada jugak yang main barbie doll mahal aku rasa lagi mahal dari kasut kuliah haku. Ada jugak yang main kereta control. Hadiah besday daddy bagi. Walawei. Tak kurang jugak suka  main online games. Wehehe. Sekarang kan semuanya di hujung jari. Nak apa, taip je. Tak macam dulu, kami sangat kurang mengerti dunia teknologi ini. Waah! Main mercun? Ala, itu dulu pun ada. Main meriam pun ada. Hee, berani kau? Tidak lah kiter. Takut seyh,,.

Apa-apa pun, dulu dan sekarang sangat berbeza kerana banyak faktor. Zaman sekarang ni, mak ayah tak boleh biarkan anak main luar sesuka hati, nanti kena kidnap. Zaman dulu mungkin kurang kes-kes sebegini. Tak faham juga kenapa sekarang berleluasa kes-kes macam ni. By the way, saya seronok dengan zaman kanak-kanak saya^^, wee** Anda pun begitu? Let's smile together. Auww~





Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah!

Assalamualaikum w.b.t!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! ^________^

Result dah pun diterima dan tak terkata ucapan syukur ini kerana Allah s.w.t telah memakbulkan doa mak, ayah dan saya sendiri--> iaitu untuk pass exam last semester. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat-Mu.
Pointer eden dah tak kisah dah sebab memang susah tahap gaban sampai takde keyakinan pun akan lulus. Haih. Jantung rasa bagai nak tercabut. Segala macam perasaan lah yang bercampur baur tatkala diumumkan result we all keluar hari selasa, yakni hari ni lah. Tidur pun macam nak tak nak je. And when Santha said-Nurul Atika Yusuf. I went to her in the greatest pray that i'l pass, and "Yay!! Pass!!". Ya Allah, memang tak terkata kegembiraan itu. Mungkin doa mak tu adalah segala-galanya kan? Sebab tu saya sentiasa  mengharapkan doa mak. =)) Tak lupa juga doa ayah. Yang penting, ambil berkat dan restu mak ayah lah. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak ayah kan. Dan bermulalah agenda untuk study hard for this semester which will definitely serves us with triple the hard work of the semester backward. Yang pasti, saya harus belajar dari kesilapan. Ambil iktibar dari pengalaman. Kata orang, pengalaman mengajar erti kedewasaan. My heart says, at times, you'll surely face what you extremely trying to avoid. It happens for a number of reasons.

Terkadang hati mempersoalkan pelbagai hal.
Tapi tahukan kau? Ada hikmah di sebalik setiap persoalan itu.
Kau takut pada kenyataan? 
Bangkit lah segera. Cuba elak kenyataan itu!
//Kau pasti tidak mahu kecewa dan hampa//


::ALHAMDULILLAH YA RABB::
-PadaMu ku serahkan segalanya-

Monday, June 20, 2011

result esok.

Assalamualaikum w.b.t!

Dah lama rasanya saya tak menjenguk blog kesayangan sy ni. Busy punya pasal la katakan.
Okeh, punya lah lama tak menulis, tup tup, esok dah keluar result.
Saya nak pinjam kamu, kamu, kamu semua untuk beberapa minit boleh tak?
I beg you to say yes ='(
Saya tak tau nak cakap pada sapa perasaan saya sekarang ni. Betul, betul, betul.
Esok result. Dan performance saya untuk exam kali ni tersangat lah teruk. Saya tak tipu.
Subjek Philosophy of Education lah yang paling saya berharap untuk pass.
Saya tahu, walaupun the chance to pass is a dream high to achieve, tapi saya tetap jugak berharap
yang miracle akan terjadi. Saya tak putus-putus berdoa, berharap, minta doa mak ayah.
Tapi, saya juga percaya 1 benda yang semua orang tak dapat nak tukar dan hanya mampu berserah.
1 benda itu ialah takdir Allah. Telah tertulis di loh mahfuz sana, bagaimana result saya kali ini.
Saya yakin itu. Saya tak boleh lari dari kenyataan ini. Mungkin sikap saya semester lepas menentukan
result saya kali ni. Saya cuma berharap saya lulus semua subjek sebab repeating is a burden.
Subjek yang terlalu berat. Pada saya sahaja barangkali. Hurmm.
Hati saya jangan cakap lah. Berdebar setiap masa.
Saya tidak berhenti berharap........... Walaupun keyakinan untuk pass terlalu sedikit.
Soalan essay tu. I left one question without answer which carries 10 marks. A big waste for me.
Why did i left it unanswered? Why, why, why?
-i didnt do it purposely. i seriously could not answer it-

sekarang, saya terpaksa hadapi segala kemungkinan esok. yang pasti, akan ada air mata yang gugur.
Ya Allah, daku masih mengharap keajaiban itu. =(