Pages

Monday, October 31, 2011

Cuti putus cinta lah pulak~

Assalam.

Tadi dalam pukul 4 lebih, dengar dekat Hotfm, dekat Jepun sinun telah diperkenalkan suatu cuti baru, iaitu cuti putus cinta. Eh, ada pulak kan? hadoi~ Kalau ada lah cuti tu dekat Malaysia, mau ramai nya maknusia mintak cuti kan. Asal putus cinta je, mintak cuti. Putus cinta je, mintak cuti. Parah ler kalau gitu, ye dak? Bankruptcy juga ada itu company. Mari kita tengok ini drama terbaru.
















 Macam-macam la kan? Aih. Deejay radio tu pun tambah: cuti tumbuh jerawat takde? Ahah. Ada yang nak cuti mengantuk la, cuti lapar la. Banyak punya cuti la. 

p/s bercakap pasal cuti- raya haji ni teman dengan kawan teman beraya dekat terengganu je la. nak balik, duit kering pulak~ hadoi =="

post jiwa. layan~


sighing and keep sighing.
if i know this would have turned to be this way
then i should never cross the boundary,
i should never tried to even peek through it 
now that we have changed
-i started to miss everything-


BYE-BYE to memories.
hmm ='( 

Friday, October 14, 2011

Let's call it a break --?

Assalamualaikum orang kampung!

Study, study jugak. Rilex, rilex jugak, kan? Teringat aku pada suatu kata-kata motivasi yang masih aku pegang sampai hari ni. Dari umur 11 tahun (mengakhiri zaman hingusan) dan hingga kini telah pun mencecah 20 tahun, kata-kata azimat STUDY SMART, DONT STUDY HARD masih menjadi pembakar semangat. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam tipu je kata-kata azimat ni. Sebab most of the time memang aku study hard. Sebab? Hah, kena blame dekat aku jugak. Last minute study punya pasal la. Kalau assignment buat last minute ada style la jugak kan. Well, cakap mai sapa yang tak pernah buat kerja last minute? Ada, ada. Cuma tak jumpa je lagi. Hish. Aku memang suka pulun subjek-subjek susah last minute. SUSAH tu. Tapi nak jugak pulun last minute. Tapi kadang-kadang last minute work ni ada kualiti gak an? Ada percaya? 

Ok lah, kita akhiri perenggan mengarut tak hingat dengan ucap kata yang sebenar-benarnya. Aku nak kongsi la pasal suatu post member kat facebook. Alang-alang study macam tak faham je. Pastu mengantuk pulak. Post tu agak kelakar la. Jadi macam pengubat perasaan mengantuk aku ni la kan. Nak tidur rasa macam tak seronok pulak. Jadi mari lah sama-sama membuka mata membaca ini post dari facebook:

#Situasi sebenar: Seorang nenek pergi kedai beli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian#

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan"
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
...
Harakah - "Kami tiada beca"
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca"

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi"
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari"
 p/s: ini bukan politik. ini bahan hiburan sahaja. ngee o_0 

Seusai masa berlalu.

Assalamualaikum wbt!
dan selamat pagi semua=) 
memandangkan waktu menulis ialah pada waktu pagi, jadi nak tanya lah satu soalan.
sudahkah anda membaca doa bangun tidur? rajin-rajinkan lah membaca doa ini ye.


Okey lah. Masa. Or in english we called it TIME. There's a wisdom says~TIME & TIDE WAIT FOR NO MEN. Dan di dalam al quran juga Allah telah berfirman dalam surah al-asr yang maksudnya "Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian.." Pagi ni dan begitu juga pagi-pagi yang lain, hati seakan memberontak. "Kau buat apa dengan masa-masa senggang kau, hah, tika?" Hmm. Suatu persoalan yang agak sukar walaupun mudah. Kalau pun ada jawapannya, pasti penuh dengan alasan. Manusia, memang cukup serasi dengan sahabat karibnya sang ALASAN. Kalau boleh di-listkan ALASAN-ALASAN itu, mungkin yang berikut lah skema jawapannya:

1.aku masa yang berlopak-lopak ni aku selalu tengok facebok jap. 
update cerita-cerita hangit member-member aku. apa salah ke?
2. selalu nya lah, kalau aku ada free time, aku buat ketupat dengan kawan-kawan aku. 
kadang-kadang ketupat palas, kadang ketupat NONA je. uhuk ==" 
yang ni betul. sob-sob-sob.
3. ala, nama pun free time. ini lah masa yang sesuai untuk tido bro. 
bila lagi nak tido puas-puas kan.
*hey, banyak cantik kuku kau?
4. kadang-kadang aku baca sikit buku-buku ilmiah tu. study-study sikit. bagus kan?
tapi hakikatnya, tak sampai 1 chapter, aku terkuak lentang dekat katil kepunyaan kerajaan tu.
hadoi... tak kuasa teman melayan kerenah buku-buku tu~ bosan seh. 

hah, punya lah banyak alasan mak ngah. Itu baru 4 alasan kemana hilangnya masa berharga. Kalau nak di-listkan sebetul-betulnya, mau penuh hard disk 500 tera bite. Anda setuju? 

Dan kalau nak diikutkan juga, kita atau sebetulnya saya (kata ganti diri nama-sensitip oo) telah berhutang dengan masa. Suatu ketika dahulu, saya pernah berkata dalam nada monolog dalaman "Aku pukul 4 pagi esok nak bangun. *ada lah aku nak buat apa-apa tu* So, aku dah kunci jam. Alarm paling bingit sekali aku bagi" 4 pagi ialah suatu masa yang telah ditetapkan. Hatta, tidurlah sang puteri cantik bestari dengan harapan esok pagi pukul 4am nak bangun dengan megah. Tidur punya tidur siap dengan mimpi-mimpi lagi, pukul 4am pun tiba. Alarm punya lah bingit, boleh bernanah telinga. Sang puteri pun bangun. Tengok jam. Pandang kiri kanan, pusing pusing, guling-guling macam ulat beluncas. Nafas dihembus kepelusuk bilik. -Pergh, baru pukul 4. Tidur balik ar.- Haa, tengok! Dia tidur balik. Punya lah malam tadi eksaited nak bangun pukul 4am. dengan alarm bunyi entah hape-hape je haku dengar. Di sini, kita dah berhutang dengan masa. Kita hutang pukul 4am pada hari sekian-sekian. Boleh ke nak ganti? Menyesal lagi ada sebab pada hari sekian-sekian, di waktu yang sekian juga, kita dah set perkara yang kita nak buat masa tu. Kan rugi den kobar ke dema.

Masa yang berlalu juga memberi gambaran betapa lalai nya aku terhadap tanggungjawab aku sebagai dot, dot dan dot. Mari kita lihat dot-dot-dot yang berikut:

dot 1
sebagai pelajar.
yang ni memang la aku mengaku. dari darjah 6 pun tak hilang-hilang jugak perangai tu. iaitu MALAS. bangun pagi rajin. tapi nak study pagi-pagi MALAS. macam ada suatu kuasa yang menarik semua sifat-sifat rajin aku. haih. HOW TO DEFEAT LAZINESS? tu semua atas kehendak sendiri. pandai - pandai lah awak~

dot 2 & 3
sebagai dot-dot rahsia. yang ni seakan malas pulak mau cerita~

Jadi. macam tu berakhirnya post di pagi yang permai ini. sama-sama kita fikirkan. ke mana perginya masa lapang ku? PRECIOUS TIME IS EVERYWHERE. just find it and fill it. (Atika, 2011). cess, gila glam kau. 


if only i could stop the time. i would ask....
'please, let me know if im doing the right thing right now?'


Thursday, October 13, 2011

let's put a WHY to the following questionnaire...

Assalamualaikum!
and a very pleasant day to all ^^, *let me see if you are smiling....

Today's post -WHY-

1st WHY
WHY do we always ignored our goals in life? For example. It's nearing 2011, and everyone is ready for their new resolutions. Reflecting back what we have done in 2010. Some said-'my new resolutions for 2011 are to be punctual, to avoid doing 11th hour works, to not breaking a promise and 'not to fall in love with different, different people?'. Some might also said-'as for my new resolutions......... i think i just wanna touch up the previous resolutions. Well, most of them haven't been done, you see..". So, why is it that we tend to ignore the resolutions or goals that we have made when we said we want to make it happen? Why, why and why. i definitely point this raising issue towards myself. Why do i always forget what i have set for the new year? People say-New year, new resolutions. However, as a Muslim, we have our own reflection. We called it as muhasabah or an easy word- Self Reflection. It's an everyday task. Reflecting what we have done the whole day. That way, we can recognize our own mistakes and might as well improved them. So, again i'm questioning myself (WHY??). i have actually put a few resolutions for this 2011 grinning year. 

1. to study early. 
and did i say study early? yep. 
but seems like i have to figure it out why i could not make it happen.

2. to be punctual.
on time if you are to say it out loud. 
i have to admit it. amidst of all not-so-busy day. 
I ALWAYS LATE.
and there's a sense of 'people hate to wait for you'.
"katak pun dah tunggu depan kelas", i? still walking, and... walking.

 3. that's enough of revealing my resolutions. thanks.

2nd WHY
WHY do we always have problems? you see, no one in this world is perfect. A lecturer has once said "orang-orang yang dekat tepi jalan yang tak tahu apa-apa je yang takde masalah". So, what about us? Just keep holding to this one special reminder from Allah "Allah tidak akan membebani hambaNya sesuai dengan kesanggupannya". We just need to have a strong faith. We live to solve the problems, right? A problem solver if you agree with me. So, just befriend with a "PATIENCE" and along the way, both of you will become BFF, best friend forever. Surely, long way out, there will a big reward for you! Being a friend to a little PATIENCE will surely of no regrets at all. That's WHY we should not always WHY all the WHYs. Because there are reasons for everything. i---> strongly believe in that. 


3rd WHY
Unfortunately, i would only share 2 WHYs.. ^^, Well, there are few more WHYs to go, but i prefer not to type it out. 
let us all start being positive !

Wednesday, September 14, 2011

Inovasi bahasa

Assalamualaikum semua.

Okey, hari ni nak cakap pasal bahasa sikit lah. Sejak kebelakangan ni, saya terperasan satu hal-bahasa kita dah semakin berubah. Makin moden lah nak katanya kan. Ini bukan sesi condemn mengondemn ke apa kan. Ini cumalah pemerhatian saya sahaja. Al maklum lah, kita kan mengambil pengalaman melalui keadaan sekeliling kita. Ala, saya pun guna jugak apa bahasa-bahasa yang dah diinovasi ni. Aha ha. 

Bahasa inovasi pertama : berbetik.

Haa, ate, dema tahu ni hape? ianya berasal daripada perkataan biar betik? Biar betik ni apa lah pulak kan. Meh nak bagi contoh ayat --> "Dol, esok aku nak pegi London. Jadi posmen kat sana". Dol pun jawab "kau biar betik Meon? Kat London gak kau nak jadi posmen kan.". Nak dijadikan cerita, biar betik ni yang sebetul-betul nya berasal daripada perkataan 'biar betul'. Tengok, daripada betul, jadi betik. He he. Perkataan biar betik ni selalu jugak lah saya gunakan. Sebab macam best je? Ha ha.

Bahasa inovasi kedua: dol, bai, der.

Ni macam mana pulak. mari kita tengok contoh ayat: "kau nak pergi mana wei?" si kawan pun menjawab "jalan-jalan". Tapi bila dah diinovasi, ianya jadi begini "kau nak pergi mana bai?", maka si kawan pun menjawab "aku nak pergi tandas lah dol, nak ikut ke?, dijawab pulak lagi oleh si kawan "tak kuasa lah aku nak ikut. tak de manfaat nya pun der". Haa, macam tu lah lebih kurang kalau korang biasa dengar la kan.

Bahasa inovasi ketiga: sejibik sejiban
haa, ni korang pernah guna? saya menggunakan bahasa ini. anda bila lagi? cess, promote lah pulak. sejibik sejiban ni asal dia-memang serupa 100%, tak pun 98% dengan sesuatu benda yang korang duk tengok tu. Contoh ayat-"Eh, kau beli kat mana kasut menoreh getah ni? Sejibik sejiban kot dengan yang atuk aku punya. Ke kau cilok atuk aku punya?, hatta sahut sang kawan "tak main lah cilok-cilok ni. kasut getah ni 3 RM10 kot kat pasar tani. Kau ada?". Berleluasa jugak lah penggunaan bahasa sejibik sejiban ni. Asal nya sejibik je, lepas tu, lepas dah beberapa abad, dia jadi macam kata ganda lah pulak kan. Kata ganda tu macam ni-riuh rendah, segar bugar, lintang pukang dan sebagainya hokeyh?

Bahasa inovasi keempat: bahasa w

Pernah dengar? Ni biasa dalam mesej je jadi. Contoh mesej: (kenapew kaw miskol?) orang tu pun jawab (sajew jew, tak boleyh kew??). Okeh, tu contoh yang saya biasa tengok la. Kadang-kadang meluat juga lah. Yang ni kalau dengan orang muda mudi boleh la diterima. Jangan mesej dengan orang dewasa macam ni okay? Kurang sopan. Hmm. Dan tak matang. Just my two cent's worth=)


Okey, macam tu je lah pemerhatian tak seberapa saya ni.
Kita boleh guna, tapi jangan lah teruk sangat, ye dak?
Sayangi lah bahasa.
Ahaa!

Thursday, September 8, 2011

Hye!

Assalamualaikum people!

Yepp. Know what? Tomorrow would be the last day i'm doing my SBE for this semester. And just to ask-kenapa aku observe hari last?. Hish. If only i started to observe the English teacher teaching earlier, then i would've completed my SBE task and also ELT Methodology assignment before i'm going back to Terengganu. So, dah sah-sah la balik nanti baru dapat siapkan assignment tu semua. So not cool okay. 

Tengok gambar je la eh. Malas nak cakap banyak. Hee












 secara tiba-tiba motto kemerdekaan ialah-satu malaysia membanteras dadah. : p


 wrong spelling if you could notice =))


 jalur gembilang? ngee


 motto sudah lari. supposed to be related to independence day ^^,


 again. spelling error.


hee.


-HaPpY InDePeNdeNce DaY!-