Assalamualaikum wbt!
dan selamat pagi semua=)
memandangkan waktu menulis ialah pada waktu pagi, jadi nak tanya lah satu soalan.
sudahkah anda membaca doa bangun tidur? rajin-rajinkan lah membaca doa ini ye.
Okey lah. Masa. Or in english we called it TIME. There's a wisdom says~TIME & TIDE WAIT FOR NO MEN. Dan di dalam al quran juga Allah telah berfirman dalam surah al-asr yang maksudnya "Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian.." Pagi ni dan begitu juga pagi-pagi yang lain, hati seakan memberontak. "Kau buat apa dengan masa-masa senggang kau, hah, tika?" Hmm. Suatu persoalan yang agak sukar walaupun mudah. Kalau pun ada jawapannya, pasti penuh dengan alasan. Manusia, memang cukup serasi dengan sahabat karibnya sang ALASAN. Kalau boleh di-listkan ALASAN-ALASAN itu, mungkin yang berikut lah skema jawapannya:
1.aku masa yang berlopak-lopak ni aku selalu tengok facebok jap.
update cerita-cerita hangit member-member aku. apa salah ke?
2. selalu nya lah, kalau aku ada free time, aku buat ketupat dengan kawan-kawan aku.
kadang-kadang ketupat palas, kadang ketupat NONA je. uhuk =="
yang ni betul. sob-sob-sob.
3. ala, nama pun free time. ini lah masa yang sesuai untuk tido bro.
bila lagi nak tido puas-puas kan.
*hey, banyak cantik kuku kau?
4. kadang-kadang aku baca sikit buku-buku ilmiah tu. study-study sikit. bagus kan?
tapi hakikatnya, tak sampai 1 chapter, aku terkuak lentang dekat katil kepunyaan kerajaan tu.
hadoi... tak kuasa teman melayan kerenah buku-buku tu~ bosan seh.
hah, punya lah banyak alasan mak ngah. Itu baru 4 alasan kemana hilangnya masa berharga. Kalau nak di-listkan sebetul-betulnya, mau penuh hard disk 500 tera bite. Anda setuju?
Dan kalau nak diikutkan juga, kita atau sebetulnya saya (kata ganti diri nama-sensitip oo) telah berhutang dengan masa. Suatu ketika dahulu, saya pernah berkata dalam nada monolog dalaman "Aku pukul 4 pagi esok nak bangun. *ada lah aku nak buat apa-apa tu* So, aku dah kunci jam. Alarm paling bingit sekali aku bagi" 4 pagi ialah suatu masa yang telah ditetapkan. Hatta, tidurlah sang puteri cantik bestari dengan harapan esok pagi pukul 4am nak bangun dengan megah. Tidur punya tidur siap dengan mimpi-mimpi lagi, pukul 4am pun tiba. Alarm punya lah bingit, boleh bernanah telinga. Sang puteri pun bangun. Tengok jam. Pandang kiri kanan, pusing pusing, guling-guling macam ulat beluncas. Nafas dihembus kepelusuk bilik. -Pergh, baru pukul 4. Tidur balik ar.- Haa, tengok! Dia tidur balik. Punya lah malam tadi eksaited nak bangun pukul 4am. dengan alarm bunyi entah hape-hape je haku dengar. Di sini, kita dah berhutang dengan masa. Kita hutang pukul 4am pada hari sekian-sekian. Boleh ke nak ganti? Menyesal lagi ada sebab pada hari sekian-sekian, di waktu yang sekian juga, kita dah set perkara yang kita nak buat masa tu. Kan rugi den kobar ke dema.
Masa yang berlalu juga memberi gambaran betapa lalai nya aku terhadap tanggungjawab aku sebagai dot, dot dan dot. Mari kita lihat dot-dot-dot yang berikut:
dot 1
sebagai pelajar.
yang ni memang la aku mengaku. dari darjah 6 pun tak hilang-hilang jugak perangai tu. iaitu MALAS. bangun pagi rajin. tapi nak study pagi-pagi MALAS. macam ada suatu kuasa yang menarik semua sifat-sifat rajin aku. haih. HOW TO DEFEAT LAZINESS? tu semua atas kehendak sendiri. pandai - pandai lah awak~
dot 2 & 3
sebagai dot-dot rahsia. yang ni seakan malas pulak mau cerita~
Jadi. macam tu berakhirnya post di pagi yang permai ini. sama-sama kita fikirkan. ke mana perginya masa lapang ku? PRECIOUS TIME IS EVERYWHERE. just find it and fill it. (Atika, 2011). cess, gila glam kau.
if only i could stop the time. i would ask....
'please, let me know if im doing the right thing right now?'
0 keyboard writings:
Post a Comment