Pages

Friday, October 14, 2011

Let's call it a break --?

Assalamualaikum orang kampung!

Study, study jugak. Rilex, rilex jugak, kan? Teringat aku pada suatu kata-kata motivasi yang masih aku pegang sampai hari ni. Dari umur 11 tahun (mengakhiri zaman hingusan) dan hingga kini telah pun mencecah 20 tahun, kata-kata azimat STUDY SMART, DONT STUDY HARD masih menjadi pembakar semangat. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam tipu je kata-kata azimat ni. Sebab most of the time memang aku study hard. Sebab? Hah, kena blame dekat aku jugak. Last minute study punya pasal la. Kalau assignment buat last minute ada style la jugak kan. Well, cakap mai sapa yang tak pernah buat kerja last minute? Ada, ada. Cuma tak jumpa je lagi. Hish. Aku memang suka pulun subjek-subjek susah last minute. SUSAH tu. Tapi nak jugak pulun last minute. Tapi kadang-kadang last minute work ni ada kualiti gak an? Ada percaya? 

Ok lah, kita akhiri perenggan mengarut tak hingat dengan ucap kata yang sebenar-benarnya. Aku nak kongsi la pasal suatu post member kat facebook. Alang-alang study macam tak faham je. Pastu mengantuk pulak. Post tu agak kelakar la. Jadi macam pengubat perasaan mengantuk aku ni la kan. Nak tidur rasa macam tak seronok pulak. Jadi mari lah sama-sama membuka mata membaca ini post dari facebook:

#Situasi sebenar: Seorang nenek pergi kedai beli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian#

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan"
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
...
Harakah - "Kami tiada beca"
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca"

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi"
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari"
 p/s: ini bukan politik. ini bahan hiburan sahaja. ngee o_0 

0 keyboard writings:

Post a Comment