Pages

Sunday, July 17, 2011

Elaun dimanfaatkan, jiwa aman damai. Cayalah.

Anda dikehendaki melihat gambar di bawah dan mengarang esei mengenainya. 


 cuba kira sume sekali ada berapa? dapat jawab, akak bagi kopiko.


ni pandangan dari tepi. nama buku-buku tebal ni. 
those are all related to our course.


ni yang paling tebal ye. literature. aigoo. 

Pada hemat saya lah, selama saya belajar ni, ini lah 1st time saya beli buku sebanyak ini sekaligus. Bukan sahaja sebanyak ini, malah harganya juga paling mahal pernah saya beli. Pergh. Dulu masa SPM, beli ansur-ansur sebab biasiswa BKP limit rm 150 je sebulan. So, agak-agak voleh ke beli begini punya banyak sedepuk ini macam? Tidak lah kan. Paling koman pun dulu, beli 2 buah buku rujukan yang tebal-tebal, tapi kos nya under RM 50. Jadi, boleh dilihat dan disemak lah perbezaan zaman sekolah baju putih kain biru dan juga zaman belajar di peringkat yang lebih tinggi ni. Banyak bezanya tu. 

Dulu, setiap kali biasiswa keluar, alasan yang digunakan untuk keluarkan duit ialah-"beli kalkulator, beli buku rujukan dan alat tulis." Tu je la alasan standard. Padahal tak beli pun. Ish, ish, ish. Rasa membazir betul haku ni zaman muda remaja dan kurus-kurus dulu. KFC lah, beli entah hape-hape je. Sekarang tak boleh macam tu dah, elaun kena budget betul-betul dan tepat. Save sikit. Duit elaun ditumpukan sepenuhnya untuk hal-hal study kat sini. Tapi ada jugak lah kan necessity hati yang perlu dipenuhi. Kang tak pasal-pasal kempunan je. Sape nak jawab tu? 

Okayh lah bebeh, can you guess the price of those books? Ok, ok. Let's reveal the truth. Plus minus, all together it cost me about RM 337. Tapi kalau kira-kira balik, murah pe? 7 buku=RM 300 something. Kan, kan? Masalahnya sekarang ialah----->mana nak simpan buku yang banyak nutrient ni sume? Loker dah full dengan folder yang dijaga rapi untuk pihak MQA. Meja? Aku tak suka letak banyak-banyak buku atas dia. Tapi nampaknya, terpaksa lah kan. Ke ada orang nak sponsor rak buku? Boleh la maklumkan ye. Desperately need a book rack! Ya ha ha!

p/s    Essay done! Yipppieee~

Friday, July 15, 2011

Latihan Kebakaran Itu hari

Assalamualaikum w.b.t.

Pergh, masih segar lagi dalam ingatan hamba ni latihan kebakaran tu. Tau tak pukul berapa kami diganggu? Pukul 3 pagi tu. Ergh, gila mengantuk tu. Tapi seriously, memang sebijik macam kebakaran betul. Masa tu, kami sedang syok-syok dibuai alam mimpi, then tetibe je suasana jadi panas dan gelap gulita. Masa ni dalam mood mimpi lagi, jadi tak sedar pun apa yang jadi masa tu. Lepas tu, tetibe je kami terkejut bagai nak rak sebab ada orang menjerit kuat gila kat luar bilik. Ingat kan ada orang bergaduh ke apa, sebab bunyi jeritan tu macam cemas gila je kan. Sekali tengok, orang jerit "Kebakaran! Kebakaran!". Alamak! Hamba dengan roomate hamba apa lagi, takut gila lah ingat kot terbakar betul hostel kami ni. Aisemen. Apa lagi, misi menyelamatkan diri pun bermula. Mula-mula ingat nak terus turun je, tapi bila fikir-fikir balik, "eh, tak kan turun je. pempuan kot. pakai lah tudung kak." ahaha, hakikatnya, time cemas macam ni, apa pun lupa daa. tau nak selamatkan diri je. Takut makan dek api nu.

Hamba memang rasa latihan kebakaran kali ni real oo. Alhamdulillah, bukan blok kami yang kena api tipu tu. Ha ha. Blok sebelah. Ramai penghuni blok sebelah ingat blok mereka sudah di makan api. Ye lah, bomba buat api betul kot. Siap ada asap hitam tebal lagi tu. Sape yang duduk dekat dengan api tu, mesti ingat terbakar betul dah. Ha ha, bila hamba ingat beratus-ratus kali, latihan kebakaran yang ni la paling best dan mantop. First, sebab latihan ni sudah menterkejutkan hamba dari tidur. Second, sebab kami memang nervous ya amat. Pastu dengan budak-budak blok ni menjerit macam nak hilang suara. Wah, pengalaman tu. Mana mau cari? He he.

Bila tengok penghuni-penghuni kolej kediaman berkumpul tengah padang tu, macam PATI lah pulak. hehe, gurau noh. Akhirnya, itu hari kami mengantuk yang tersangat hebat. Punyalah eksaited pergi assembly, sekali tau takde kuliah daa. Lecturer tak masuk lah fulak. Dengan mata masing-masing dah macam ikan puyu je, kami pun balik lah bilik. Pastu? Sambung tido lah, apa lagi. Itulah hari yang menyerabutkan dalam hidup ku~

-Ingat, jika anda dalam situasi kebakaran, u have only 5 mins to survive!-
-Mental & fizikal kena kuat ok? Ingatlah orang yang tersayang!-

Thursday, July 14, 2011

Miss busy.

Huh, huh, huh. Tell me. Am i busy? Yup. With few coursework need to be completed within these 3 months, i have no idea why i am so lazy lately. Apart from coursework, there are other small class activities such as:

1. to make an ABM (alat bantu mengajar) for Literasi Bahasa subject
2. Tutorial task which is to transcribe paragraph according to IPA format. ++''
3. to make a minit mesyuarat for Bahasa Melayu Komunikasi subject. Previous lesson, it was to write a formal letter. That has been done, now it is minit mesyuarat time!
4. 2 awaiting powerpoint presentations to be done-Phonetic & Phonology subject and Methodology subject.
5. Learning and learner subject-it's a group work. Still some more to finish up.
 6. we have this BIG program for this semester. A combined program with TESL 2. Weheee. Planning to visit Rumah Anak Yatim somewhere around Besut. Activities are yet to be confirmed=))

See? i am busy, but pretending to be free. Aiyoo, please wake up. Oh, before i end this entry, allow me to show some photos during an event called Young Writer's Camp. Kindly done for UPSR candidates of this year. 2 schools joined this program which are SKIPKT and SK Tok Jiring! Enjoy!


 students gathered before we start off with the program.


 everyone listening to the first activity which was an ice-breaking in the respective group.


 LDK (latihan dalam kumpulan)-writing a short essay based on the given picture.





 tips to answer the paper


 every students were divided into groups








 break!


 commited facilitator. cewah~





finally, it's time to say goodbye. snap, snap!


p/s -photos credit to arif.
enjoyed the program very much,,


Tuesday, July 12, 2011

bercakap tentang cinta?

 vandalisme di saat kebosanan melanda.

Okay, dekat atas tu ialah salah 1 hasil kerja vandalisme saya di dalam kelas. Tidak ditujukan kepada sesiapa, just conteng-conteng meja mempamerkan bakat melukis yang tak berapa nak lawa ni. Dah habis lukis pe sume, terkeluar pulak lah cerita pasal cinta ye. Biasa lah tu, remaja lah katakan. Ha ha.

Jadi, one of the members cakap:

Member: Eh, tau tak kalau kita cakap i love you banyak-banyak kali dekat orang yang kita suka, nanti aura dia akan sampai dekat orang yang kita suka tu. 
Me: Yeke. Macam mana?
Member: Kalau lalu sebelah dia, cakap lah yang kita suka kat dia.
Me: Cakap kuat-kuat ke, cakap dalam hati?
Member: Cakap dalam hati la, nanti aura tu akan pergi dekat dia. 
Me: jeng, jeng jeng. (Target dicari) *gurau-gurau noh.

Lagi satu tips jika kita menyukai seseorang:

Member: Masa dalam sujud tu, doa lah supaya orang yang kita suka tu terbukak hati terima kita.
Me: Masa dalam sujud akhir ke?
Member: A'ah. Lepas tu, kalau kita suka dekat orang tu, tapi tak nak terima dia sebab perangai tak okey ke, doa lah supaya hati kita tertutup untuk dia.
Me: Ooooo. Blink-blink**


 akhirnya, setelah dimarahi oleh roomate ku kerana bersikap vandalism, 
lukisan tadi terpaksa dipadam. sob-sob. 
p/s cinta itu ada 2 versi:
-cinta sementara-
-cinta selama-lamanya-

Hayati maksud lagu nasyid ini:


-Cintailah Ilahi-

Rasa cinta adalah satu anugerah tuhan
Pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang di cita
Kerna cinta sanggup berkorban apa saja
Harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia
Yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa
* Tetapi pastikah cinta mu di hargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan
Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika engkau cintakan Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi
~In Team~ 



Monday, July 11, 2011

seandainya dot dot dot

Assalamualaikum w.b.t.

Seandainya? Ceh, ceh, ceh. Skema je bunyi nya kan. Hakikatnya, ini lah yang semua orang pun duk alami juga. Tapi realitinya, takde lah orang cakap "seandainya", tapi ramai yang cakap "kan best kalau aku macam ni, macam tu. macam-macam, dot, dot, dot". Kan, kan? Haih, sebenarnya saya pun macam tu jugak lah. Tak boleh lari dari kenyataan tu. Ho ho hoh.

Selalu jugak, bila rasa tidak bahagia, saya akan berkata-"kan best kalau aku adalah orang lain". Sangat tidak bersyukur ye. Hm, hm, hm. Apa yang saya/awak tak tahu ialah:

-orang lain mungkin nampak bahagia di luar, tapi siapa tahu apa yang berselubung dalam dirinya?
-orang lain mungkin nampak kaya, tapi dia kurang kaya dari sesetengah hal.
-orang lain mungkin nampak ceria, tapi tahu kah anda kesedihan dalam hatinya?
-orang lain mungkin nampak peramah, dan disegani ramai pihak, tapi tahu kah anda seandainya orang lain itu berselindung di sebalik muslihat nya tersendiri?

Jadi, bertapak lah di bumi yang nyata ye saya. Ini adalah refleksi kepada diri saya. Tapi, ada 1 hal yang kita boleh buat. Jadi kan orang yang dijadikan target itu sebagai catalyst untuk memajukan diri sendiri. Sekiranya orang itu sentiasa memegang status pelajar 4 rata, tak salah kan nak tiru/ ikut cara dia menggenggam kejayaan itu? 



Wednesday, July 6, 2011

Dalam hati ada... ?


bosan? 
haa, lukis lah macam ini ye. 
motif? takde, takde. 
lukis je apa yang terlintas, terbang dan tergambar di dalam head y'all.

apa itu dalam hati ada taman?
ni peribahasa ke? tak tahu juga.
yang pasti, yakin dan tiada syakwasangka lagi, aku suka oo ayat ni.
sedap je bunyi nya. tu yang haku berkenan tu. ha ha.
makna dia? mm, setakat yang aku mengerti, maksud nya hati seseorang tu berbunga lah.
kowt.
kira seseorang tu dah ada feeling kat someone kot. ye eh? tatau.
atau kalau erti kata lain, i dah berpunya. heh-tak tahu. 
yang penting, taman tu pun dah beri gambaran kebahagiaan.cewah.
jadi kira perasaan berbunga, tangkap cintan dan semasa dengan nya lah.

-Dalam Hati Ada Taman Rama-Rama-!




Tuesday, July 5, 2011

Cuba lah untuk mengerti.

Assalamualaikum w.b.t!

Kadang-kadang, atau lebih tepat, selalunya, kita akan berasa jauh hati, sakit hati dan bengkek. Bagi orang yang tak pandai nak melawan, kita hanya mampu memendam, memeram, memerap dan menyejuk beku kan segala jenis perasaan negatif yang bersarang dalam kelambu jiwa kita ni. aku mengibaratkan insan yang gemar benar menaikkan temperature orang ni ibarat seekor nyamuk aedes yang sememangnya femes dengan penyakit denggi yang cuba nak try test market nak masuk kelambu yang dah dipasang di  bilik-bilik. Hish, nyamuk, nyamuk. Kau tu dah la buat bunyi bising, suka hisap darah orang. Apa kau tak tau ke orang tak suka perangai kau. Jangan lah masuk kelambu nak gigit orang. nanti orang tu bagi kau penampar 2 bijik, kan kau hancus lumat. kesian kat kau juga kan. Ini kisah nyamuk. Analoginya, begini lah keadaan sekarang. Segelintir orang tak sedar pun yang dia sedang atau dah pun menyakitkan hati individu lain. Tolong lah mengerti. Kita hidup berkelompok. aku pun tak suka komuniti bermuka cuka. Masam sana sini. semua orang pun suka kalau setiap orang saling senyum menyenyum. Kan bahagia begitu? Semua bermuka uncle McDonald. Jadi, mari ramai-ramai bersama-sama menelusuri permasalahan ini. Yo!

Faktor-faktor / sebab-sebab orang sakit hati beb:

1. kau/aku cakap tak serupa bikin.
-cakap lain, buat lain. heh, apa ni. dah dewasa kan.
 
2. kau/aku suka pangkah/condemn orang bila berkomunikasi.
-tolonglah jangan nak pangkah-pangkah ye. mulut tu tolong buat lesen dulu.

3. kau/aku tak pernah memuji sahabat-sahabat kau/aku sendiri.
-tolonglah, dalam seumur hidup kau/aku berkawan, puji lah kawan-kawan tu. 
jangan asik duk mengkritik je. kesian tahu tak.

4. kau/aku cakap ikut sedap hati.
-heh. sakit hati tahu tak? tolong lah bagi muka kat kiter sikit.

5. kau/aku bermulut:
a. puaka
b. parit terbiar
c. longkang
d. tak berus setahun
e. tak berinsurans
f. murai tahap gaban
g. tempayan sumbing

6. kau/aku tak pernah serik
-ini rayuan. tolong sedar kesalahan kau/aku okayh. 
don't let people suffer and annoyed? ok?

7. kau/aku tak pernah faham
-tak faham masalah kau/aku.
tak faham apa yang kau/aku suka & tak suka.
tak faham situasi.
tolong lah mengerti.

aku takde niat pun nak bikin masalah di sini. cuma aku penat menahan dan terus menahan perasaan bengkek ini. aku pun ada perasaan tahu? tak pernah tahu tak aku rasa macam ni. kenapa air mata ni harus mengalir dan mengintai dunia untuk masalah kecil sebegini? membazir tahu tak. terlalu banyak masalah aku. kenapa perlu kau tambah. Mendoakan kau berubah. aku juga minta maaf kalau aku jahat. terkadang aku tak sedar dan tak sengaja. harap kau faham dan mengerti. ok? =))