Pages

Monday, January 30, 2012

Kelibang Kelibu

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Post kali ni, nama dia post kelibang kelibu. Tak tahu juga lah ada ke tidak bahasa itu dalam kamus daftar kata. Uhuk. Kelibang kelibu ni macam kelam jugak lah taraf dia. Serabut alam ke. Atau yang sekufu dengannya. 

Lately, i've been feeling like a bit of kelibang kelibu y'olls. Ada je benda tak kena. Semua serba tak kena. Tak kena lah nak cakap nya. Haih. Cuti no hal. Best je. Tapi balik je cuti, confirm akan tertinggal benda dekat rumah. Walaupun confident bagai nak gila yang barang takde tinggal, alih alih tengok, aisegirl! Tertinggal jugak dowh. Kali ni tertinggal charger handset you know. Nasib baik ada juga yang memiliki charger serupa macam gue punya. Agak senang hati sikit. 

Kelibang kelibu semakin rancak beraksi dengan menyaksikan saya tidak terurus dalam menyelesaikan coursework. Banyak tak boleh nak cakap. *over jap* Rasa macam tak reti pulak nak start mana satu dulu. Ek? Yang penting, kena alert je la sekarang. Cakap banyak pun tak guna jugak kalau effort macam keretapi habis minyak. ??


Kelibang kelibu stop dekat sini. Esok handle perhimpunan pandu puteri. Agak eksaited arr. 
Muahaha. Kasut skema, baju plain, tudung algonjos~

Wednesday, January 18, 2012

It's holiday again !!

Assalamualaikum readers !

Sejak saya hadir ke institusi perguruan ini, tahap kegembiraan dan kesedihan saling bersilih ganti. Cewah. Ada ups and downs nya. Yang UP of course lah cuti kan. Lepas kau cuti sebulan, tak sampai sebulan kuliah, another short break appears. Syukur banget. Sebab boleh spend quality time with family members kat rumah. Yang ''membengkakkan hati'', of course la, dengan kehadiran coursework. Tapi, let's be positive and start a new perspective. NO coursework, NO life. Pemegang gelaran STUDENT, kena lah ada ciri-ciri seorang STUDENT. Buat presentation, ISL, assigment WAJIB and yang lebih penting--->sit for examinations. OKay?


Okey. Seperti biasa, cuti memang best. Yang menjadikannya tak best ialah part nak sampai ke rumah tu. Bagi perantau macam saya ni *dan lagu dendang perantau pun berkumandang*,transportation is a BIG problem. Berapa kali trip kah yang awak akan ambil? *tanya diri sendiri* Jawapannya, sila rujuk carta aliran di bawah:


IPG-Terminal MBKT-Hentian Putra-LRT-Pekeliling-Raub(Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya~)

6 kali stop tu. ALhamdulillah, kos nya masih boleh dibawak berbincang. Eceh~


Agak sakit jugak lah nak menyampai ke Raub kampung halamanku yang terchenta tu~ Tertanya-tanya juga di sanubari ni-Kenapa takde bas straight ke Raub dari Kuala Terengganu ni erk?- Hish, sape la nak tolong jawab ni?


Ada je alternatif lain, iaitu-->mintak tolong bonda tunggu di tol Bentong. Tapi, memandangkan penglihatan mak yang tak berapa bagus, dan saya pun tak rasa nak menyusahkan mak bawak kereta dalam keadaan yang membimbangkan, risiko harus diambil. Lebih rela diri ini mengalami sebarang kemungkinan daripada melihat mak bangun pagi-pagi buta semata-mata nak ambil saya dan membahayakan diri nya. Lepas kehilangan ayah tercinta, saya tak sanggup nak kehilangan insan tercinta, iaitu ibunda tersayang MAK. Cukup lah mak bersusah payah berniaga mencari duit untuk adik-adik kat kampung tu. Hmm, mak, kalau ika dah keje nanti, mak tak perlu bersusah payah lagi !


Susah kan hidup? Tapi permudahkannya dengan sentiasa berprasangka baik terhadap Allah swt. Ingatlah Allah pernah berkata "Sesungguhnya Aku di dalam persangkaan hambaKu". -Hadis Qudsi- Bersangka baik lah terhadap Allah, kerana segalanya ketentuan Allah jua. 


Okeys y'olss. Senyum banyak-banyak. Jeling sikit-sikit.
Tadaa~

Tuesday, January 10, 2012

Allergy.

ALLERGY. suatu penyakit yang tak semua orang hidapi. sesiapa yang menghidap allergy, memang tahu lah keperitannya. eh, ter-over pulak.

sebagai seorang penghidap allergy, saya mengaku, memang agak terseksa juga lah. alahan kepada seafood. lemah semangat akak~ seafood memang unavoidable. you will meet them beautifully and deliciously served as top menus during kenduri or even when you visit someone's house. masa ni, allergic tak allergic, sebat je. Yang penting kenikmatan itu perlu dirasai. huuuweuu~ nyamiii


When your allergy becomes extremely worse, your body suffered the consequences. As such, for those who are an ANTI-PEANUT one, maybe or definitely, parts of your body will swell, and you just hate it. Or maybe, as i watched a Hindi movie WE ARE FAMILY, the daughter almost died for eating biscuit or the like, with peanut as one of the ingredients. So, kena lah berhati-hati.


My allergy is actually at the peak of its combat. It is currently attacking my right palm and it just painful that i cannot do my daily routine. Tak boleh basuh baju. Tak boleh menggenggam - genggam. Tak boleh bersalam-salam. Salam tu sikit-sikit boleh la. Apa-apa pun, in a month or two, or perhaps much longer, this allergy will recover. Really pray to Allah for this small test. Ini lah akibat tidak berpantang dalam pemakanan. Nafsu makan terlebih-lebih. ==""


And if you search through the internet, allergy means a hypersensitive disorder of the immune system. Hyper ok. Have ever seen a child who is hyperactive in action? Yes, allergy can be viewed a child who is a hyperactive one. Stop only if he or she focuses on something attracting him or her. Allergy just won't stop if we don't stop some of the actions that can make allergy gets worsen. this statement is for me of course ....


(**,)
till then


Sunday, January 8, 2012

Serahkan semua pada Yang Maha Kuasa !



-Tawakkalna 'Alallah-


Setelah kamu berusaha, bertawakallah kepada Allah.
Apa jua bentuk usaha mu, yang penting, usai segalanya-->serahkan semua padaNya.
Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya.


Tiada guna mengeluh.
Tiada guna mencaci maki diri sendiri.
Tiada guna menuding jari.
Kerana kita tahu... selepas hujan yang lebat......
Muncul pelangi yang indah. ^^,


Exam
Perniagaan yang mempunyai persaingan
Menyayangi sahabat sehingga tidak sanggup sahabat itu terluka
Penantian yang tidak pasti 
Perjanjian mendirikan mahligai bahagia, dibina atas tiket REDHA ILAHI
Semua ini perlukan TAWAKKAL di akhirnya.


Buat yang menghadapi peperangan di dewan peperiksaan--> itu jihad kecil mu.
JANGAN MENIRU =p
TAWAKKAL!!
-InsyaAllah-


 

Friday, January 6, 2012

Kerja sambilan seorang pelajar ? Ahha?

Greet you with assalamualaikum.

This is not an ads about job vacancy.
Triple NO. 
Bukan juga pasal kerja-kerja PART-TIME yang student suka buat time cuti.
Nehi hei.

Of course la, sebagai seorang pelajar berdedikasi, kerja utama dia ialah--->

STUDY-BUAT AISEMEN ASSIGNMENT-SIT FOR EXAM (fail or pass is the only matter)
dan banyak lagi yang utama!!

Tapi, untuk taknak jadi exam oriented student, of course kita kena study santai-santai.
Atau,,,, study lepak-lepak la der~ STUDY SMART study hard selalu ?

Jadi, umum sedia maklum. 
Dengan ledakan teknologi yang seganding dengan bom atom hiroshima, there are much to do about sophisticated technology stuffs babeh (@_@)

Jadi, itu lah yang dikatakan part-time job for a student.


::1st thing 1st::
jengjengjeng!! rembat hard disk member, dan copy movie-movie terhangit di pasaran.

yang latest sekarang 
*OMBAK rindu~~~
*AKU bukan TOMBOI-----
*apa-apa yang kau suka, kau copy. tak suka kau delete je labu ooi.



tapi sangat kurang cerita hindi. kurang peminatnya. kurang juga akak-akak jiwang. 
tapi kalau ada je pertandingan aerobik, lagu hindi kemain lagi jah tengok. 
femes fulak. ^^? ehek??
jah sarankan dema semua tengok WE ARE FAMILY. 
air mata pasti gugur jua. walaupun ditahan-tahan kan~



Lepas tu, kerja sambilan seorang student ialah:

tett-->basuh baju manual. back to basic adikku sayang. 
kita adalah pekerja dobi. sendiri punya baju, sendiri cuci la. (@""""@)



Banyak lagi lah. 
malas mau cerita.
yang penting, KURANGKAN kontroversi. UPkan Prestasi okeyh.





Thursday, January 5, 2012

Ujian dan takdir Allah.

Assalam.

Esok, 6hb Jan 2012. Genap sebulan ayah 'pergi'. Entah kenapa, sangat susah untuk terima kenyataan ini. Walau apa pun, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk redha serta tabah menerima segala ujian dari Allah. Suara, bayangan dan segala yang arwah ayah buat masih jelas, tak hilang dari ingatan. Rindu. Allah sahaja yang tahu. Hanya bekalan doa menjadi titipan buat ayahanda tercinta 'di sana'. Istana baru ayah, kata adik. Ya Allah, moga diberi kekuatan. Di sebalik semua ini, ada hikmah tersisip rapi. Allah Maha Mengetahui, juga Maha Merancang segala sesuatu. Nasihat buat semua - bersedia mental dan fizikal menerima takdir Ilahi. Perbanyakkan bakti buat ayahanda dan bonda. 

Ya Allah, rahmatilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu aku masih kecil. Amin.

Al fatihah buat ayah.