Assalamualaikum readers !
Okey. Seperti biasa, cuti memang best. Yang menjadikannya tak best ialah part nak sampai ke rumah tu. Bagi perantau macam saya ni *dan lagu dendang perantau pun berkumandang*,transportation is a BIG problem. Berapa kali trip kah yang awak akan ambil? *tanya diri sendiri* Jawapannya, sila rujuk carta aliran di bawah:
IPG-Terminal MBKT-Hentian Putra-LRT-Pekeliling-Raub(Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya~)
6 kali stop tu. ALhamdulillah, kos nya masih boleh dibawak berbincang. Eceh~
Agak sakit jugak lah nak menyampai ke Raub kampung halamanku yang terchenta tu~ Tertanya-tanya juga di sanubari ni-Kenapa takde bas straight ke Raub dari Kuala Terengganu ni erk?- Hish, sape la nak tolong jawab ni?
Ada je alternatif lain, iaitu-->mintak tolong bonda tunggu di tol Bentong. Tapi, memandangkan penglihatan mak yang tak berapa bagus, dan saya pun tak rasa nak menyusahkan mak bawak kereta dalam keadaan yang membimbangkan, risiko harus diambil. Lebih rela diri ini mengalami sebarang kemungkinan daripada melihat mak bangun pagi-pagi buta semata-mata nak ambil saya dan membahayakan diri nya. Lepas kehilangan ayah tercinta, saya tak sanggup nak kehilangan insan tercinta, iaitu ibunda tersayang MAK. Cukup lah mak bersusah payah berniaga mencari duit untuk adik-adik kat kampung tu. Hmm, mak, kalau ika dah keje nanti, mak tak perlu bersusah payah lagi !
Susah kan hidup? Tapi permudahkannya dengan sentiasa berprasangka baik terhadap Allah swt. Ingatlah Allah pernah berkata "Sesungguhnya Aku di dalam persangkaan hambaKu". -Hadis Qudsi- Bersangka baik lah terhadap Allah, kerana segalanya ketentuan Allah jua.
Okeys y'olss. Senyum banyak-banyak. Jeling sikit-sikit.
Tadaa~
0 keyboard writings:
Post a Comment