Assalam.
Esok, 6hb Jan 2012. Genap sebulan ayah 'pergi'. Entah kenapa, sangat susah untuk terima kenyataan ini. Walau apa pun, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk redha serta tabah menerima segala ujian dari Allah. Suara, bayangan dan segala yang arwah ayah buat masih jelas, tak hilang dari ingatan. Rindu. Allah sahaja yang tahu. Hanya bekalan doa menjadi titipan buat ayahanda tercinta 'di sana'. Istana baru ayah, kata adik. Ya Allah, moga diberi kekuatan. Di sebalik semua ini, ada hikmah tersisip rapi. Allah Maha Mengetahui, juga Maha Merancang segala sesuatu. Nasihat buat semua - bersedia mental dan fizikal menerima takdir Ilahi. Perbanyakkan bakti buat ayahanda dan bonda.
Ya Allah, rahmatilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu aku masih kecil. Amin.
Al fatihah buat ayah.
0 keyboard writings:
Post a Comment