Pages

Thursday, August 4, 2011

Duit.

Duit? Apa itu duit? Ada juga yang memanggil duit dengan panggilan wang. Skema nyo lah. Tapi takpe, akak memang suka warga-warga pencinta bahasa skema ni. Ada class pe? Ha ha.

Ok lah. Duit ni, dalam sekelip mata je boleh tinggal sedikit. Mungkin lah awal-awal dalam akaun bank tu ada dalam 5k, then selepas beberapa ketika, duit tu tinggal 10 riya je didalam nya. Alangkah sadisnya. Tapi nak buat macam mana kan, duit tu disalurkan ke jalan yang benar. Kot kalau ada yang guna ke arah yang terpesong, ada baiknya lah batalkan perbuatan tu dengan segera. Gunakan lah duit anda dengan berhemah.

Duit oh duit. Kau mengalir ibarat air berkarbonat yang mengalir di trachea ku. Cess, bulan posa ni. Tapi betul la, tak kira macam mana bajet pun you, duit you pasti akan tinggal sikit punya.Well, this suits with a quote-nothing last forever. Kalau lah duit ni macam pokok, alangkah gembiranya. Nak duit je, petik je daun kat pokok tu. Kalau yang daun hijau kita kira RM5, kalau yang dah coklat-coklat tu, kita anggap dia dalam RM100. Bahagia kan kalau begitu. Nak pergi shopping, just petik 10 helai daun tu, dan bersuka ria lah you all. Waah, berangan tak hengat! Ish, ish, ish. Apa nak jadi la.

Hai lah duit. Masalah besar kalau takde duit ni. Tapi takpe, chillax je la dewi puspita hatiku. Duit bukan lah segala-galanya. Ce mu pikir sket esemen yang bertimbun tu. lagi merana jiwa dik. Kau tak buat apa-apa lagi tu. Dah, henti kan menyerabutkan diri kau dengan En Duit. Heh. Kurang kerjaan ya.

Money, money, money~

0 keyboard writings:

Post a Comment