4 a.m.
Pagi yang hening. Jam loceng telefon bimbit ku kedengaran nyaring, lantas memaksa mata terbuka layu. Ah, baru pukul 4. Tido lagi sikit lah. Begitu lah hati, sentiasa berperang dengan perasaan malas dan letih. "Sape tu!!!". Penghuni aras 2 dikejutkan dengan teriakan floor-mate. Aku lantas terjaga dalam perasaan cemas menyelubungi diri. Ku hampiri pintu, mengamati suasana di luar. Selamat. Lalu pintu dibuka perlahan. "Kenapa wei?" "Aku nampak orang laki turun dari aras atas." Ya Tuhan. Siapakah lelaki misteri itu? Adakah kejadian kecurian bakal berulang lagi? Itu persoalan sukar. Wallahualam. Lantas ku ucapkan kalimah syukur kerana saat aku terjaga oleh bunyi jam loceng telefon bimbit ku, aku tidak terus keluar dari bilik dan melangkah ke ladies room. Bayangkan, jika aku yang terserempak dengan lelaki misteri itu? Apa bakal aku lakukan? Syukur, alhamdulillah!
Bulan Ramadhan. Ini bulan yang suci. Bulan mentarbiyah diri menjadi lebih baik dari bulan-bulan yang biasa. Jika tidak mampu berubah sepenuhnya, mungkin sedikit pun jadi lah. Ikhlas itu yang utama. Bukan? Hmm. Masih ada kejadian yang tidak diingini berlaku di bulan yang suci ini. Timbul rasa bimbang dalam diri. "Takut lah nak sahur awal-awal, nanti jumpa orang macam tu, tak pasal-pasal je". Itu lah bicara hati yang sebenar-benarnya. Aku wanita, punya rasa bimbang. Harapan ku, moga perkara ini tidak berulang lagi.
Ya Allah, ku mohon perlindungan-Mu dari sebarang hal yang mampu memudaratkan dan merosakkan ketenteraman kami. Amin.
p/s Assignment mood=))
0 keyboard writings:
Post a Comment