Pages

Sunday, August 28, 2011

Virus. Hah? Virus?

Assalamualaikum!

Wah, lama jugak eh tak jenguk blog ni. Rindu lah pulak kan. Okeh la, meh tengok benda alah kat bawah ni:


gila ah. virus detected-39 ekor. ish3 laa.

Tak sangka betul. Selama 2 tahun kami hidup bersama, si laptop menghadapi penyakit yang agak sukar diubati. Patut lah kalau tengah syok-syok duk surf internet, tiba-tiba termati sendiri. Haiyya. Mungkin sebab saya jarang scan kot. Lepas tu, mungkin juga lah saya duk download-download tu, virus yang berbagai nama tu duk sibuk jugak nak berumah dalam system laptop saya. Sedih tau. Malas la nak format-format. Nanti mesti ada folder-folder yang hilang. Tak mau, tak mau. Haih. 


then, tengok balik dekat scan system tu.
makk aii! last scan system-tahun 2009 dulu nuu. 
sekarang dah 2011. apadaa. 
ini semua salah saya, sayang. saya tak pandai jaga awak.
sob-sob-sob. 
walaupun saya selalu lap awak dengan kain, sembur dengan air bagi kilat-kilat sikit, 
tapi saya terlupa nak ambil tahu pasal kesihatan awak.
sori ye. sekarang awak tengah nazak. ='(
saya doakan awak cepat sembuh encik laptop =)

Owh, sangat tak boleh blah. Time-time ni lah kau nak berjiwang besi kan. Aku sayang dowh laptop aku. Sebab akak aku yang belikan. Harapkan duit sendiri, kerja nanti la jawabnya baru merasa. Ha ha. Just hoping that everything's gonna be alright dearies!


Sunday, August 14, 2011

Diari 14 Ramadhan 1432 Hijrah

4 a.m.
Pagi yang hening. Jam loceng telefon bimbit ku kedengaran nyaring, lantas memaksa mata terbuka layu. Ah, baru pukul 4. Tido lagi sikit lah. Begitu lah hati, sentiasa berperang dengan perasaan malas dan letih. "Sape tu!!!". Penghuni aras 2 dikejutkan dengan teriakan floor-mate. Aku lantas terjaga dalam perasaan cemas menyelubungi diri. Ku hampiri pintu, mengamati suasana di luar. Selamat. Lalu pintu dibuka perlahan. "Kenapa wei?" "Aku nampak orang laki turun dari aras atas." Ya Tuhan. Siapakah lelaki misteri itu? Adakah kejadian kecurian bakal berulang lagi? Itu persoalan sukar. Wallahualam. Lantas ku ucapkan kalimah syukur kerana saat aku terjaga oleh bunyi jam loceng telefon bimbit ku, aku tidak terus keluar dari bilik dan melangkah ke ladies room. Bayangkan, jika aku yang terserempak dengan lelaki misteri itu? Apa bakal aku lakukan? Syukur, alhamdulillah!

Bulan Ramadhan. Ini bulan yang suci. Bulan mentarbiyah diri menjadi lebih baik dari bulan-bulan yang biasa. Jika tidak mampu berubah sepenuhnya, mungkin sedikit pun jadi lah. Ikhlas itu yang utama. Bukan? Hmm. Masih ada kejadian yang tidak diingini berlaku di bulan yang suci ini. Timbul rasa bimbang dalam diri. "Takut lah nak sahur awal-awal, nanti jumpa orang macam tu, tak pasal-pasal je". Itu lah bicara hati yang sebenar-benarnya. Aku wanita, punya rasa bimbang. Harapan ku, moga perkara ini tidak berulang lagi.

Ya Allah, ku mohon perlindungan-Mu dari sebarang hal yang mampu memudaratkan dan merosakkan ketenteraman kami. Amin.

p/s  Assignment mood=))

Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432 Hijrah.

Syukur kerana masih diberikan lagi kesempatan oleh Allah s.w.t 
untuk menunaikan salah satu rukun Islam, iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.


Saat mata terlelap, mimpi mengerawang. Ada yang telah pun ke Korea, ada yang telah ke Afrika Selatan, ada juga yang masih di Negeri Sembilan. Begitulah lumrah mimpi, kita bersendiri di dalam dunia separuh mati itu. Tidak perlukan wang ringgit untuk ke negara jiran, cuma bermimpi, maka ter-realisasilah mimpi indah itu. Namun, mimpi cuma tinggal mimpi. Tatkala tersedar- "Ah, mimpi rupanya".

Alhamdulillahhillaziahyanaba'damaamatanawailaihinnusyur. Kalimah yang terus dibaca sejurus mata kuyu terkelip-kelip melihat sekeliling. Terus mempersiapkan diri untuk bersahur. Water heater dibawa bersama. Kaki lemah mengorak langkah. Takut dan tawakal sama-sama bersahabat. Berita kecurian masih tidak dilupakan, lantas menjadikan diri lebih berhati-hati. Mata meliar ke kiri, ke kanan, hadapan, dan juga belakang. memerhati andai ada yang mencurigakan. Alhamdulillah, segalanya baik sahaja.

Air dipanaskan. Yang sunat didahulukan sementara menunggu air masak. Usai semuanya, santapan sahur segera dikeluarkan. Bubur lambuk Balai Islam Al-Muttaqin 'Alhamdulillah', roti gardenier bersama tuna, biskut kering memori zaman kanak-kanak ku, air vico dan makanan yang lain yang berada dalam senarai stok makanan ku. Alhamdulillah, sahur yang sempurna bagi seorang perantau di negeri orang. Teringat kepada ibu di kampung. Saat bersahur, akan dimasak apa yang ada, segala-galanya panas. Ibarat makan tengah hari. Mungkin sebab itu ramai yang ingin berpuasa di rumah, bukan?

Waktu berbuka kian hampir. Terdengar pengumuman dari Balai Islam, yakni surau di IPG kami. Pengumuman bahawa bubur lambuk sudah siap dimasak. Alhamdulillah, harus diambil ni. Buat sahur besok pagi. Langkah kaki dipercepatkan. "Bubur lambuk dah habis". "Hah? Dah habis?". "Ada, ada." Cess, ditipu. Jadi, perasaan gembira lantas melebar ke kalbu. Esok bersahur bubur lambuk lagi. Yay!

Sekian omelan di malam yang hening.



p/s Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah ta'ala.

Damba Kasih ^^,








p/s : a song full of meaning. (^^,)

Thursday, August 4, 2011

Duit.

Duit? Apa itu duit? Ada juga yang memanggil duit dengan panggilan wang. Skema nyo lah. Tapi takpe, akak memang suka warga-warga pencinta bahasa skema ni. Ada class pe? Ha ha.

Ok lah. Duit ni, dalam sekelip mata je boleh tinggal sedikit. Mungkin lah awal-awal dalam akaun bank tu ada dalam 5k, then selepas beberapa ketika, duit tu tinggal 10 riya je didalam nya. Alangkah sadisnya. Tapi nak buat macam mana kan, duit tu disalurkan ke jalan yang benar. Kot kalau ada yang guna ke arah yang terpesong, ada baiknya lah batalkan perbuatan tu dengan segera. Gunakan lah duit anda dengan berhemah.

Duit oh duit. Kau mengalir ibarat air berkarbonat yang mengalir di trachea ku. Cess, bulan posa ni. Tapi betul la, tak kira macam mana bajet pun you, duit you pasti akan tinggal sikit punya.Well, this suits with a quote-nothing last forever. Kalau lah duit ni macam pokok, alangkah gembiranya. Nak duit je, petik je daun kat pokok tu. Kalau yang daun hijau kita kira RM5, kalau yang dah coklat-coklat tu, kita anggap dia dalam RM100. Bahagia kan kalau begitu. Nak pergi shopping, just petik 10 helai daun tu, dan bersuka ria lah you all. Waah, berangan tak hengat! Ish, ish, ish. Apa nak jadi la.

Hai lah duit. Masalah besar kalau takde duit ni. Tapi takpe, chillax je la dewi puspita hatiku. Duit bukan lah segala-galanya. Ce mu pikir sket esemen yang bertimbun tu. lagi merana jiwa dik. Kau tak buat apa-apa lagi tu. Dah, henti kan menyerabutkan diri kau dengan En Duit. Heh. Kurang kerjaan ya.

Money, money, money~