Pages

Wednesday, March 2, 2011

-biRthDaY-

Assalamualaikum!

Entri kali ni nak cerita pasal birthday kiter-kiter yang disambut pada bulan januari dan februari lepas.
Setiap bulan, kelas kami akan menyambut birthday classmates dan masing-masing akan membawa makanan sendiri. Aktiviti ni baru je start sem ni.
Setiap bulan juga akan ada kek yang berlainan dengan makanan berat yang berlainan.
Bulan Januari, saya lupa pula kek tu jenis apa, tapi bulan Februari, kek blueberi ok. 
Kek-kek yang dibeli dijamin sodap sehingga menjilat polisterene. Begitu juga dengan makanan berat.
Bulan Januari kami order bihun tomyam daripada lecturer Literature kami. Sedap eden cakap.
Bulan Februari pula kami menikmati mee goreng, juga ditempah daripada lecturer yang sama. 
Kiter-kiter menikmati hidangan dengan bersopan ye. Licin habis segala makanan, kecuali makanan ringan.
Yang tak habis tu, ada yang bawak balik makan dekat bilik. Saya lah salah seorang nya.

Sebelum tunjuk gambar, meh nak bagi objektif dan misi kami mengadakan birthday parti ni. Tidak lupa aktiviti-aktiviti semasa birthday party dijalankan.

Objektif (direka sendiri):
1. Menyambut birthday kiter-kiter.
2. Mengeratkan silaturrahim sesama classmate.
3. Melepaskan tekanan assignment yang bertimbun.
4. Menikmati pelbagai juadah pembuka selera. Huu

Misi (juga direka-reka sesuka hati):
1. Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran kreatif.
2. Menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
3. Mengingati tarikh-tarikh penting birthday kiter-kiter.

Aktiviti-aktiviti birthday party:
Bulan Januari: Menonton wayang di dalam kelas. Guna LCD ye.
Bulan Februari: Berkaraoke lagu jiwang tahap leleh. Keluar habis lagu dolu-dolu.

     Okey, dah stop sampai situ dulu membebel.
Jom tengok gambar birthday bulan Januari dan Februari.
p/s: guna camera one of kiters-kiters.

::BULAN JANUARI:: 


 cake sponsored by our tutor=) thanx a lot Madam!
swear sedap!!


 kiter-kiter wanita busy menyiapkan sandwich.
rasanya meletup. 
belum hidang lagi, tetapi beberapa keping telah di-ngap. biasa la tu.



see? banyak kan? tak muat atas meja, kita letak atas kerusi....



yang ni lagi sedap. santha order dekat cafe. karipap ubi dia memang terbaik!!


air sirap. segar dari hostel.




sebelum makan, birhday gal potong kek dulu. 
birthday boy ada urusan ketika acara memotong kek sedang ghairah dijalankan.




::BULAN FEBRUARI::


 on the whiteboard:
Cik Mizu turnng 20, Miss Imah also turrning 20. 
Hepi old day kawan-kawan!! 


kek blueberry. 
sorang dapat 1 je, bukan 2, bukan juga 3.
dalam kotak memang ada 3.
tapi sebab ada lebih, boleh la kiter-kiter ambil lebih dari 1 potong kek=)


 yang ni sedap sebab banyak isi ayam.
misi utama ketika senduk mee ini of kos la 
untuk mendapatkan sebanyak-banyak yang boleh isi-isi ayam yang ada.  
 greedy gitu.




kek pisang. faham-faham je la rasanya.
memang nak masuk mulut 5 kali.
tapi kenapa saya dapat 1 je? haa



jangan tanya. sah-sah diimport dari cafe jugak.
sha sponsor ni. yang ni 1st makanan kami berebut tak hingat.




yang ni kiter-kiter yang lain sponsor. ada macam-macam la.
tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. cewah.



london choco roll. beli dekat kedai depan tu,
anda tahu? 


minum air berkarbonat dulu. berkarbonat ke?
entah jugak. tapi kita rembat je time ni.
segala pantang larang dihiraukan. huu



keseronokan terserlah berdasarkan tumpahan air oren ni.
ini air saya, tapi bukan saya buat tumpah.
wee~




yang wajib ada. mestilah sumi jeli-jeli kan.
teringat siti sifir dalam rancangan ALONG tu.
kira sifir guna sumi.


ada juga idea pelik ibni musibat dengan 
 mencampurkan jeli-jeli tersebut ke dalam air oren.



last sekali, ini lah hasilnya. kelicinan berganda tanpa sebarang baki.
order kat sapa la ye?




kami order kat Madam Z la=)
hiraukan tumpahan air itu.




Birthday party diakhiri dengan ceria. 
Kebanyakan makanan licin dan jajan-jajan yang tak habis tu kami bawak balik hostel. 
Boleh makan time bosan kan.
Alhamdulillah, memang kenyang. 
So, bulan Mac ni kami menantikan kek cheese fulak. Walaweii.
TUNGGUUUUUUUUU-------










 
 

2 keyboard writings:

gaThisLimaNama said...

burfday sara nanti jum laa celebr8 same2...heheheh...insyaAllah kalau diizinkan..hehe

pemerhatiSejati said...

bulan 4 ek? insyaAllah, klau kita punya cuti sm.. hehe, lm x hangout kn? rndu la..

Post a Comment