Pages

Friday, March 18, 2011

-Cerita Bapakku-

Assalamualaikum w.b.t!

Ingat lagi tak, saya ada cakap nak post tentang satu cerita pendek.
So, hari ni nak kongsi cerita tu. Jom, jom, jom!
By the way, cerita ni bukan rekaan saya, tetapi dipetik dari majalah ujang keluaran Julai 2008=)
Cerita ni ada message disebaliknya. So, harap readers sume dapat ambil ibrahnya ye=) 

-Adapted from one of Ujang's sections "Cerkon"-

Cerita Bapakku

Dulu setiap kali nak masuk tidur bapak aku mesti buka cerita sehingga aku terlelap. Ketika itu aku memang suka mendengar cerita-cerita baru dari bapak tapi bila aku semakin besar aku semakin bosan dengan cerita-cerita itu. Pertama, kerana bapak aku asyik cerita benda yang sama. Kedua, aku dah naik muak dengan ceritanya yang tahun demi tahun aku rasa macam tak logik. "Dulu bapak selalu pergi memancing...kadang-kadang dekat, kadang-kadang jauh. Ikut rasa nak pergi mana, kalau pergi tu sanggup ambil cuti sekadar nak pergi memancing. Yalah masa tu bujang, takde siapa boleh halang. Ada satu masa tu bapak  pergi mancing kat satu lubuk dalam hutan dengan kengkawan. Orang selalu cakap lubuk tu berhantu tapi bapak dengan si Kasran dan Tajul pergi juga. Kasran tu dah kawin, bininya dia punyalah gemuk segemuk-gemuk manusia. Kalau baringnya satu katil dah penuh. Kalau duduk atas kerusi sebarangan boleh patah tapi isteri Kasran walaupun gemuk dia masih boleh jalan dan sihat. Tak macam orang gemuk yang lain. Yang penting Kasran sayang sangat dengan dia," PAUSE!!!
       Tengok cerita bapak aku tu! Melampau tentang orang gemuk. Mana ada orang gemuk sebesar katil boleh berjalan dan sihat. Makin besar aku dengar cerita yang sama dari bapak, aku rasa tak percaya.
       Continue..."Kitorang kalau pergi mancing dapat banyak ikan, Kasranlah orang yang teruja kat dunia sebab dapat bagi isteri dia makan ikan. Jadi kitorang selalu bagi ikan kat dia. Okey.. teruskan nak pergi lubuk
tu untuk memancing. Masa kitorang masuk hutan tu, kitorang sikit pun tak baca-baca. Main redah je. Masa tu baru pinggir hutan, kitorang dengar bunyi tapak kaki. Tajul tu penakut sikit dia terus datang dan berdiri dekat bapak." Sambung bapak aku.
      Mata aku masa tu terkebil-kebil juga mula-mula sebab nak tahu apa yang berlaku.
     "Bunyi tapak kaki tu semakin kuat dan kami tengok pokok-pokok renek tu bergerak-gerak tapi tak nampak apa-apa lagi. Makin lama bunyi tapak kaki tu makin dekat macam ada orang dah mengepung kami. Kitorang bertiga dah berdiri rapat antara satu sama lain. Memang betul kami dah dikepung oleh orang halus. Diorang tu pendek-pendek tapi muka diorang lawa-lawa. Diorang mempelawa kitorang masuk ke dalam kampung mereka. Kami tiada pilihan ikut sajalah. Memang ada kampung dalam hutan tu. Yang kami terkejutnya dalam hutan ada kampung yang bersih dan cantik.nMemang respectlah tengok deretan rumah yang seragam. Kami dijamu makan dan diraikan. Yang tak bestnya pancing kami digantung tinggi. Lepas makan kami nak minta diri balik tapi ketua orang halus tu mengajak kami tinggal bersama mereka. Mana boleh, kami panjat dan mengambil pancing balik. Masa nak pergi tu semua orang halus tu keluar dan melihat kami tak nak tinggal kat situ." PAUSE!!!
     Tengok macam tak percaya bapak aku kata dia jumpa orang halus. Mmm...lantak dialah. Lepas tu dia sambung cerita lagi...
      Continue! "Niat kami yang nak pergi memancing kat lubuk tu diteruskan. Kami pun masuk ke dalam hutan mencari lubuk. Jalan punya jalan bila dah penat, kami berhenti dan menyandar kat sebatang pokok yang besar...batang pokok tu memang besarlah. Tiga orang sandar pun sebelah depan, orang dari belakang datang tak boleh nampak ada orang bersandar kat pokok. Tapi tiba-tiba kami memang tak bergerak sebab ada ular betul-betul atas kepala. Biasalah si Tajul dah panik sangat ni. Jadi bapak bangun tarik kepala ular. Ya Tuhan! Beratnya ular tu, bapak dibelitnya dan hampir tak bernafas. Kasran datang menikam-nikam ular tu banyak kali dengan pisaunya. Nasib baik, kalau tidak arwahlah bapak kena belit dengan ular sawa yang besar. Fuh!!
    Tipulah, bapak jumpa ular kecil je rasanya. Bapak saja nak menambah-nambah cerita.
    "Tajul pulak ambil batu besar katuk kepala ular tu banyak kali. Bila ular tu macam dah pengsan, kitorang siat dan ambil kulitnya. Lepas tu kitorang teruskan lagi perjalanan, akhirnya sampai juga kat lubuk tu. Kami pun excited tu nak memancing. Duduk punya duduk siap pakai umpan special tapi tak dapat sebarang ikan. Padahal orang kata lubuk tu paling banyak ikan. Mungkin bukan rezeki kami, dapat ikan kecil tapi bila kitorang nak berkemas nak balik tiba-tiba je pancing bapak bergerak macam ada ikan yang dah kena. Memang kena dan bila nak tarik punyalah berat. Bapak yang berdiri ni pulak yang kena tarik. Kasran dan Tajul menolong bapak. Mana taknya bapak yang kena tarik dengan ikan tu sebab punya lah besar ikan tu. Besar baby enam bulan lah. Kami bertarung nak menangkapnya untuk diletakkan ke dalam polisterene besar yang diisi air. Punyalah berat nak bawa balik tapi kami puas hati. 
    Masa first time dengar cerita memang macam best tapi lama-lama rasanya bapak ni buat cerita dongeng je. Aku memang tak percaya. Bapak aku kata ikan besar tu dia campak  kat tasik belakang rumah kitorang tapi aku tak pernah tengok pun.
    Bila dah makin besar aku rasa telinga aku ni dah gelebeh dengar cerita yang sama. Semua extreme-extreme. Bini Pak Cik Kasran gemuk besar katil, jumpa orang haluslah, ular atas kepalalah. Macam-macam lagi. Tu belum dia pergi ikut orang sampaikan berita dari raja tu. Lintah hisap darah kat tengkuk sampai berlubang tengkuk. Macam-macam bapak aku. Mak aku pun dok muncung-muncung mulut bila bapak aku dok start cerita. Ada sekali tu aku gaduh besar dengan bapak aku. Sebab bila kawan-kawan aku datang dia mesti bercerita benda yang sama. Sampai naik malu aku. Berapa lama aku tak bertegur dengan dia. Tapi bila pikir dosa tak tegur bapak sendiri, aku pun buat macam biasa. Nak tak nak tadah telinga dengar cerita dia.
     Tapi yang sedihnya bila kli terakhir arwah dah nak pergi, sebelum dia mengucap dia siap pesan kat aku agar cerita dia disampaikan pada cucu dan cicitnya. Aku sendiri tak pasti aku boleh bercerita macam bapak aku cerita. Masa hari pengebumian dia, ramai kawan-kawan dia datang. Termasuklah Kasran dan Tajul. Mulut aku memang melopong bila melihat bini Kasran begitu gemuk dan memang sebesar katil. Ya Allah! Memang betul apa yang bapak aku cerita. Lepas tu adalah orang-orang kerdil seramai-ramainya datang, brulah aku faham bapak aku cakap orang halus. Pak Cik Tajul pulak bawak kulit ular kat bahu dia. Jadi memang betullah apa yang bapak aku cerita. Aku je yang tak mempercayai kehebatan bapak aku. Memang penuh tanah perkuburan dengan kawan-kawan seperti yang dia cerita kat aku.
    Aku rasa bodoh sangat sebab tak mempercayai bapak aku, lepas selesai pengebumian bapak aku, aku duduk kat tasik belakang rumah aku sebab aku terlalu sedih.
    "Bapak, maafkan aku sebab selama ni tak percaya kat bapak. Bapak memang seorang hero."Aku tersedu-sedan.
    Tiba-tiba aku nampak ada seekor ikan yang besar melompat dan masuk semula ke dalam tasik. Memang betul bapak tak pernah tipu!!!

 -THE END-
best kan cerita ni?
walaupun macam lawak-lawak sikit, ada mesej yang nak disampaikan.
faham-fahamkan=)
Majalah Ujang ni selain buat orang gelak, ada juga selitkan unsur-unsur kesedaran.
Tapi bukan saya beli, akak saya beli. He he he.
-ADIOS-

0 keyboard writings:

Post a Comment