Sangat seronok hari ini! Yes,, simply because i don't even feel bored at school. Time went so fast. Waah!
Hari ni masuk kelas darjah 2 dan 3. Alhamdulillah, walaupun darjah 2 agak bising, tapi mereka agak mendengar cakap. Suruh duduk, mereka duduk, suruh beratur, mereka berebut-rebut pulak. Saya pun semangat la tengok mereka semangat macam tu kan. He he. Hmm, teringat zaman kanal-kanak.
Rugi sangat sebab takde kamera kan. Alangkah bestnya kalau saya ada benda alah tu. Ya Allah, semoga aku dapat memilikinya dalam bulan 7 ini=) InsyaAllah!
Kelas 3 Kreatif. Kelas ni saya masuk dengan cikgu bi, Cikgu Faizah. Baik orangnya. Tapi tegas. Saya observe cara beliau mengajar dari belakang. Sempat jugak kami berbual-bual masa Cikgu Faizah mintak murid-murid buat soalan. Terjawab jugak soalan-soalan assignment saya bila Cikgu Faizah terangkan. Dah selesai 1 tugasan. Tinggal lagi sikit untuk fully complete. Saya......... suka cikgu-cikgu kat sekolah ni! best, peramah dan baik hati^^,
Saya dan kawan saya jugak ada tolong-tolong cikgu ni siapkan hiasan untuk majlis tilawah quran khamis ni. Gunting kertas rama-rama je. Ok, cikgu-cikgu ni memang sempoi. Kami yang tak berumah tangga ni didedahkan dengan pelbagai la cerita orang yang sudah bergelar ibu. He he, saya suka jugak dengar. Dapat la kan apa-apa info menarik kan. Pasal anak-anak ni. Hish, membuatkan saya rasa ingin mendirikan rumah tangga dengan cepat. Haha. Dan yang menarik ialah, salah seorang cikgu kat situ cakap, kalau anda ada anak, tapi anak-anak anda tu tak conteng dinding rumah, berkemungkinan anak anda tu ada masalah. Penakut ke, tak berani luahkan perasaan ke. Macam tu la katanya. Haa, tengok-tengok la anak tu ye.
Last thing for this entry is-->
Sorang cikgu tanya-
Cikgu itu: "Ko dah ada ke?"
Me: "Xde lagi."
Cikgu itu: "Baik ko cari cepat2, nanti dah kena posting susah."
Me: "Hehe"
-Haih, terkena aku. Kena carik ni. haha. Seriously, sapa nak jadi spinster kn. Saya taknak-
-Ya Allah, temukanlah aku dengan seseorang yang dapat membimbingku ke jalan yg diredhaiMu-
Semua orang ada rasa ingin disayangi dan menyayangi~ Teguhkan imanku Ya Rabb!
Ok la, let me leave you with a new kids song. Pendek je.
Rama-rama cantik;
Ikan keli panjang;
Saya baik;
Cikgu sayang!
LoVe u!!
0 keyboard writings:
Post a Comment