Pages

Thursday, May 1, 2014

It's going fast somehow..

time is ticking.

Sudah bulan Mei. Tahun akhir, 2014. Fuhh. Makin hampir, makin cepat pula rasanya.

Tak bersedia lagi walaupun dulu selalu mahukan cepat berakhir. 

Memang terasa cepat. 

And we are going to miss everything here. 5 and a half years, that's a very long period though.

Will be missing every single thing!!!


Saya mendoakan semua sahabat saya berjaya dan terus berjaya.. Masa terus berlalu dan usia semakin meningkat... Teruskan dan kuatkan diri untuk masa depan yang masih belum tentu lagi, tapi sudah PASTI! We'll make it through. We'll be what we will be. We can do it!! Yeah, keep on believing =)

all the best to all my beloved friends. 
I LOVE YOU!

Tuesday, April 29, 2014

Hilang dan redha.

HILANG.

Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang Allah pinjamkan.. Masuk kali ni, banyak kali dah sebenarnya aku hilang barang.. Pheww... Minggu akhir praktikum lepas, aku hilang satu-satunya sumber komunikasi aku, iaitu handphone.. Berakhir juga kisah aku dengan fon tu.. Handphone tu sebenarnya handphone adik aku... Habis semua isi-isi di dalam nya tak dapat dah aku nak trace... All the contact numbers, memos yang aku buat, mesej yang aku simpan perap sebab kategori dia penting, pastu semua gambar hilang camtu je...

Tu la nak katanya, apa yang kita ada ni, TAK KEKAL... Boleh hilang camtu je.... Tanpa sebarang backup.

Mula-mula hilang tu aku panik juga, sebab banyak benda aku simpan dalam tu.. Nombor akaun sume.. nasib baik aku tak simpan password apa-apa dalam tu... Yang paling aku takut, gambar aku la.. Bertimbun dalam tu... Walau pun sume gambar ok je, menutup aurat, tapi kerisauan tu tetap ada... Haih, cua betul aku ni... Aku rasa aku kena pakai henfon yang basic je.. Untuk mesej dan call..

Apa-apa pun, walaupun handphone aku dah hilang lenyap takde kabar berita, aku redha saje. Mungkin takde rezeki aku dengan fon tu.. Lepas ni aku akan lebih berhati-hati dan selalu jaga barang aku.. kalau hilang lagi pasni, ada la mak aku membebel lagi..... Senang senang je aku hilangkan fon kan? Aih....


Sunday, April 27, 2014

Join 8share sekarang!

Hai!

Jom join 8share dan berpeluang menjana duit sampingan!

Klik sini:

http://bit.ly/1iVnksI

Hanya share apa2 di 8share dan tunggu duit masuk =)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Happy trying! Saya dah, anda bila lagi?

Wednesday, April 9, 2014

Makan hati pastu ulam jantung...

Saya ada nasi....

Banyak lagi lauk yang sedap..

Tapi selalu lauk utama saya hati....

Pastu ada banyak ulam jantung...

Ramai orang ingat sedap,,, tapi kenapa saya rasa tak sedap............?


Orang pesan:::::

Yang BAIK tu ORANG,
Yang JAHAT tu KITA.....


Nasib aku la.............
Selalu sangat makan hati ulam jantung.

Asik aku je jaga perasaan orang? Nasib la dapat orang yang tak pandai lawan cakap cam aku ni...

Cuba aku ni jenis suka balas balik? Camne? Haa.......................

Aku takde orang nak mengadu, jadi kat blog ni jela aku nak luah rasa hati pon......


Aku tension ni............ Orang sikit pon tak jaga hati aku, main sedap cakap je........

Dah la, malas aku pikir.... Wekkkkkkkkkkkkkkkkkk

Monday, April 7, 2014

takkan luput...

Ayah saya....
Taknak sebut 'arwah' ayah sebab nanti jadi makin sedih pula hati ni.
Gambar ni ayah ambil waktu first saya beli laptop ni.. Hujung 2009 rasanya.

Di petang yang redup ni, saje saje je saya up sekeping gambar ayah... Rindu.. Allah je yang tahu. Perasaan hilang orang yang tersayang ni, memang Allah sahaja yang tahu. Boleh dikatakan, setiap hari saya terkenang-kenangkan ayah.. Doa je yang mampu saya beri saat ni...

Oh ye.. Ayah, lama nya tak sebut perkataan tu... Ika rindu sangat pada ayah. Rindu nak dengar nasihat ayah. Rindu masakan ayah... Masakan orang Melaka yang sume nya kaw-kaw.. Asam pedas yang kaw-kaw, kari mamak yang tak pakai santan tu.. Sambal tumis yang memang sedap gilesss tu.... Ika sebenarnya rindu semua benda tentang ayah.. Yang takkan dapat dah sekarang. Ya Allah, kuatkan lah aku.. Dan tambahkan erti redha dalam diri ku ini.....

Ika akan teruskan kehidupan macam biasa.. Walaupun selalu senyum, dalam hati ni Allah saje yang tahu. Ika nak ayah tahu yang Ika cuba jadi yang terbaik.... Dan ika selalu dan akan terus sayang ayah.. Penat lelah ayah takkan sia-sia.. =)

Ika sayang dan rindu ayah sangat sangat..............

K lah, nak menitik pulak air mata ni................... I miss you ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, my only father in this world... Nak jumpa ayah di sana.......................................................... Kabulkan ya Allah.. Amin

Tuesday, April 1, 2014

Ikhlas dan sabar...

Seiring dan sejalan..
Seiring dan sehaluan...

Kata mereka, IKHLAS itu ibarat semut HITAM yang berjalan di atas batu di waktu malam..
Tak dilihat.

Kata mereka, SABAR itu sejenis tumbuhan yang PAHIT, tapi berbuah MANIS.
Sungai yang mengalir.

IKHLAS dan SABAR seiring dan sejalan, juga seiring dan sehaluan.

Susah untuk memahami erti ikhlas. Lebih susah memahami erti sabar.
Pengertian bagi kedua-dua sifat ini, sangat dan sangat dalam.
Ya Allah. Engkau yang berhak menilai tahap keikhlasan dan kesabaran kami, hamba-hambaMu,
penDOSA...

Mendidik insan, yang mendidik perlu ikhlas. Baru lah ILMU terasa, lekat di hati, diamal oleh insan yang di didik.
Bukan kah begitu?

Mendidik, perlu sabar. Sabar melayan, meladeni karenah jiwa-jiwa kecil yang hakikatnya, lebih mulia dari kita, jiwa-jiwa yang sudah matang ini....

Ya Allah, bantulah aku dan yang lain menghilangkan rasa penat dan jemu untuk mendidik...

tetapkan hati-hati kami............. moga redhaMu mengiringi perjuangan kami.

Monday, March 31, 2014

Cabaran sentiasa ada

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak menulis di sini. Banyak yang nak dicoretkan, tapi kesibukan mengatasi segala-galanya. Cecece. Hiperbola tak ayat ni? Biarkan je.. Orang sibuk memang macam ni, kena ada mengarut ngarut sikit.. Mana boleh serius the whole time. Ada ke ek orang camni? Tak boleh la haku.... Jem nanti kepala yang tengah serabut alam ni oiii.

Ok lah, entri hari ni nak cerita tentang CABARAN. Betullah, cabaran tu sentiasa ada, walaupun kita rasa, kita dah di COMFORT ZONE. But, line is not always straight, and even though a line has no full stop, the journey continues. And along the journey, challenges come and keep coming. CABARAN dan UJIAN itu sama kah? Mungkin juga...

Cabaran aku untuk minggu ni....

*Batuk, selesema dan half-fever disebabkan cuaca yang semakin panas. Batuk yang berlarutan ni dah buat suara aku hampir takde dan tekak aku perit gila... Bila keadaan macam ni, keadaan kelas sedikit kelam kelibut sebab suara tak dapat mengatasi kesemua suara kanak-kanak di dalam kelas yang aku ajar tu...

Dan seorang murid aku bagi juga suggestion kat aku: "Ticer, kalau ticer sakit tekok, minum air asam jawa"..
MM, bagus anak murid aku ni... Dalam kenakalannya, terselit juga sifat prihatin dan baik hati.. Sebab tu aku layan semua murid aku sama je... Sebab semua ada keistimewaan tersendiri.

Aku harap CABARAN yang datang ni akan jadikan aku antara orang-orang yang kuat tahap kesabarannya.. Bukan senang nak jadi penyabar ni kan? Nak-nak nya waktu sibuk camni.. Bila murid-murid buat perangai, mesti ada yang kata camni kan....

-Ada yang aku back hand jugakk budak ni kang!!!
-Aku penampo jugakk si kenit ni kang!!
-Aku flying kick jugakk la dia ni satgi!!!

Aku pon pernah kata camni jugakk. Hadess.. Menempek di benak ku ini, sekelumit kekesalan. Aii, sekelumit je?? Mm, ikut la.... Yang penting aku lepas cakap benda-benda negatip camni, menyesal jugak...

Anyway, papehal pon, dah hari last nanti la aku mintak ampun kat kanak-kanak ni... Sekarang cam awal lagi.. Ada la nanti dorang ni tak dengar cakap aku. Haish. Aku memang sayang anak-anak murid aku ni...
Sebab.... aku takde anak lagi... Kuang3..


Harapan aku: Dapat settle kan semua macam selalu.. Walaupun kerja itu adalah kerja TITISAN TERAKHIR beb. Sape je yang tak penah buat keje last minute kan? Tell me skettt.. Hihik.

OK lah, sekian dulu....