HILANG.
Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang Allah pinjamkan.. Masuk kali ni, banyak kali dah sebenarnya aku hilang barang.. Pheww... Minggu akhir praktikum lepas, aku hilang satu-satunya sumber komunikasi aku, iaitu handphone.. Berakhir juga kisah aku dengan fon tu.. Handphone tu sebenarnya handphone adik aku... Habis semua isi-isi di dalam nya tak dapat dah aku nak trace... All the contact numbers, memos yang aku buat, mesej yang aku simpan perap sebab kategori dia penting, pastu semua gambar hilang camtu je...
Tu la nak katanya, apa yang kita ada ni, TAK KEKAL... Boleh hilang camtu je.... Tanpa sebarang backup.
Mula-mula hilang tu aku panik juga, sebab banyak benda aku simpan dalam tu.. Nombor akaun sume.. nasib baik aku tak simpan password apa-apa dalam tu... Yang paling aku takut, gambar aku la.. Bertimbun dalam tu... Walau pun sume gambar ok je, menutup aurat, tapi kerisauan tu tetap ada... Haih, cua betul aku ni... Aku rasa aku kena pakai henfon yang basic je.. Untuk mesej dan call..
Apa-apa pun, walaupun handphone aku dah hilang lenyap takde kabar berita, aku redha saje. Mungkin takde rezeki aku dengan fon tu.. Lepas ni aku akan lebih berhati-hati dan selalu jaga barang aku.. kalau hilang lagi pasni, ada la mak aku membebel lagi..... Senang senang je aku hilangkan fon kan? Aih....
0 keyboard writings:
Post a Comment