Pages

Thursday, January 30, 2014

Ini fakta bukan auta.........

Assalamualaikum semua. Hi...!

Hari ni nak cerita sikit pasal first week practicum aku. Banyak perkara yang berlaku. Setakat ni alhamdulillah takde masalah yang serius, kecuali kawalan kelas aku la teruk sikit. But nevermind sebab ini baru permulaan. Aku masih lagi meneroka resolution kepada masalah aku tu. Sebab kelas tu kan aku yang pegang, jadi aku la yang kena fikirkan penyelesaiaannya. Takkan la setiap kali budak-budak tak dengar cakap, lari sana, lari sini, aku nak kena panggil cikgu disiplin kot? Kan? Jadi sepanjang 3 bulan ni, aku ingin bersikap positif dan yakin bahawa semua murid aku ada potential untuk jadi murid-murid yang baik. InsyaAllah. Aku yakin.

Bak kata guru besar, doa banyak-banyak. Banyak tips seperti doa-doa yang guru besar ajar pada kami. Pendekatan yang disarankan oleh guru besar ni mostly lebih terarah kepada rohani, agama dan motivasi. Katanya, budak-budak tak boleh dimarah selalu. Kita yang cikgu ni kena mendekati murid, selidik apa yang murid suka. Cari tahu minat dorang. Hmm, itu la kerja aku nanti....... Harap-harap berjaya dengan bantuan Allah.

Sepanjang seminggu aku berpraktikum ni, aku dah masuk 2 kali ke kelas untuk mengajar. Aku mengajar 2 kelas je. 1 kelas tu kelas ke 3 terakhir, lagi 1 tu pulak kelas pertama. Jadi fakta #1 yang aku kesan setiap kali aku masuk 2 kelas ni ialah....................................................

ada beberapa murid yang suka korek hidung.

Perkara ni berlaku setiap kali aku masuk nak mengajar. Aduss. Mungkin normal bagi budak-budak. Tapi aku pun manusia biasa. Aku sebenarnya tak berapa suka tengok benda-benda macam ni. Pulak nya, depan mata aku. Konsetrasi aku nak mengajar tu terjejas. 

Fakta #2 pulak ialah........................................

semua murid akan bersalam dengan aku with bare hands... termasuk yang korek hidung tu.
T____T

Takkan la aku nak elak pulak kan. Jadi aku redo je la.. Habis kelas terus aku bersihkan tangan. Mungkin murid-murid ni dah terbiasa, takde yang tegur. Apa-apa pun, bila aku fikirkan balik, bila dah masuk ke alam cikgu cikgi ni, jadi tugas kita jugak nak pastikan murid-murid faham tentang hygiene. Ye. What can be done, what cannot be done. 

Sebelum aku pergi ke fakta yang #3, aku dah fikir 1 solution untuk masalah kat atas ni. Aku akan masukkan peraturan jangan korek hidung dalam rules yang akan aku buat nanti. Sebab pesan rumate aku, kalau aku tak bagitau benda ni kat murid-murid aku, nanti dorang buat pulak setiap kali kelas... Jadi minggu depan aku nak pesan kat murid-murid aku supaya jangan lakukan aktiviti mengorek hidung ni masa dalam kelas. Nak buat jugak, kena pergi toilet dan basuh tangan selepas itu. Ye. 

Fakta #3 ye. Murid-murid ni........................................

jujur orangnya. Dia tak menipu i tell you.

Ditakdirkan semalam aku masuk kelas sains, nak ajar sains la kan. Jadi sebab ni first kelas aku mengajar, aku hanya buat introduction dulu, nak kenal-kenal. Topik nya ialah haiwan ternakan dan haiwan peliharaan. Aku minta murid-murid brainstorm apa haiwan ternakan dan peliharaan yang diorang tahu. Aku selitkan jugak kemahiran proses sains yang pertama iaitu kemahiran memerhati. Alhamdulillah, sume faham. Aku pun minta dorang buat peta mnda tentang mana-mana haiwan yang dorang suka dan masukkan ciri-ciri haiwan tersebut yang boleh dilihat. Aku bagi la contoh arnab: berbulu putih, berkaki 4 sume tu... Lepas tu aku pun round la setiap orang, tengok kerja dorang. 

Dan ada seorang budak mengadu dekat aku...............

Murid: Cikgu....
Aku: Ye?
Murid: Dia cakap muka cikgu macam arnab.
Aku: -_-..............

I can't believe this. Kite ajar dia pasal arnab, dia kata kite muka macam arnab? See? Betapa jujurnya they 'olls...

Hmm. Banyak cabaran nya nak didik murid-murid ni. Kita bukan saja nak mereka faham apa yang kita ajar, tapi jugak, nak mereka jadi yang baik dari sume segi. Tak kisah la, dari segi percakapan (jangan mencarut, jangan menipu), dari segi pemakaian (baju kena basuh, kena pakai kemas-kemas), dari segi adab dengan orang yang lebih tua (mak ayah, cikgu) dan banyak lagi la. Tu tugas cikgu la tu. InsyaAllah.

Harapan aku, aku dapat mengajar dengan lebih ikhlas, penyayang dan faham situasi murid-murid. Aku juga nak elakkan bersikap berat sebelah. Aku akan layan sume murid-murid aku sama rata. Biar la suka buat perangai pun. Semua kerana Allah. Jadi yakin lah dengan bantuan Allah. 

^___^
kita haruslah yakin!
 



2 keyboard writings:

AISHA.DEEN said...

Hahaha. Sumpah lawak. Semoga tabah dan dipermudahkan segala urusan kak :) tak boleh bayang camne lah time sy praktikum nanti. Huhuhu..

pemerhatiSejati said...

ya Allah, nanti tikah praktikum macam-macam lagi la tikah jumpa... yg speaking lgi terer dari kita pun ada.. terkedu sekejap bila dema speaking.. time kasih. doa2kan la kami ni. hehe.

Post a Comment