Pages

Friday, August 3, 2012

Diari Ramadhan 14



Pagi tadi, entah pukul berapa. Mimpi kubur ayah.
Dan, ika menangis dalam mimpi tu. Bila sedar, air mata masih mengalir. Menitik nitik sebak.
Mungkin ika terlalu ingin lawat ayah di 'kediaman' baru ayah.  Sampai terbawa-bawa dalam tidur.
Tengok ayah, ika punya lah rindu dekat ayah. =') Eh, lupa, sayang jugak. Tu yang ayah nak dengar kan.
=')

Ika sayang ayah tak ? -Sayanggggggg-
Tu, selalu ayah tanya waktu ayah call ika dulu-dulu.
Sekarang, ish. Ika asyik duk teringat-ingat je. Bestnya dulu-dulu. (^^',)


Waktu ika jalan nak pergi kuliah,
waktu ika doa lepas solat,
waktu ika nak kayuh basikal,
waktu ika duk sorang-sorang dekat koridor hostel,
waktu ika tengok handphone,
waktu ika makan,
mesti teringat dekat arwah ayah. Hmmmmmm.


Terpaksa mengaku, ika rindu ayah sangat-sangat.
Walaupun ika ada baca 1 buku ni, bersedih tu bukan sifat Muslim.
Yang lepas jangan dikenang.
Tapi.....
ika kena ambil masa lebih lagi, dan lebih lagi.
Sebab ika sayang ayah,,


Dan sedih lagi. Sebab teringat ayah di post-mortem.
ika tak dapat bayangkan sakit yang ayah rasa.
Waktu ayah terkena pisau masa nak siang ikan, tu pun ika dah rasakan sakit nya.
Post mortem, hmm. Lebih lagi sakitnya.
di bulan Ramadhan ni, ika doakan yang sebanyaknya untuk ayah,
di tahajud, di solat fardhu. di solat hajat.
dan di setiap ingatan ika pada ayah.
seluas langit Ilahi.


ika mengharapkan rahmat Allah untuk ayah di sana.


Allah as Sami'.
Ramadhan 14, 1433 H.
  La Tahzan, La Taghtar.


Ayah, ika, huda, hidayah, iti, ain, mamat, fikah, iqbal.
dan balqis cucu ayah.
Semoga, dan semoga dipertemukan di akhirat.
Di Jannah, insyaAllah. Ayah tunggu ika =')

2 keyboard writings:

man said...

sabar itu separuh dari iman ika..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

pemerhatiSejati said...

terima kasih saudara man. insyaAllah, innallaha ma assobiriin, Allah bersama2 org yg sbr kn. insyaAllah sy akn berkunjung ke blog saudara pula =)

Post a Comment