Pages

Saturday, July 21, 2012

Bulan Pesta Ibadah ;-)

Salam alaik semua.

Hari ni dah pun masuk hari ke 2 kita menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah kerana Allah memanjangkan umur saya dan sahabat2 di luar sana untuk sama-sama mengejar keberkatan dalam bulan mulia, yang disebut juga sebagai bulan turunnya al Quran kareem =') Syukur sangat. 

Memandangkan kita sekarang di bulan Ramadhan, jadi saya terdetik untuk membuat post-post yang lebih bermakna, supaya penulisan di sini tidak hanya penulisan kosong. Kan kita tahu, setiap perbuatan kita diteliti Allah. ^^,

"...Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan".
Al Maidah:8

Jelas bukan? Seruan Allah memang benar-benar tepat ke hati. Dan motivasi juga ;-)  InsyaAllah, ikhlaskan niat!

Ok, back to this post. Title post kali ni, Bulan Pesta Ibadah. Memang sangat-sangat sesuai sebab di bulan ni lah para muslimin dan muslimat berlumba-lumba cari keberkatan dan redha Allah. Memang terlalu banyak ganjaran di bulan yang satu ini. Sewajarnya kita lebih bersemangat untuk beribadah kerana Nabi sendiri ada bersabda yang mafhumnya:

"Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan pengakhirannya pelepasan dari azab neraka"

Subhanallah, indahnya Ramadhan =') Takkan kita nak biarkan iman kita sama je kan macam bulan-bulan sudah. Janggal kan? 

Antara yang boleh kita lakukan ialah:

  • kurangkan sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji), tambahkan sifat mahmudah (sifat terpuji) ^^,
  • perbanyakkan solat sunat, insyaAllah ganjaran yang setimpal Allah kurniakan. Yang penting, IKHLASkan NIAT.
  •  sentiasa perbaharui niat ;-) innamal a'malu binniyat (sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung pada niat). insyaAllah, kita boleh ^^,
  • solat berjemaah =) ramai yang menekankan solat berjemaah pada waktu tarawikh, tapi tidak pada solat fardhu. Jadi, mari renew sikap ni. Yang dituntut itu solat fardhu, yang ganjarannya jauh lebih besar =) Ayuh perkemaskan jemaah ! Rapat-rapatkan saf ;-)
  • banyakkan sedekah. senyum pun sudah dikira sedekah. indahnya Islam. nikmat terbesar buat kita.
  • baca al-Quran dan maksudnya =) hati pasti tersentuh dengan ayat-ayat Allah yang subhanallah hebat!
  • mengeratkan ukhuwah fillah. dan ikhlaslah dalam bersahabat.
  • bersahur lah, kerana di dalamnya ada keberkatan =))
  • dan masyaAllah, banyak lagi.

Sebab itu Ramadhan itu, bulan pesta ibadah ! Syoknya Ramadhan, as they say, it's a road to Jannah. Allah, Subhanallah for giving us the chance to meet and performing good deeds during this Barakah month. =)

Siiru ala barakatillah!
Carilah keberkatan Ilahi =) InsyaAllah,,
Happy Ramadhan to all my Muslim friends ^^,


 

 
 

1 keyboard writings:

ZiErWa zAiNaL said...

Ramadhan Kareem

Post a Comment