Pages

Thursday, November 17, 2011

Selipar bundle daa~

Salah satu peraturan bila korang tinggal di asmara asrama ialah-----> waktu kuliah, SELIPAR  mesti susun dekat rak kasut. tak boleh letak atas lantai sepah-sepah. Kalau berdegil! NAH, inilah nasib malang selipar-selipar anda (^__________________^) senyum bagi lebar sikit.


Atudia... Bertimbun la kasut dema. Sape suruh tak susun an? sekali dengan kasut-kasut kiter kena. sob3

kasut bertemakan keikanan turut menjadi mangsa dalam kes selipar malang ini.

tidak kurang juga kasut yang bergaya mewah dengan imej reben di atas nya. juga menjadi mangsa. apo nak dikato~

beginilah rupa selipar-selipar malang ini. 
macam bundle pun ada. 5 singgit. nak beli? 


Selipar-selipar ni, kalau tak dilonggokkan macam ni, akak cleaner akan masukkan dalam beg plastik warna hitam. Pastu selongkar ler kasut dema sorang-sorang. Hadoiiii. Nak tergelak pulak bila ingat balik. A ha ha!!
Pagi ku lebih bermakna dengan kejadian selipar bundle ini ^^. Sekian terima kasih. ! Whoop >_<

Habis dah sem 2 (@_@)

Alhamdulillah. Akhirnya, berakhir juga semester ni. Habis tahun pertama untuk alam ijazah. Rasa apa ek? Entah la. Macam-macam. There are still 3 more years ahead. Jadi, rasa macam pejam celik pejam celik je dekat bumi terengganu ni. Yang pasti, hidup sebagai seorang perantau memang mencabar. Mencabar emosi, fizikal dan mental. Kalau tak kuat, mau jatuh tersungkur. Serius!

Hari ni? Apa yang PANAS lagi MELETUP ??? Haa, dah konfem-konfem la pasal Malaysia MENANG bola!! Kecoh dekat Fb kan. Bukan tu je, HANGIT juga pasal result UPSR. Jadi, kepada adik-adik yang scored 5As tu, TAHNIAH!! A bright and good start for you ^^, Boleh la apply MARA kan. Atau mana-mana boarding school. Dan kepada adinda ku yang berjaya merangkul 2A, tahniah juga =)) Bukan senang nak dapat A kan. Jadi, ada 2A pun bagus pe?? Hee.

Exam bagi pelajar-pelajar IPG juga berakhir hari ini. Ramai ler yang lega. Buktinya? Boleh tengok kat Fb hokeyh? Ramai juga yang balik. ARGHHHH! Jeles oo. Ada yang dah sampai pun dekat rumah. Dah landing atas katil. Ye dak? Suasana dekat hostel sekarang----> SUNYI giler! Rasa macam bangunan baru siap jek haku tengok? A ha ha.


Yo! Holidays. sebulan. Pergh. Terbaikkkk!

Sunday, November 6, 2011

Take 5 selalu jadi take over.

Over the top. tu je la saya boleh cakap.
selalu time tengah penuh je otak ni, mesti akan take 5 punya. 
tapi, exactly 5 min ke?
sape yang straight sampai malam / straight sampai pagi tak berhenti study, memang bagus.
tapi macam memaksa diri. 
macam burung hantu pun ada. dan incredible hulk. incredible student.
saya pun macam nak try lah jugak kan tak tido ni.
tapi,,, macam susah jek? ada je lah benda selingan nak buat.
baca paper online la, stalk fb orang la. ? haa
gossip lah bagai. makan dah sejam lebih. nak-nak kalau ada runningman depan mata,
lagi laa~ confirm study sambil lewa.
haih, hape nak jadi lah kau ni jah. rupa dah ada dah. eheh, tetibe~

Tolong lah suggest macam mana saya boleh stay active and stay fresh.
Free from the word SLEEPY. 
Risau jugak, study baru 1 subject. Berhari-hari gamaknya. 
Kalah orang buat preparation untuk kenduri kawin. 



Thursday, November 3, 2011

Di ambang final exam -_-''




study tak sah kalau takde highlighter. sape yang takde tu, boleh cepat-cepat pergi beli.



 dan ini-colour magic. mesti dan mesti dalam istilah "menelaah".

yang penting, kena ada break. horlick time.
atau yang sewaktu dengannya.

Saya pun tak tahu, tapi setiap kali nak exam, mesti last minute jugak. Walaupun dah set dalam kepala nak study awal-awal. Faktor persekitaran mungkin. Dan maybe jugak sebab intrinsic motivation sudah semakin luntur. Ditambah pula dengan extrinsic motivation yang kureng. Apa nak jadi pun tak tahu la. Hadoi.


Monday, October 31, 2011

Cuti putus cinta lah pulak~

Assalam.

Tadi dalam pukul 4 lebih, dengar dekat Hotfm, dekat Jepun sinun telah diperkenalkan suatu cuti baru, iaitu cuti putus cinta. Eh, ada pulak kan? hadoi~ Kalau ada lah cuti tu dekat Malaysia, mau ramai nya maknusia mintak cuti kan. Asal putus cinta je, mintak cuti. Putus cinta je, mintak cuti. Parah ler kalau gitu, ye dak? Bankruptcy juga ada itu company. Mari kita tengok ini drama terbaru.
















 Macam-macam la kan? Aih. Deejay radio tu pun tambah: cuti tumbuh jerawat takde? Ahah. Ada yang nak cuti mengantuk la, cuti lapar la. Banyak punya cuti la. 

p/s bercakap pasal cuti- raya haji ni teman dengan kawan teman beraya dekat terengganu je la. nak balik, duit kering pulak~ hadoi =="

post jiwa. layan~


sighing and keep sighing.
if i know this would have turned to be this way
then i should never cross the boundary,
i should never tried to even peek through it 
now that we have changed
-i started to miss everything-


BYE-BYE to memories.
hmm ='( 

Friday, October 14, 2011

Let's call it a break --?

Assalamualaikum orang kampung!

Study, study jugak. Rilex, rilex jugak, kan? Teringat aku pada suatu kata-kata motivasi yang masih aku pegang sampai hari ni. Dari umur 11 tahun (mengakhiri zaman hingusan) dan hingga kini telah pun mencecah 20 tahun, kata-kata azimat STUDY SMART, DONT STUDY HARD masih menjadi pembakar semangat. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam tipu je kata-kata azimat ni. Sebab most of the time memang aku study hard. Sebab? Hah, kena blame dekat aku jugak. Last minute study punya pasal la. Kalau assignment buat last minute ada style la jugak kan. Well, cakap mai sapa yang tak pernah buat kerja last minute? Ada, ada. Cuma tak jumpa je lagi. Hish. Aku memang suka pulun subjek-subjek susah last minute. SUSAH tu. Tapi nak jugak pulun last minute. Tapi kadang-kadang last minute work ni ada kualiti gak an? Ada percaya? 

Ok lah, kita akhiri perenggan mengarut tak hingat dengan ucap kata yang sebenar-benarnya. Aku nak kongsi la pasal suatu post member kat facebook. Alang-alang study macam tak faham je. Pastu mengantuk pulak. Post tu agak kelakar la. Jadi macam pengubat perasaan mengantuk aku ni la kan. Nak tidur rasa macam tak seronok pulak. Jadi mari lah sama-sama membuka mata membaca ini post dari facebook:

#Situasi sebenar: Seorang nenek pergi kedai beli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian#

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan"
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
...
Harakah - "Kami tiada beca"
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca"

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi"
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari"
 p/s: ini bukan politik. ini bahan hiburan sahaja. ngee o_0