Pages

Wednesday, June 13, 2012

Cuti yang terisi!

Assalamualaikum!

Cuti2 ni selalu korang buat apa ye? Saya buat macam-macam! ^__^

Entry kali ni, saya nak share tentang aktiviti cuti saya yang tak seberapa ni. Hee

1. Berniaga di depan rumah

ni antara kuih2 yang dijual. 

2. Masak-masak (yang senang je)









yang ni paling senang nak buat. 
mula-mula memang ingat susah, tapi bila dah siap. 
eh, senang juga ya? >_<

tengok, dah nak licin dah piring tu. ahaa~

2. Buat kraftangan yang senang jugak 

yang ni mesti ramai pernah buat kan?
cuti ni la pertama kali buat, kali terakhir saya buat benda ni masa darjah 6 dulu. lama sangat dah tinggal benda2 macam ni. ^^,
bahan pun senang je: tali warna warni, (1 tali 10sen je), gam uhu, dan batang aiskrim! lepas tu boleh la buat ikut cara sendiri.
buat benda ni pun dapat income tau. ihik,
saya jual dekat budak2 je, satu 50sen je. jadi, setakat ni dekat 4 rm jugak la dapat. hee >__<

4. Berkelah di Lata Jarum





balqis comel main dekat tepi2 je. grr, sejuk, sejuk~

5. Main dengan balqis!

 balqis ni kalau tak pakai tudung, orang ingat baby boy. hee


tengok. comel kan bila balqis pakai tudung. tembam je pipi tu @_@

6. Makan sudah tentu!

 sedap jugak la muffin katun2 ni.


err.

7. Melawat kambing mak long



 8. Ronda-ronda kampung

ku cinta kampung ku~


Macam tu la serba sedikit cuti singkat saya.
Korang macam mana?
Mesti lagi best kan?
Apa-apa pun, cuti yang ada tu pastikan kita hidupkan, kita penuhkan dengan perkara yang bermanfaat ok?
Spend time with your family well :-)

TAK PUAS CUTI PULAK!


Tuesday, May 22, 2012

=)

Hmm. Problem memang takkan lepaskan kita kan?
Jadi, kita kena yakin, bersama kesulitan, ada kemudahan. Tu janji Allah.
Saya yakin semua ni akan berlalu. Cuma cepat atau lambat. Lambat boleh tunggu kan?
Ni semua lah yang mematangkan saya. Saya selesaikan sendiri. Walaupun perit.
Walaupun kadang-kadang rasa macam nak give up sangat-sangat.
Tapi bila sampai satu tahap saya tak dapat nak handle, saya akan tanya diri saya sendiri 'Kau dah sampai tahap ni, takkan nak give up semudah tu? Bangun, bangun tika!'
Saya sangat bergantung harap pada Allah sekarang. Saya dah cuba yang terbaik, cuba cari jalan penyelesaian, dan sekarang masa untuk bertawakkal. Allah sangat mencintai orang2 yang bertawakkal tau!
Saya yakin saya dapat hadapi semua ni walaupun saya hadapinya sendiri! Saya redha dengan semua ni =')

Friday, May 18, 2012

Rindu sangat. Ayah!

Sungguh. Hati ni rindu sangat pada insan yg saya paling sayang- Ayah.
Saya ingat saya boleh bersikap tabah, dengan sentiasa senyum, bersuka2 dengan kawan2.
Tapi saya tak! Setiap hari, perasaan saya, ingatan saya asyik pada arwah Ayah.
Ya Allah, tolong lah hamba mengharungi perasaan rindu, perasaan sedih, perasaan sebak tanpa arwah ayah.
Saya sangat sedih hari ni. Bulan ni final exam.
Dulu, saya selalu telefon arwah ayah. Minta doa. 'Ayah, ika exam hari ni. Doakan ika ye ayah.'
Ayah akan jawab dengan penuh semangat, 'Ayah doa pada Allah anak ayah dapat jawab periksa nanti. Ayah buat solat istikharah mintak petunjuk ika dapat jawab ye. Ika jangan risau tu, ayah selalu doa untuk anak2 ayah'.
Arghh. Rindu nak dengar nasihat2 ayah. Dan yang paling rindu, bila ika call ayah je, mesti ayah akan jawab dengan excited. 'Assalamualaikum anak ayah! Apa khabar?'
Allah. Allah. Allah. Memang rindu. Betullah, orang cakap kita betul2 rasa kehilangan orang tu bila dia dah tiada.
Betul2 rindu masa dan memori dengan arwah.
Rindu sangat!!!!!! Semoga Allah beri saya ketabahan. Dan saya nak jadi anak yg solehah, boleh menyumbang sesuatu untuk ayah di sana! Allah, pertemukan kami di akhirat! Saya rindu ayahhhhhhh!


ayah penyayang sangat. suka cium dan peluk anak2 dia. tu yg rindu sangat. hmm. ='(

Ayah, ika akan doakan ayah mcm mana ayah doa untuk ika dan adik2. Lebih lagi! Ika sayang ayah sangat2!
Ya Allah, berikan lah rahmat dan belas kasihan Mu buat ayahanda kami yang tercinta ini. Aminn!

Monday, March 19, 2012

PBS sem 3.

Assalam!

Alhamdulillah, masuk hari ni, dah 2 hari saya dan sahabat2 bertiga yang lain berPBS di Jerantut. Sekolah kali ni, nama dia SK (F) Padang Piol. Sape pernah sekolah sini, berkhidmat dekat sini ---> i'm here guys!! Huks.

InsyaAllah, saya akan mengajar hari Khamis ni. Ya Allah, permudahkan lah! Aminnn.

1st day, waktu perhimpunan. 
nasib baik tak kena perkenalkan diri. phew~













tak tau la apa nama murid comel ni ^^,


Semoga Allah permudahkan segala urusan kami selama 5 hari di sini !



 ticer fatehah

ticer nosa and ticer ain!

Saturday, March 3, 2012

under our umbrella...


two girl guides walked under the falling rain.
accompanied by colourful umbrellas.
another girl guide just walked behind them, snap few memorable pictures.....
and of course to protect them la kan.
uhuks >_<

hujan yang dah dua hari tak berhenti menyebabkan maktab nampak macam
ada tasik. the most historic event was when our beloved TELLTRAC flooded. 
sume orang pakat main air masa tu.
nak ulang balik tak?
tak nakkkkkkk. tapi kalau jadi jugak, kena redha sahaja lah.


ni belah kiri jalan. nampak macam sawah padi kan.
tapi bukannnn. ni hanyalah kawasan luas yang ada pokok kemuncup.
pokok ke? ==?


this one pulak, belah kanan jalan.
hmm, sawah padi terbentang meluas~
^^,

haii. nama saya teha. boleh panggil saya mak jem. 
>_< ihik. 
jangan mare...
jom meredah hujan !

huiyoo. roommate ku. macam nak bergocoh je.
hihihihi. wanita berwawasan abad ini. 
aja-aja fighting! *eh, betul ke eja ni?


ya, sampai juga di luar pagar.
boleh la beli santapan ye.


Kami meredah hujan demi sesuap nasi.
Alhamdulillah, kenyang nya.
Doa ketika hujan jangan lupa hokeyh?

Friday, March 2, 2012

Desiran pantai kini & selamanya.

Subhanallah. Indahnya pantai ciptaanMu.
Pantai hujung minggu kami.
Itulah dia Pantai Mengabang Telipot.
Setiap pantai, melihatnya mendapat pahala ^^,
Tak jauh dari IPG KDRI, tapi dah tentu kena ada transport.
Transport setia kami,,, tentulah basikal =)))

 cantiknya basikal. macam tuannya jugak. ehem3. haks.

Angin yang menderu-deru membuatkan kami rasa melayang~


ini lah renuka. menikmati jagung rebus yang the boom!!


ain pun makan jagung jugak =p
kak teah cakap : besar jagung daripada orang.
hahaha. jom gelak sama-sama. ihik >_<


ni leah. kami semua suka pantai!!! weee (@_@)


Pantai Mengabang Telipot.
Menjadi teman weekend kami *kalau ada masa la.


dan jagung juga. menjadi santapan sampingan kami.
sedap, sedap.
satu rm 2 je. murah kan? sesuai dengan rasanya yang lemak berkrim.
wuwuwu.

hmm, ending untuk ceritera hari ni.

haih. sape la punya kerjaan ni. nak feeling pun, jangan lah dekat duit.
duit ni tak bersalah.
kalau ye pun sayang kan AWEK *bwek* tu,,,
janganlah cemarkan duit singgit ni.
duit ni tak laku kalau ikutkan,
orang kedai tak terima.
Nasib baik duit singgit, kalau 50 hinggit? Mana mak nak cekau duit ganti nyo?
:: Saya sayang DUIT *$_$* singgit saya::
Anda pula bagaimana?? (tepuk wallet, tanya lah diri sendiri)

p/s --> ending tak berapa kena dengan tajuk. takpe, no problem je la kan? bwahaha


Friday, February 24, 2012

Air mata rindu

Air mata rindu mengalir lagi.

Masuk hari ni, hampir 3 bulan ayah 'pergi'.

Setiap bangun tidur ku, ayah adalah fikiran pertama ku,

"Ayah. Ika masih tak percaya ayah sudah tiada".

Kenapa susah sangat untuk aku terima kenyataan ni?

Kemana-mana ika pandang, semua mengingatkan ika terhadap arwah ayah.

Koridor hostel. Tu salah 1 tempat ika selalu dengar masalah ayah. Ayah jugak suka beri nasihat.

Yang tu la ika rindu sangat. Sekarang dah tiada lagi insan penyayang yang mampu beri nasihat seikhlas ayah.

Ayah, nukilan ika nukilan air mata. Ika teramat-amat-amat rindu dengan ayah.

Sebelum ika balik sini cuti lepas, ika ambil bas ke bentong.

Air mata jadi pengiring sepanjang perjalanan ika.

Mana tidaknya, perjalanan itu mengingatkan ika terhadap ayah.

Ayah suka bawak ika & adik2 berjalan-jalan. "Tak nak ika bosan tinggal dengan ayah", kata ayah.

Tiket bas pun boleh buat ika menangis, ayah. Dulu, ayah yang selalu teman ika beli tiket dekat hentian putra.

Sekarang? Ika beli sendiri.

Ika betul-betul rindu dekat ayah. Doa ika untuk ayah tak putus-putus.

Doa ika - ayah ditempatkan di syurga, berkat kasih sayang ayah yang tak terhingga terhadap kami adik beradik!

Ya Allah, tabahkan lah hati ini. Engkau Maha Mengetahui segala isi hati hambaMu.