Pages

Saturday, June 22, 2013

Tentang berat badan dan iman

Y telah pergi ke sebuah pameran kesihatan. Di sana terdapat banyak booth kesihatan yang sememangnya berguna dan bermanfaat untuk dikunjungi. Ditambah pula dengan gifts daripada setiap booth. Ada yang dapat beg, lepas tu dalam beg ada benda-benda kecil lagi yang everyone mesti suka. Tak kurang juga, ada booth yang memberikan segelas mug untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Waah. Inikah sebab orang suka ke mana-mana pameran? Because of the gifts they offered? ermmm. Don't be too skeptical yaww. Huehuew.

OK lah, back to the story. Y berjalan lagi, berpusing around the exhibition area, and stop at a booth. Sebab apa Y berhenti. Cuba anda teka? Teka, teka. Jangan malu-malu. >_< Y berhenti sebab ternampak sebuah mesin penimbang elektronik. Well, mesin penimbang ni is better than the other one yang selalu je ada reading error tu. So, Y decided to use that particular machine which is much more accurate than the other one. Pheww. Y is not alone. Y is there with some other friends. So, sebelum naik mesin tu, Y dan kawan-kawan pun bergurau senda dulu.

Y: Waa, ada mesin ni. Jom timbang berat! Lama dah tak timbang. Entah berapa la naik.
PQR: Jom, jom. Naik la dulu. Kiter bacakan berat.
Y: PQR la naik dulu.
PQR: Naik la dulu. Lepas Y naik, baru kita naik. Cepat, cepat.
Y: Ala, naik la dulu. Segan la.

.... Haip, sampai bila ini adegan "kau naik dulu, aku naik dulu" ni nak habis ni??  Sape nak jawabkan?

At last, Y surrender. Y la naik dulu atas penimbang tu nak check berat terkini. Cewahh. Last berat Y ialah 60 kg kebabomm. beratnya Y. Iewwww.

Lepas dah naik je, the machine pun start and gives the reading. Tit, tit, tit (takde bunyi pun padahal, haahao). 57.8 something kg.

Y: yay, turun 3 kilo!

Macam tu la gamaknya si Y ni suka berat dia turun. Suka dia tu, kalah senyuman uncle KFC. Anda kenal bukan siapa itu uncle KFC?

----------- -------------END of the story about weights and bla, bla, bla-----------------------------------

Sekarang kita sambung cerita pasal iman. Iman? Tadi baru je bercerita tentang berat. So, apa kaitan berat dengan iman ni? Diorang adik beradik kah?
Kawan baik kah? Sepupu sepapat kah? Itu lah yang aku cuba hubung kaitkan di sini.

Y gembira dengan berita berat badannya turun. Tapi, iman juga ingin tahu perasaan Y terhadapnya. Terdapat sahabat-sahabat yang setia menanyakan Y tentang khabar imannya.

Y: ada mesej baru. ---> Assalamualaikum. Bagaimana iman hari ni?

Dan Y hanya terdiam dan terpaku mengenangkan dirinya yang tidak melakukan apa-apa untuk mengupgradekan imannya sendiri. Beza muslim dan bukan muslim itu, iman. Yang menetapkan kepercayaan kita, keyakinan kita itu, iman. Lebih manis lagi andai iman itu meningkat, dari hari ke hari.

Kita gelisah, kadang-kadang sedih dengan berat yang naik. Gembira dengan berat yang semakin turun. Kita lakukan banyak perkara untuk memastikan berat badan maintain, turun dan memuaskan.

Tapi iman? Bagaimana pula?

Aku seringkali mengenangkan hal ini kerana yang perlu dirisaukan ialah diri sendiri sebelum kita merisaukan hal orang lain.

Ini soalan untuk kita sama-sama fikirkan.

Bagaimana iman hari ini?
Sedihkah kita jika iman kita semakin berkurang? Gembira jika meningkat? Atau tidak merasakan apa-apa langsung? Astaghfirullah hal azim. T__T

Lebih molek lagi, jika perasaan dan kecaknaan kepada iman ini sama hebat seperti yang kita rasakan terhadap berat badan.

Ramadhan bakal menjelang tiba. Aku sedang mengumpul semangat-semangat lalu untuk menyuburkan imanku kembali. Bangkitlah diri, dari diselubungi rasa selesa yang sementara ini. Dunia sementara, akhirat jua yang abadi. ='(

p/s mari doakan para mujahidin kita di syria, gaza dan negara-negara Islam lain. Moga kejayaan milik para jundullah ini! Allahuakbar.






0 keyboard writings:

Post a Comment