Pages

Saturday, July 21, 2012

Bulan Pesta Ibadah ;-)

Salam alaik semua.

Hari ni dah pun masuk hari ke 2 kita menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah kerana Allah memanjangkan umur saya dan sahabat2 di luar sana untuk sama-sama mengejar keberkatan dalam bulan mulia, yang disebut juga sebagai bulan turunnya al Quran kareem =') Syukur sangat. 

Memandangkan kita sekarang di bulan Ramadhan, jadi saya terdetik untuk membuat post-post yang lebih bermakna, supaya penulisan di sini tidak hanya penulisan kosong. Kan kita tahu, setiap perbuatan kita diteliti Allah. ^^,

"...Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan".
Al Maidah:8

Jelas bukan? Seruan Allah memang benar-benar tepat ke hati. Dan motivasi juga ;-)  InsyaAllah, ikhlaskan niat!

Ok, back to this post. Title post kali ni, Bulan Pesta Ibadah. Memang sangat-sangat sesuai sebab di bulan ni lah para muslimin dan muslimat berlumba-lumba cari keberkatan dan redha Allah. Memang terlalu banyak ganjaran di bulan yang satu ini. Sewajarnya kita lebih bersemangat untuk beribadah kerana Nabi sendiri ada bersabda yang mafhumnya:

"Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan pengakhirannya pelepasan dari azab neraka"

Subhanallah, indahnya Ramadhan =') Takkan kita nak biarkan iman kita sama je kan macam bulan-bulan sudah. Janggal kan? 

Antara yang boleh kita lakukan ialah:

  • kurangkan sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji), tambahkan sifat mahmudah (sifat terpuji) ^^,
  • perbanyakkan solat sunat, insyaAllah ganjaran yang setimpal Allah kurniakan. Yang penting, IKHLASkan NIAT.
  •  sentiasa perbaharui niat ;-) innamal a'malu binniyat (sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung pada niat). insyaAllah, kita boleh ^^,
  • solat berjemaah =) ramai yang menekankan solat berjemaah pada waktu tarawikh, tapi tidak pada solat fardhu. Jadi, mari renew sikap ni. Yang dituntut itu solat fardhu, yang ganjarannya jauh lebih besar =) Ayuh perkemaskan jemaah ! Rapat-rapatkan saf ;-)
  • banyakkan sedekah. senyum pun sudah dikira sedekah. indahnya Islam. nikmat terbesar buat kita.
  • baca al-Quran dan maksudnya =) hati pasti tersentuh dengan ayat-ayat Allah yang subhanallah hebat!
  • mengeratkan ukhuwah fillah. dan ikhlaslah dalam bersahabat.
  • bersahur lah, kerana di dalamnya ada keberkatan =))
  • dan masyaAllah, banyak lagi.

Sebab itu Ramadhan itu, bulan pesta ibadah ! Syoknya Ramadhan, as they say, it's a road to Jannah. Allah, Subhanallah for giving us the chance to meet and performing good deeds during this Barakah month. =)

Siiru ala barakatillah!
Carilah keberkatan Ilahi =) InsyaAllah,,
Happy Ramadhan to all my Muslim friends ^^,


 

 
 

Wednesday, July 4, 2012

igoogle ...

oh, igoogle.
you won't be available anymore ..
sob, sob, sob.

Salam Nisfu Sya'ban

sudah hari yang ke 15 bulan Sya'ban.
ah, leka nya aku.
pada hembusan nafas, terbit seraut kesal.


sama-sama baiki amal. 
moga-moga Allah redha.


-Ramadhan yang dirindui, datanglah segera, 
TARBIYAH aku yang lalai ini-

Monday, July 2, 2012

Random ~

Assalamualaikum & salam mesra  ^^,

Minggu ni berlalu sangat cepat. Dah masuk bulan Julai pun. Tak lama lagi dah Ramadhan. Ahh, tak sabar sungguh. Excited! Tengok gambar je la eh. (@_@)


TODAY 


wee. dapat dedication from comrades sempena hari guru~
hari untuk menambahkan lemak !



tart buah. thanks my roomate.
we both did well for the previous exam ;-)
the taste, yup, pretty yummy ha =D


coklat. erm, tak makan lagi.
you are just too cute to be eaten. ..T__T..


today is good. with chocs and tart and yeah. 
to be eaten soon.


YESTERDAY 


a tribal palm?
a chopped palm?
it's my palm.
salah satu aktiviti masa sambutan hari guru semalam.
sapu water colour dekat tapak tangan, then tekap dekat kain yang disediakan.


tap! selamat hari guru semua.
sambut lewat ==',


THE DAY BEFORE YESTERDAY.... 
 
 
 macam biasa, ke pantai =)
kali ni jalan kaki, dek kerana basikal yang pancit T__T...
sedih betul.


indah seperti selalu,,, 


syukur, syukur, syukur!


menawan di situ *_*


mengagumi ciptaanNya.
sentiasa cintakan pantai dan desirannya yang merdu :-)


- Berjalan lah di bumi Allah, sambil memuji kebesaranNya ;-) -
jauh lagi jalan ini__________________,,