Pages

Monday, September 24, 2012

It's very hard when nobody understands you ='(


Sebetulnya. Memang saya tengah bersedih. Bersedih bukan bererti mengeluh kan?
Just sedih. Bila orang tak faham situasi kita.
Bila orang kata, kita memberi alasan. Tapi, untuk keadaan saya, saya tak tipu.

Alasan saya yang orang cakap cliche, atau apa-apa je la. Iaitu, takde duit. Saya memang tak tipu.
Duit dalam akaun, termasuk saving, memang dah habis.

Bukan sebab boros. Bukan sebab tak pandai budget. Bukan sebab tak beringat.
Bukan, bukan, bukan.

Just sebab family saya lagi memerlukan. Antara diri sendiri dengan keluarga, saya pilih yang mana?
Of course la family. Ayah dah takde, sekarang masa yang singkat ni saya gunakan sepenuhnya nak balas jasa baik mak. Untuk ayah, doa yang tak putus putus, InsyaAllah.

Dan saat yang susah macam ni, masa tu la banyak nak guna duit. Ini statement, bukan keluhan.
Ye, rasa macam nak give up sebab takde tempat nak mengadu. Nak bagitahu mak "Mak, orang takde duit". Saya sangat berhati-hati dengan ayat tu. Bimbang nanti mak tak tidur malam cari duit.
 Tu la hakikat sebenar sikap mak. Ayat takde duit bermakna, mak akan kerah keringat dia siang malam fikir macam mana nak atasi masalah tu.

Dan saya sebagai anak, sangat sedih bila tengok mak macam tu.
Sebab tu, saya selalu berdoa masa akan berlalu dengan cepatnya. So nanti boleh la keje. Kumpul duit banyak-banyak =)

Sekarang, sedih sangat, sangat, sangat. Kat blog ni je tempat mengadu.
Ada orang nak dengar ke masalah ni kan? Kecik je masalah ni. Tapi besar bagi saya.
Mengadu pada alam, dan yang paling utama, mengadu pada Allah. Rasa lagi lega.

It's very hard when nobody understands your situation. They say everything they want to say. Ni bukan statement kecewa atau marah. Tak. Just sedih bila nobody regards you. Nobody understands what you've been keeping alone. Blog ni je yang faham. Yang sudi dengar masalah saya. Thanks my lovely blog.

Dan, saya pun nasihatkan diri saya untuk tak salahkan keadaan atau orang lain. Mungkin my own mistakes. Ada salah di mana-mana. Sekarang, being a loner. Bersedih sensorang. Wish to have someone to listen to me. Give me a tissue to wipe my tears. Tap my back when i couldn't stop crying. Pray for me when i'm stuck with these problems. Sit with me when i'm comforting myself. Or at least, smile when i'm not able to give a sincere smile. ='(

Tu je la. Saya akan delete post ni bila dah rasa lega sikit. Smile, kan. ^___,^

4 keyboard writings:

Fida said...

Keep strong. Sy phm susah nk ckp kat parent yg kt takde duet. May Allah ease everythg u do. :)

pemerhatiSejati said...

fida, trima kasih sgt2. aminn. moga Allah permudahkan urusan fida juga :) sm2 jadi anak yg sebolehnya bgi mak ayah tersenyum gembira. kan? ^__^ InsyaAllah.

SimplySeoul said...

Saya baca dan dengar melalui hati :). Sy pun xda bapa. Sangat rapi mengatur bicara bila dengan mak.

pemerhatiSejati said...

kan simply seoul? rindu sgt dgn arwah ayah. trima kasih sudi baca dan dengar luahan ni. =') smoga dipermudahkan sgala urusan simply seoul kt sana ^^,

Post a Comment