Pages

Tuesday, September 25, 2012

Dan ujian, seperti bertimpa-timpa

25 September, 2012. 6.30pm

Menaip kala hujan agak sayu. Tak lebat, tak renyai. Ditambah angin yang berderu-deru.
Macam faham perasaan aku waktu ni. Kan sedih dan terbeban dengan masalah baru.
Allah, tak. Saya tak terbeban. Tak sama sekali!
Mak yang menanggung tu, terpikul di bahunya, Allah sahaja yang tahu bebannya.Sampai aku jadi sedih walau teringat sahaja wajah mak. Kenapa yang muncul tu, wajah penat mak? Arrrghh.

Teringin tengok mak berwajah ceria. Tak terlihat wajah penat. Tapi, aku tak mampu melihat jelas wajah ceria tu. Mak, kan penat dengan masalahnya sendiri, ditambah masalah anak-anak. Aku, teringin jadi peringan beban mak. Mak memikul tepian beban, dan aku memikul beban yang berat tu. Sungguh, aku ingin memikul beban berat di bahu mak.

Dulu aku teringin pikul beban kedua-duanya, mak dan arwah ayah. Tapi, Allah berikan waktu sesingkat itu, untuk aku menjadi tempat arwah ayah mengadu perit jerih nya. Paling tidak, di situ aku ada kesempatan mendengar keluhan penat, keluhan sedih arwah ayah. Mungkin beban ayah dah pun terkurang kan? Aku berharap.

Mak, sentiasa dengan sikap bersembunyinya. Tu dulu, tapi mungkin sekarang aku dah memahami erti dewasa, memahami erti masalah. Mak pun sudi berkongsi cerita, sepertinya arwah ayah dulu. Dan aku, tak terbeban dengan keluhan mereka. Kan mak ayah dulu menjaga kerenah ku waktu aku tertatih-tatih, masih mermerlukan ayah sapukan bedak di muka waktu ke sekolah, menyisirkan rambut supaya kemas. Tu semua tak terbalas sampai hari ni. Rasa sangat tak berbakti. ='(

Hari ni, mungkin seperti selalu, waktu sedih ku kembali lagi. Mak pun mungkin tak mahu beritahu kepada aku, tapi dek kerana terpaksa, mak beritahu juga khabar tu. Mak, ika harap mak dapat hadapi semua ni dengan sabar dan tabah =') Ika sentiasa doakan mak kat kampung. Biarlah air mata ini jadi peringan beban mak. Pengganti keringat mak. Mungkin.

Semoga Allah berikan mak kekuatan. InsyaAllah, amin. 

Monday, September 24, 2012

It's very hard when nobody understands you ='(


Sebetulnya. Memang saya tengah bersedih. Bersedih bukan bererti mengeluh kan?
Just sedih. Bila orang tak faham situasi kita.
Bila orang kata, kita memberi alasan. Tapi, untuk keadaan saya, saya tak tipu.

Alasan saya yang orang cakap cliche, atau apa-apa je la. Iaitu, takde duit. Saya memang tak tipu.
Duit dalam akaun, termasuk saving, memang dah habis.

Bukan sebab boros. Bukan sebab tak pandai budget. Bukan sebab tak beringat.
Bukan, bukan, bukan.

Just sebab family saya lagi memerlukan. Antara diri sendiri dengan keluarga, saya pilih yang mana?
Of course la family. Ayah dah takde, sekarang masa yang singkat ni saya gunakan sepenuhnya nak balas jasa baik mak. Untuk ayah, doa yang tak putus putus, InsyaAllah.

Dan saat yang susah macam ni, masa tu la banyak nak guna duit. Ini statement, bukan keluhan.
Ye, rasa macam nak give up sebab takde tempat nak mengadu. Nak bagitahu mak "Mak, orang takde duit". Saya sangat berhati-hati dengan ayat tu. Bimbang nanti mak tak tidur malam cari duit.
 Tu la hakikat sebenar sikap mak. Ayat takde duit bermakna, mak akan kerah keringat dia siang malam fikir macam mana nak atasi masalah tu.

Dan saya sebagai anak, sangat sedih bila tengok mak macam tu.
Sebab tu, saya selalu berdoa masa akan berlalu dengan cepatnya. So nanti boleh la keje. Kumpul duit banyak-banyak =)

Sekarang, sedih sangat, sangat, sangat. Kat blog ni je tempat mengadu.
Ada orang nak dengar ke masalah ni kan? Kecik je masalah ni. Tapi besar bagi saya.
Mengadu pada alam, dan yang paling utama, mengadu pada Allah. Rasa lagi lega.

It's very hard when nobody understands your situation. They say everything they want to say. Ni bukan statement kecewa atau marah. Tak. Just sedih bila nobody regards you. Nobody understands what you've been keeping alone. Blog ni je yang faham. Yang sudi dengar masalah saya. Thanks my lovely blog.

Dan, saya pun nasihatkan diri saya untuk tak salahkan keadaan atau orang lain. Mungkin my own mistakes. Ada salah di mana-mana. Sekarang, being a loner. Bersedih sensorang. Wish to have someone to listen to me. Give me a tissue to wipe my tears. Tap my back when i couldn't stop crying. Pray for me when i'm stuck with these problems. Sit with me when i'm comforting myself. Or at least, smile when i'm not able to give a sincere smile. ='(

Tu je la. Saya akan delete post ni bila dah rasa lega sikit. Smile, kan. ^___,^

Thursday, September 20, 2012

Storytelling =="

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita sikit pasal storytelling session itu hari. Subject sem ni, kami kena retell a story to the kids. Bayangkanlah. Mau ke kanak-kanak ni nak dengar story? English pulak tu. Tapi ni fikiran negatif i je before we start the session. Negatif sangat, tup, tup... Ambik kau! Budak-budak faham mende yang saya duk tanya dorang. 

Contoh 1: Do you know what a caterpillar is?? So the kids replied.....yes. ==",. See, betapa teruknya impression haku terhadap kiddie kiddos tu. Mesti budak-budak tu mempersoalkan dalam benak dorg (kacang je tu, caterpillar je kot?) Ish, ish. Lesson pertama, jangan tanya dah lepas ni... wuwuwuwu

Contoh 2: The caterpillar sleeps in the pupa. Do you know what a pupa is? Again, they replied....yes. kepompong =='' betapa pandainya mereka. Tapi alhamdulillah la kan, at least i know they understood the story.. (ayat memujuk diri yang duka lara)~

Selain kesilapan haku dalam underestimate their knowledge, lagi satu kesalahan yang tak dapat dimahapkan ialah GRAMMATICAL ERROR. Punya la ranap dan kucainya English haku. Apo kono eh jang la haku waktu tu. Padahal dah 3 tahun dah duk ngaji BI. Nasib la, nasib la.Oh! My English bersepah-sepah...

Contoh 1: The flowerS in this garden smellS very nice. See, betapa hinanya kesalahan itu. Dah la plural, haku pegi tambah S pulak lagi. Memang la, memang la teruk itu kesalahan.

Contoh 2: Time nak terangkan about the pupa. -the caterpillar sleeps inside the caterpillar- ==" ulat beluncas tidur di dalam ulat beluncas? Betapa tak berilmunya fakta itu... Supposed to be -The caterpillar sleeps inside the pupa- Haa, ni baru fakta yang betul. huhuhu,,,,

Contoh 3: Do you know what happen next? The flower has wakes up! Sape ajar la lepas "has" tu present tense?? Hina dinanya kesalahanku ini.

Contoh 4: dan banyak lagi lah. malas mau reveal the whole errors. Let the rest remains silent,,, bhahaha.

Kelebihan storytelling session ni ialah:

  • helps to build my confidence speaking in front of the kids. They are kids after all.... (berlagak benor dia)
  • helps me to improve my grammar
  • helps me to know my own voice, through the video.. ( camtu rupanya suara den)
  • through the video also, i'm able to see clearly my body gesture, facial expression which i think a kind of (tah pape je muka kau,,,)
  • helps me to make some or a lot of amendments later. insyaAllah, doa-in ya.
Selebihnya, jom tengok gambar dulu..


 the kids who are forced to listen to the story >_<
hik, takde la. mereka membantu kerja kami sebenarnya.
thanks kids. all of you are cute. *tetibe..


rasa nak redo je storytelling ni.
mimpi storytelling la malam ni. sudah la,,


me with  my props,,


renuka with her prop. ^___^




si yew next taimm...
teruknya bahasa~


K, end of storytelling report!

Saturday, September 15, 2012

Sekali lagi.

Sekali lagi, memang sesuai tajuk ni.
Hari ni bahasa diri ialah 'aku' sebab ni kira macam monologue sdn. bhd.

Kadang-kadang aku rasa aku ni memang suka membazir waktu. Tapi selalu dalam kepala,
dah plan nak manage masa dengan betul. So, hari ni nak boo dekat diri sendiri.
Boo, ika. Boo, ika. ==" Apa nak jadi lah kau ni ika.

Bangun awal selalu dengan harapan nak buat perkara yang sebetul-betulnya, yakni
assignment. Dah la assignment bertimbun macam ikan dalam lori nak kena jual kat pekan rabu..

Tapi, tu la, sekali lagi aku terpedaya dengan hasutan syaitonn. Isyh, isyh, isyh.
Kesian kau ika. Hmm.

Sebab utama mesti la aku salahkan internet. Padahal diri sendiri jugak duk godeh sana, godeh sini.
Cari apa pun tak tau lah. Hish, rugi sungguh laa.

Dan, aku pun taktau pasal apa aku nervous-nervous belalang ni. Mungkin sebab aku
tak pandai urus masa, so aku takut tak dapat siapkan kerja-kerja ni semua.
Rilex, rilex ika. Mantain cool okey. =D

Aku harap kau dapat berubah ika. Berubah ok, berubah. Appreciate sikit masa tu .


WHAT HAVE I DONE ==''
kan dah nyesal beribu sesalan~ tak guno den kobar,,

Thursday, September 13, 2012

Bila doa didengari =')

Hari tu, sangat sesak dengan khabar yang aku tak mahu ingin dengar.
Hari tu, rasa semacam langit jatuh berkeping-keping.
Langkah rasa berat.
Bukanlah yang paling perit itu, aku habiskan duit simpanan ku untuk 'khabar' itu.
Aku masih mampu tersenyum, seperti selalu walau $ berbaki rm13 di akaun sana.

Kerana keluarga mengajar aku duit tu, bukan segalanya.

Dan Allah ada berfirman kan, "Berdoalah kepada-Ku".
Maka, dari situ tak henti-henti aku berdoa. Terus juga dengan ikhtiar lain.
Tak sikit pun berputus asa, walau hati sentiasa dicucuk rasa mengalah.

Memang aku penat,,
bila ujian datang menimpa nimpa.
Tapi, Allah itu sangat manis teguranNya. 

Waktu aku singgah di Masjid Putih, Allah sampaikan teguranNya, tepat
ke batang hidung, tepat ke hati. DihantarNya teguran itu dalam bentuk kuliah maghrib oleh seorang ustaz.

Bait-bait tazkirah itu, "Ujian yang Allah datangkan bukanlah suatu penghinaan buat hamba-hambaNya.
Tapi untuk menguji keimanan hamba-hamba itu kepadaNya."

Rasa mahu menangis. Allah As Sami', Yang Maha Mendengar, dan lagi, suka Mendengar rintihan hambaNya.

Dihantarnya teguran itu, waktu aku benar-benar rasa langkah teramat berat. Dan suara yang memberi itu, ustaz itu, lagi membuat aku sayu, rasa bersalah pada Allah, kerana kan rasa penat pada ujian yang bertimpa-timpa. Jangan pernah rasa penat! Itu yang aku dapat dari teguran-teguran yang Allah beri.

Pengorbanan yang aku lakukan ini, tidak seberapa. Langsung tidak seberapa.
Bila Allah sentiasa hadirkan bayang-bayang mak yang penat sampai kadang-kadang langsung tak tidur
malam untuk rezeki kami. 
Syukur padaMu ya Allah, di saat aku rasa berat, Engkau meringankan. Langsung tidak rasa bebanNya.


Walau di sini rasa sendiri, tapi di hati, benar rasa Allah itu dekat, hadir. Dia membisikkan kata semangat.
Dihadirkan wajah arwah ayah yang berdoa usai solat nya. Indah nya bayangan tu. Lagi indah bila teringat pesan arwah ayah yang tak henti-henti minta aku jangan tinggalkan solat, sentiasa berdoa. Syukur lagi, lagi, dan lagi. Kerana indahnya teguran, indahnya bayangan, aku jadi makin kuat, makin cinta pada bait-bait doa kepadaMu =')


Hari ni, aku hubungi mak. Dan katanya "Semua ok"
Alhamdulillah, sangat-sangat dan double sangat-sangat syukur pada Allah
yang mendengar doa hambaNya ini.

Mungkin bukanlah berkat doa aku, tapi kerana susunan perancangan Allah yang lebih rapi, teliti itu. Yang memberikan manusia, keperluan, bukan kehendaknya. Sebab itu, Allah Maha Mengetahui. Jauh dari apa yang kita ketahui. Kan?

Hikmahnya, sangat mendalam. Allahuakbar!


Sama-sama terus dan tidak henti berdoa pada Dia yang Maha Berkuasa.
Yang memberi dan menarik nikmat =')

Sama-sama saling mendoakan ^^, Alhamdulillah abadan abadaa.