Pages

Friday, May 18, 2012

Rindu sangat. Ayah!

Sungguh. Hati ni rindu sangat pada insan yg saya paling sayang- Ayah.
Saya ingat saya boleh bersikap tabah, dengan sentiasa senyum, bersuka2 dengan kawan2.
Tapi saya tak! Setiap hari, perasaan saya, ingatan saya asyik pada arwah Ayah.
Ya Allah, tolong lah hamba mengharungi perasaan rindu, perasaan sedih, perasaan sebak tanpa arwah ayah.
Saya sangat sedih hari ni. Bulan ni final exam.
Dulu, saya selalu telefon arwah ayah. Minta doa. 'Ayah, ika exam hari ni. Doakan ika ye ayah.'
Ayah akan jawab dengan penuh semangat, 'Ayah doa pada Allah anak ayah dapat jawab periksa nanti. Ayah buat solat istikharah mintak petunjuk ika dapat jawab ye. Ika jangan risau tu, ayah selalu doa untuk anak2 ayah'.
Arghh. Rindu nak dengar nasihat2 ayah. Dan yang paling rindu, bila ika call ayah je, mesti ayah akan jawab dengan excited. 'Assalamualaikum anak ayah! Apa khabar?'
Allah. Allah. Allah. Memang rindu. Betullah, orang cakap kita betul2 rasa kehilangan orang tu bila dia dah tiada.
Betul2 rindu masa dan memori dengan arwah.
Rindu sangat!!!!!! Semoga Allah beri saya ketabahan. Dan saya nak jadi anak yg solehah, boleh menyumbang sesuatu untuk ayah di sana! Allah, pertemukan kami di akhirat! Saya rindu ayahhhhhhh!


ayah penyayang sangat. suka cium dan peluk anak2 dia. tu yg rindu sangat. hmm. ='(

Ayah, ika akan doakan ayah mcm mana ayah doa untuk ika dan adik2. Lebih lagi! Ika sayang ayah sangat2!
Ya Allah, berikan lah rahmat dan belas kasihan Mu buat ayahanda kami yang tercinta ini. Aminn!

7 keyboard writings:

gaThisLimaNama said...

menangis baca entry nih ;)
semoga arwah ayah tenang di sisiNya sebab die dapat anak solehah macam awak :')

NOSFERATU said...

yosh2

NOSFERATU said...

yosh2

pemerhatiSejati said...

sara =)) terima kasih sudi singgah blog x seberapa ni =) insyaAllah, smoga ayah tenang kat 'sana'. thanks! sma2 usaha jadi anak solehah ^^,

pemerhatiSejati said...

anas!

nurul said...

saya juga telah kehilangan ayah seperti saudari . mmg benar , kita akan rase sgt3 kehilangan bila seorang ayah telah pergi tinggalkan kita . Saya ni lagi la , anak tunggal , rapat dgn ayah je . Saya sangat rindu ayah saya !!!!!!

musafeer said...

Salam Cik Ika, saya juga baru 16 hari kehilangan ayah, dan rasanye rindu yang cik ika rasakan hampir same dengan saya turut rasakan...

cume, CIk Ika lebih bertuah kerana dapat bermanja dan berkasih sayang dengan arwah ayah berbanding saya yang menyimpan sahaja rasa kasih dan sayang itu didalam hati, sehinggalah bila waktu ayah pergi, saya lepaskan perasaan itu dengan memeluk dan mencium ayah berkali2..

Semoga Allah yang Maha Mengetahui memberikan rahmat dan keampunanNya buat arwah ayah kita dan ditempatkan mereka bersama para-para syuhada.. Amin...

Post a Comment