Pages

Thursday, January 24, 2013

Setahun sudah

 
2013.

Dah setahun ayah pergi. Rindu masih baru. Sayang masih sama, malah makin bertambah-tambah. Ada satu gambar ayah tu, buat aku rasa ayah ada depan aku sekarang. 'Rumah ayah', ya, rumah ayah sekarang dah direnovate. Anak-anak ayah dah perbaharui kubur ayah, yang Huda panggil istana baru ayah tu. Kami kumpul duit, untuk pusara ayah yang baru. Kubur ayah tu, masih baru lagi, seperti 'hari tu'. Rasa macam nak lawat ayah hari-hari, baca yassin dan doa-doa untuk ayah. Tapi jarak kita jauh. Ayah di KL, ika di Terengganu. Pheww, rindu sangat, sangat, sangat dan sangat. 


Aku rindu semua yang lepas. Tapi masa bergerak dan terus bergerak. Aku kena pandang ke depan. Pandang ke depan tak bermakna aku kena lupakan semua kenangan manis macam lolipop aku dengan ayah. Aku kena ke depan sebagai seorang anak ayah dan mak yang berjaya. Macam waktu dulu, ayah buat 2 3 kerja part time nak cari duit lebih. ==", Tak sempat balas jasa ayah tu. Doa sahaja sekarang. Takdir, harus dan wajib redha. Kan?


Setahun ayah pergi, Mak Long pulak 'pergi'. Mak Long, dah macam mak kedua aku. Aku hilang mak yang kedua, mak pulak hilang kawan baik, best friend. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab Mak Long pergi hari baik, susah nak dapat. Mak Long pergi hari jumaat. Jealous. =') Terima kasih Allah.


Mak, yang hari itu termenung jauh sebab kehilangan satu-satunya teman mengadu, tempat bercerita. Aku sentiasa doakan mak, supaya mak dipermudahkan segala urusannya sebab selama ni Mak Long banyak bantu mak. Mak akan terus kuat dengan sokongan kami anak-anak nya. InsyaAllah.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah dan mak long. Amin.


miss them a lot

2 keyboard writings:

Cik Eyra said...

alfatihah buat arwah ayah dan maklong...

pemerhatiSejati said...

jazakillah khair cik eyra =')

Post a Comment