Assalamualaikum car one-car one!
Haha, habis semua nak translate jadi BI ye.
Rosak bahasa, adess --;
OK.
Eh, apsal ok kat atas ni warna hitam?
Ntah dia, tiba-tiba je. i malas nak change. Biar la dia sorang-sorang kat atas tu.
Huu.
Mengarut je dah panjang kan.
Mesti kamoo, kamoo, kamoo tercari-cari mana point utama entry ni.
Ok la, point nya ialah nak share tentang apa yang buat anda rasa semacam ek?
Maknanya, apa benda yang buat anda rasa macam tak kena je.
Rasa semacam la. Takkan tak pernah rasa kot.
aPa yanG BuaT saya/anda rasa semacam..?
1.saya akan rasa semacam bila ada orang pandang saya semacam.
kadang-kadang orang pandang dua macam jugak, bukan semacam je.
mesti saya akan cakap macam ni dalam hati:
"apa kes dia ni pandang-pandang orang lain macam ni. nak gaduh pe?"
bunyi macam gengster Tanjung Rambutan je kan. huu.
so, bila orang pandang semacam ni, saya akan segera memeriksa diri sendiri.
is there something wrong with me??
2. saya akan rasa semacam bila pengawas peperiksaan duk sebelah time exam.
saya akan segera cover jawapan dengan siku,, tak nak pengawas tu tau.
kalau pengawas tu datang mesti saya cakap macam ni dalam hati:
"hii, hilang dah idea aku. tadi ada, bila pengawas exam ni datang je, hilang terus. errr"
3. saya jugak akan rasa semacam bila orang jerit-jerit kat saya.
rasa semacam di sini ialah, saya akan rasa nak menangis.
i mean, tolong la bagi muka sikit. jangan la jerit-jerit.
orang pun ada feeling jugak. komunikasi 2 hala kan penting.
kita cakap la elok-elok. baru la aman dan tenang rasa di jiwa. cess.
4. saya akan rasa semacam jugak bila air takde.
mesti akan resah. macam mana la nak buat itu, nak buat ini.
huu. macam-macam la kalau takde air ni.
macam mana rasanya takde air time perut buat hal?
ish, toksah cakap la. sik-sa.
haih, terbatuk encik sik. haha.
5. and of course, sebagai penumpang kenderaan awam yakni, bas,
saya akan rasa semacam bila bas yang ditunggu tak kunjung tiba.
ceh~ kadang-kadang bas ni memang buat kita saspens.
kalau teksi takpe, boleh cari lain kan,
bas ni lain, kita dah beli tiket,
mana boleh main masuk je bas lain tanpa tiket.
nanti mesti driver bas cakap: "banyak cantik luggage awak. tiket takde, nak tumpang bas orang.
no way, adik manis." ahaks.
6. last sekali, saya akan rasa semacam bila pakai baju tak bergosok.
kalau g camping, konsep redha meredhai tu penting ye.
lantak kau la, kedut sini sana. huu~
tapi kalau waktu biasa, yang tak darurat, pakai baju tak bergosok seakan
awkward fulak. rasa macam pakai baju kertas je. kedut-kedut sini sana.
nanti mesti orang awam tertanya-tanya dan terkinja-kinja:
"adakah ini trend baru untuk tahun ini?"
dan mula lah mereka menjegilkan mata, mengembangkan nose. oops..> tetttt.
**Okeieh**
penat dah, nak tidur.
kita continue next time eh.
selamat malam pembaca berita semua ^...<
0 keyboard writings:
Post a Comment