Pages

Tuesday, September 25, 2012

Dan ujian, seperti bertimpa-timpa

25 September, 2012. 6.30pm

Menaip kala hujan agak sayu. Tak lebat, tak renyai. Ditambah angin yang berderu-deru.
Macam faham perasaan aku waktu ni. Kan sedih dan terbeban dengan masalah baru.
Allah, tak. Saya tak terbeban. Tak sama sekali!
Mak yang menanggung tu, terpikul di bahunya, Allah sahaja yang tahu bebannya.Sampai aku jadi sedih walau teringat sahaja wajah mak. Kenapa yang muncul tu, wajah penat mak? Arrrghh.

Teringin tengok mak berwajah ceria. Tak terlihat wajah penat. Tapi, aku tak mampu melihat jelas wajah ceria tu. Mak, kan penat dengan masalahnya sendiri, ditambah masalah anak-anak. Aku, teringin jadi peringan beban mak. Mak memikul tepian beban, dan aku memikul beban yang berat tu. Sungguh, aku ingin memikul beban berat di bahu mak.

Dulu aku teringin pikul beban kedua-duanya, mak dan arwah ayah. Tapi, Allah berikan waktu sesingkat itu, untuk aku menjadi tempat arwah ayah mengadu perit jerih nya. Paling tidak, di situ aku ada kesempatan mendengar keluhan penat, keluhan sedih arwah ayah. Mungkin beban ayah dah pun terkurang kan? Aku berharap.

Mak, sentiasa dengan sikap bersembunyinya. Tu dulu, tapi mungkin sekarang aku dah memahami erti dewasa, memahami erti masalah. Mak pun sudi berkongsi cerita, sepertinya arwah ayah dulu. Dan aku, tak terbeban dengan keluhan mereka. Kan mak ayah dulu menjaga kerenah ku waktu aku tertatih-tatih, masih mermerlukan ayah sapukan bedak di muka waktu ke sekolah, menyisirkan rambut supaya kemas. Tu semua tak terbalas sampai hari ni. Rasa sangat tak berbakti. ='(

Hari ni, mungkin seperti selalu, waktu sedih ku kembali lagi. Mak pun mungkin tak mahu beritahu kepada aku, tapi dek kerana terpaksa, mak beritahu juga khabar tu. Mak, ika harap mak dapat hadapi semua ni dengan sabar dan tabah =') Ika sentiasa doakan mak kat kampung. Biarlah air mata ini jadi peringan beban mak. Pengganti keringat mak. Mungkin.

Semoga Allah berikan mak kekuatan. InsyaAllah, amin. 

0 keyboard writings:

Post a Comment