Pages

Thursday, September 13, 2012

Bila doa didengari =')

Hari tu, sangat sesak dengan khabar yang aku tak mahu ingin dengar.
Hari tu, rasa semacam langit jatuh berkeping-keping.
Langkah rasa berat.
Bukanlah yang paling perit itu, aku habiskan duit simpanan ku untuk 'khabar' itu.
Aku masih mampu tersenyum, seperti selalu walau $ berbaki rm13 di akaun sana.

Kerana keluarga mengajar aku duit tu, bukan segalanya.

Dan Allah ada berfirman kan, "Berdoalah kepada-Ku".
Maka, dari situ tak henti-henti aku berdoa. Terus juga dengan ikhtiar lain.
Tak sikit pun berputus asa, walau hati sentiasa dicucuk rasa mengalah.

Memang aku penat,,
bila ujian datang menimpa nimpa.
Tapi, Allah itu sangat manis teguranNya. 

Waktu aku singgah di Masjid Putih, Allah sampaikan teguranNya, tepat
ke batang hidung, tepat ke hati. DihantarNya teguran itu dalam bentuk kuliah maghrib oleh seorang ustaz.

Bait-bait tazkirah itu, "Ujian yang Allah datangkan bukanlah suatu penghinaan buat hamba-hambaNya.
Tapi untuk menguji keimanan hamba-hamba itu kepadaNya."

Rasa mahu menangis. Allah As Sami', Yang Maha Mendengar, dan lagi, suka Mendengar rintihan hambaNya.

Dihantarnya teguran itu, waktu aku benar-benar rasa langkah teramat berat. Dan suara yang memberi itu, ustaz itu, lagi membuat aku sayu, rasa bersalah pada Allah, kerana kan rasa penat pada ujian yang bertimpa-timpa. Jangan pernah rasa penat! Itu yang aku dapat dari teguran-teguran yang Allah beri.

Pengorbanan yang aku lakukan ini, tidak seberapa. Langsung tidak seberapa.
Bila Allah sentiasa hadirkan bayang-bayang mak yang penat sampai kadang-kadang langsung tak tidur
malam untuk rezeki kami. 
Syukur padaMu ya Allah, di saat aku rasa berat, Engkau meringankan. Langsung tidak rasa bebanNya.


Walau di sini rasa sendiri, tapi di hati, benar rasa Allah itu dekat, hadir. Dia membisikkan kata semangat.
Dihadirkan wajah arwah ayah yang berdoa usai solat nya. Indah nya bayangan tu. Lagi indah bila teringat pesan arwah ayah yang tak henti-henti minta aku jangan tinggalkan solat, sentiasa berdoa. Syukur lagi, lagi, dan lagi. Kerana indahnya teguran, indahnya bayangan, aku jadi makin kuat, makin cinta pada bait-bait doa kepadaMu =')


Hari ni, aku hubungi mak. Dan katanya "Semua ok"
Alhamdulillah, sangat-sangat dan double sangat-sangat syukur pada Allah
yang mendengar doa hambaNya ini.

Mungkin bukanlah berkat doa aku, tapi kerana susunan perancangan Allah yang lebih rapi, teliti itu. Yang memberikan manusia, keperluan, bukan kehendaknya. Sebab itu, Allah Maha Mengetahui. Jauh dari apa yang kita ketahui. Kan?

Hikmahnya, sangat mendalam. Allahuakbar!


Sama-sama terus dan tidak henti berdoa pada Dia yang Maha Berkuasa.
Yang memberi dan menarik nikmat =')

Sama-sama saling mendoakan ^^, Alhamdulillah abadan abadaa.

0 keyboard writings:

Post a Comment