Pages

Thursday, January 24, 2013

Setahun sudah

 
2013.

Dah setahun ayah pergi. Rindu masih baru. Sayang masih sama, malah makin bertambah-tambah. Ada satu gambar ayah tu, buat aku rasa ayah ada depan aku sekarang. 'Rumah ayah', ya, rumah ayah sekarang dah direnovate. Anak-anak ayah dah perbaharui kubur ayah, yang Huda panggil istana baru ayah tu. Kami kumpul duit, untuk pusara ayah yang baru. Kubur ayah tu, masih baru lagi, seperti 'hari tu'. Rasa macam nak lawat ayah hari-hari, baca yassin dan doa-doa untuk ayah. Tapi jarak kita jauh. Ayah di KL, ika di Terengganu. Pheww, rindu sangat, sangat, sangat dan sangat. 


Aku rindu semua yang lepas. Tapi masa bergerak dan terus bergerak. Aku kena pandang ke depan. Pandang ke depan tak bermakna aku kena lupakan semua kenangan manis macam lolipop aku dengan ayah. Aku kena ke depan sebagai seorang anak ayah dan mak yang berjaya. Macam waktu dulu, ayah buat 2 3 kerja part time nak cari duit lebih. ==", Tak sempat balas jasa ayah tu. Doa sahaja sekarang. Takdir, harus dan wajib redha. Kan?


Setahun ayah pergi, Mak Long pulak 'pergi'. Mak Long, dah macam mak kedua aku. Aku hilang mak yang kedua, mak pulak hilang kawan baik, best friend. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab Mak Long pergi hari baik, susah nak dapat. Mak Long pergi hari jumaat. Jealous. =') Terima kasih Allah.


Mak, yang hari itu termenung jauh sebab kehilangan satu-satunya teman mengadu, tempat bercerita. Aku sentiasa doakan mak, supaya mak dipermudahkan segala urusannya sebab selama ni Mak Long banyak bantu mak. Mak akan terus kuat dengan sokongan kami anak-anak nya. InsyaAllah.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah dan mak long. Amin.


miss them a lot

Monday, December 31, 2012

Before 2012 ends...

Assalamualaikum people!

It has been a long time since i last wrote here. This would be the last post for 2012. Tak sangka sungguh, cepat betul masa berlalu. Kan?

Last December, i lost my beloved father. This December, a year after that, it was my Mak Long's turn. How strange is that feeling, when someone close to you, gone. But, everything has been arranged perfectly by the one up there, Allah the Almighty. I believed in that. And i always pray for them.

A lot of things happened in 2012, be it happy, sad or mixed feelings. I could only say-- Alhamdulillah for everything that i've gone through. ^__^ Experience is everything.

New semester comes, everything needs to be improvised. Practicum, new subjects, new lecturers? Time to reflect everything. It's all about everything. 2 years more before we will officially graduated. How excited is that feeling. Hopefully all is well, as the 3 idiots mentioned it. =)





Friday, November 2, 2012

Memetik pucuk-pucuk sabar

Dan permulaan sesuatu itu, kadang-kadang dimulai dengan langkah yang sedikit.

Umpamanya kita menanam pokok. Takkan kita mulakan dengan menanam pokok yang sudah menjadi pokok. Tapi kita mula dengan memilih tempatnya, kita pilih pasu nya, kita pilih benih-benih pokok yang mahu ditanam. Kita mulai dengan yang sekecil-kecil nya.

Untuk dapat yang besar itu. ^__^

Itu lah umpama pada permulaan erti sabar. Sabar itu besar, besar pada ertinya. Apakah kita mampu jadi seperti si ibu, yang terkadang tidak berhenti rehat. Yang menjadi kan segala di rumah itu, serba selesa.

Apakah kita mampu jadi seperti si ayah, yang rehatnya dengan membawa sang anak ke taman-taman. Bila waktu itu, dia patutnya berehat.

Sabarnya si ibu, si ayah bila punya anak-anak yang bermacam ragam. Sabar mereka, bukan di peringkat pucuk lagi. Tapi sudah di tahap matang, mampu bertahan. Umpamanya sebatang pokok yang kekalnya bertahun-tahun. Panas atau hujan.


Aku masih lagi memetik pucuk-pucuk sabar dalam kitaran hidup.

Memetik dan terus memetik. Tapi kan selalu gagal dek pucuk itu terlalu nian tinggi nya.

Pucuk sabar dalam masa yang singkat ini. Ya, sabar itu besar. Kerana hadiah nya, sungai-sungai nun di tempat paling hebat.


Aku, akan terus memetik pucuk-pucuk sabar itu,
dalam kerangka masa ini.

Biidznillah.

Wednesday, October 31, 2012

A morning reflection

Assalamualaikum and a very good day people ^__^

I'm currently doing my revision for this evening exam. I need a break, so my brain gives me an order to write a post in this blog. Well, as i browsed the internet this very morning, i typed in there 'Abdullah Zaki' to search if the person, as we called him Ustaz Abdullah Zaki, has a blog. I really need a blog or a piece of writing that can remind me of the akhirat. Yes, there are a lot, but couldn't stick to any of them. I keep losing the URL. and i really hope Ustaz Ki would have one, but none. =_=". sighing. ok.

As i was searching for the informative blog, i stumbled upon this one very inspiring blog. And i read, i read, and read. Surprisingly, wow! A friend from the next class. Wuhuu. So very lucky. A very good point of view, and yet, he has got a very good language too. Well, we both taking the same course, English. That really inspired me. Especially in terms of the writing.


As i read his blog, i got this quick reflection : We are reaching the age of maturity. SO, write something beneficial, worth the age we are now. I'm slowly thinking, we are no longer YOUNG, no longer at comfort ZONE. DEATH could reach at any time, anywhere. It is not always about happy and fun times. It is about the deeds we do for the benefits in the REAL world.

This world, is only TEMPORARY. let's learn from those who have met Him, The Most Gracious Lord.


Friday, October 12, 2012

Ika yang rindukan ayah

Ayah.
Lama dah tak sebut perkataan tu. Bukan, bukan dah lama, cuma tak sebut perkataan tu dengan jasad ayah ada depan mata. tak sebut perkataan ayah di gagang telefon waktu ayah telefon ika, atau ika telefon ayah. Rindu sangat saat tu. Rindu nak tanya khabar ayah di ampang sana. Rasa macam baru semalam ayah pergi, sebab ika selalu terbayang jelas susuk tubuh ayah tu. Dengan sikap ayah yang suka sangat gosok-gosok kepala ika waktu kita duduk bersembang. Allah. Jadi lagi sedih bila ada sekali tu, waktu ika dekat cermin, ayah cakap "Besar dah anak ayah". Tsk, ayah. Tu tanda ayah nak pergi kan? 


Kali terakhir ika dengan ayah, waktu ayah hantar ika nak balik terengganu kan? Patutlah ika sendiri rasa lain macam malam tu. Semacam kita, takkan jumpa lagi. ='( Patutlah, ayah peluk dan cium dahi ika kuat-kuat..... Rindunya ayah, Allah sahaja tahu. Dan hidayah bagitahu, "Ko tau tak, ayah menangis malam lepas dia hantar ko balik tu". ........ika sedih sangat dengar tu. Sekarang ika pulak yang menangis teringatkan ayah. Ika  minta maaf, bukan ika tak redha, cuma ika rindu sangat. Selalu doa ayah tenang kat sana. =') 


Ya Allah, ampuni aku. Bukan aku tidak redha, hanya meluahkan kerinduan yang berbekas-bekas. Aku pasti kan kuat dengan bantuanMu. =')


ayah dan uncle.
ayah suka sangat tolong uncle ni.
kita rindu orang yang sama uncle....
ayah, selalu cerita pasal uncle ni, dan selalu bagi apa yang ada pada uncle.
ayah tu, baik sangat. dan peramah =')


ayah di hari perkahwinan anak sulungnya.
alhamdulillah, ayah sempat lihat anak sulung dan anak keduanya bina mahligai. 
dan dapat tengok cucu pertamanya. =')


argh, jeles. =')
sebab tengok akak sendiri dapat kiss sayang ayah. 
walaupun selalu dah dapat kiss tu, tapi kiss di hari bahagia tu, lain kan.
dan ayah pasti tenang kan, lihat majlis tu lancar.
tanggungjawabnya pada anak keduanya, diserah pada menantunya.
ayah sedih sangat waktu ni, ika faham. 
dari suara ayah yang bergetar waktu ayah telefon ika. tsk.


mm, ayah pun suka binatang kan?
^___^'
rindu lah semua tu.


kita pasti bertemu lagi, di 'sana'.
semoga Allah terus menerus beri rahmat untuk roh ayah di sana.
amin.



"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(21:35)




'Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik kami sejak kami masih kecil lagi'




Friday, October 5, 2012

Teddy bear? Ahaxx

Heyy, sejak bila awak suka teddy teddy ni???
Heh, tak tau. 
Sebab selalu masuk kedai yang jual banyak-banyak beruang teddy yang besar-besar tu. Kot?
Tapi never bought one. Mahal kot teddy teddy tu. Even the smallest one.
Paling murah dalam rm10.xxx. Tu pun yang hudus la. 
Rasa macam nak ada sekor teddy bear pun jadi la.
Nak peluk peluk itu teddy.
 
 
 nak yang macam ni.
besar macam seorang bayi. muahaha.
walaupun nampak macam.... budak-budak je ada benda alah ni.
tapi ado den kesah??? kehkehkeh


mashimaro.
yang ni pun macam comel.
beli sekor je jadi. tak yah beli banyak-banyak.



yang ni nampak macam fluffy gitu.
bawak tidur ni mesti lena woo.
standard harga teddy macam ni, normally dalam rm 29 above. 
apsal aku minat teddy ni??? hii, aku heran dengan diri aku~
 


pooh pun macam, ok jugak la~
my little bro used to have one. tengok, adik laki tu.
dapat jugak dia merasa ada benda alah ni.
akak dia ni, eh, kesian betul~
masa kecik-kecik asyik duk panjat pokok je. 
tu la dah besau ni jakun nak teddy tedyy lah bagai. 


yang ni pulak i would like to say: alololo, kiut nya. -..-"
cuba teka ni apa?
okehh, ni teddy bear and also an mp3 teddy. 
lawak la pulak. malas ar cite pasal teddy ni.
 
 
 
 
yang ni semua orang pernah tengok kan.
tapi macam ngeri je. nak tidur sekali pun seriau. 
this is a no no teddy. 


ok. 
again.
no way.


macam mengarut je entry pasal teddy bear. =="
maybe sebab masa kecik selalu main benda yang bukan toys.
duk panjat bukit la, main hujan la, main pasir.
pastu panjat pokok, main pondok-pondok.
takde maknanya nak main patung-patung ni.
jadi bila dah besar ni, terminat pulak kat benda alah teddy ni.
hadoii, parah suda~~

Thursday, October 4, 2012

Good Luck!

Good luck to all of us ^____^
Alhamdulillah that we still have the chance to pursue every single day we live.
Yep, 'the chance' given by Allah.
Allah says in the Holy Quran in Surah Al-Asr right? 
"Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian.."

Masa tak tinggalkan kita, justeru kita yang tinggalkan masa.
.....no use of sighing. Kan?

 Straight to the point,,, just an entry to wish good luck to:

emak.
semoga perniagaan mak berjaya sokmo.
ika selalu doa mak punya kuih-kuih tu laku licin.
macam dahi ika yang licin ni. heh, licin la sangat ==" haks.
good luck mak.
macam mana mak selalu doa untuk ika, macam tu la jugak ika doa tuk mak.
lebiu... *___*


then, to kampung manggis' folk.
selamat berjaya dalam exam ye.
jawab betul-betul, sem akhir ni.
tetibe ngidam nak makan manggis.
terliuq. slurpp. >_<


good luck to me jugak.
ahahaa, wish untuk diri sendiri.
doa tu. Imam Muda Nuri cakap, jangan lupa untuk doakan diri sendiri jugak.
Memang mantap pengisian Imam Muda Nuri. Jangan lupa datang IPG kami lagi ye!
ok, tetibe. just nak wish kepada diri sendiri:
good luck for the coming exam. yes, i can do it. InsyaAllah.
yang penting, bukan kerjasama, tapi usaha dan doa tu.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang merasa dapat Anugerah Pengarah tu.
manisnya, macam gula kapas. hik, thanks Allah!
doa yang sama seperti sem lepas. mahu yang sama?
aminnnnn. tadah tangan dan tunggu ijabahNya.
-panjang pulak berbebelan-


good luck jugak kepada my comrades. TESL 1.
we can face it, we can make it.
*nak tagline jugak kan?*
insyaAllah, insyaAllah. 
semuanya atas takdir Allah jua.
tawakkal 'ala Allah.


so, good luck everybody.
kita bisa lakuin apa aja. *sinetron*
man jadda, wa jadda. barang siapa berusaha, pasti berjaya ^___^


jangan lupa, 


dalam kesibukan study 24 seben tu, senyum jangan lupa.
ni la pemanis wajah. 
ok? berusaha sambil senyum selebar mungkin.



01.23 am
sejarah tidur lewatku.