Umpamanya kita menanam pokok. Takkan kita mulakan dengan menanam pokok yang sudah menjadi pokok. Tapi kita mula dengan memilih tempatnya, kita pilih pasu nya, kita pilih benih-benih pokok yang mahu ditanam. Kita mulai dengan yang sekecil-kecil nya.
Untuk dapat yang besar itu. ^__^
Itu lah umpama pada permulaan erti sabar. Sabar itu besar, besar pada ertinya. Apakah kita mampu jadi seperti si ibu, yang terkadang tidak berhenti rehat. Yang menjadi kan segala di rumah itu, serba selesa.
Apakah kita mampu jadi seperti si ayah, yang rehatnya dengan membawa sang anak ke taman-taman. Bila waktu itu, dia patutnya berehat.
Sabarnya si ibu, si ayah bila punya anak-anak yang bermacam ragam. Sabar mereka, bukan di peringkat pucuk lagi. Tapi sudah di tahap matang, mampu bertahan. Umpamanya sebatang pokok yang kekalnya bertahun-tahun. Panas atau hujan.
Aku masih lagi memetik pucuk-pucuk sabar dalam kitaran hidup.
Memetik dan terus memetik. Tapi kan selalu gagal dek pucuk itu terlalu nian tinggi nya.
Pucuk sabar dalam masa yang singkat ini. Ya, sabar itu besar. Kerana hadiah nya, sungai-sungai nun di tempat paling hebat.
Aku, akan terus memetik pucuk-pucuk sabar itu,
dalam kerangka masa ini.
Biidznillah.
0 keyboard writings:
Post a Comment