Pages

Friday, October 12, 2012

Ika yang rindukan ayah

Ayah.
Lama dah tak sebut perkataan tu. Bukan, bukan dah lama, cuma tak sebut perkataan tu dengan jasad ayah ada depan mata. tak sebut perkataan ayah di gagang telefon waktu ayah telefon ika, atau ika telefon ayah. Rindu sangat saat tu. Rindu nak tanya khabar ayah di ampang sana. Rasa macam baru semalam ayah pergi, sebab ika selalu terbayang jelas susuk tubuh ayah tu. Dengan sikap ayah yang suka sangat gosok-gosok kepala ika waktu kita duduk bersembang. Allah. Jadi lagi sedih bila ada sekali tu, waktu ika dekat cermin, ayah cakap "Besar dah anak ayah". Tsk, ayah. Tu tanda ayah nak pergi kan? 


Kali terakhir ika dengan ayah, waktu ayah hantar ika nak balik terengganu kan? Patutlah ika sendiri rasa lain macam malam tu. Semacam kita, takkan jumpa lagi. ='( Patutlah, ayah peluk dan cium dahi ika kuat-kuat..... Rindunya ayah, Allah sahaja tahu. Dan hidayah bagitahu, "Ko tau tak, ayah menangis malam lepas dia hantar ko balik tu". ........ika sedih sangat dengar tu. Sekarang ika pulak yang menangis teringatkan ayah. Ika  minta maaf, bukan ika tak redha, cuma ika rindu sangat. Selalu doa ayah tenang kat sana. =') 


Ya Allah, ampuni aku. Bukan aku tidak redha, hanya meluahkan kerinduan yang berbekas-bekas. Aku pasti kan kuat dengan bantuanMu. =')


ayah dan uncle.
ayah suka sangat tolong uncle ni.
kita rindu orang yang sama uncle....
ayah, selalu cerita pasal uncle ni, dan selalu bagi apa yang ada pada uncle.
ayah tu, baik sangat. dan peramah =')


ayah di hari perkahwinan anak sulungnya.
alhamdulillah, ayah sempat lihat anak sulung dan anak keduanya bina mahligai. 
dan dapat tengok cucu pertamanya. =')


argh, jeles. =')
sebab tengok akak sendiri dapat kiss sayang ayah. 
walaupun selalu dah dapat kiss tu, tapi kiss di hari bahagia tu, lain kan.
dan ayah pasti tenang kan, lihat majlis tu lancar.
tanggungjawabnya pada anak keduanya, diserah pada menantunya.
ayah sedih sangat waktu ni, ika faham. 
dari suara ayah yang bergetar waktu ayah telefon ika. tsk.


mm, ayah pun suka binatang kan?
^___^'
rindu lah semua tu.


kita pasti bertemu lagi, di 'sana'.
semoga Allah terus menerus beri rahmat untuk roh ayah di sana.
amin.



"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."
(21:35)




'Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik kami sejak kami masih kecil lagi'




2 keyboard writings:

Fida said...

Cant read entry like this. Oh mann,laju jee nk nangis. haha.
Keep strong dear.

pemerhatiSejati said...

doakan saya :')

Post a Comment