Pages

Saturday, June 29, 2013

About chipsmore and sem 6

Assalamualaikum and hye.

Chipsmore. 


Kau ni chispmore, kejap ada, kejap takde. 
Kenapa chispmore, kenapa?

Aku suka makan chipsmore. Sedapp. Tapi tak suka orang yang macam chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Kejap hilang (lama pulak tu), kejap muncul (eh, tetibe??). Boleh tak chipsmore bagitau saya kenapa chispmore buat macam tu? Haiiih, chipsmore, chipsmore. 


mungkin lepas ni aku akan stick dengan new stand aku 
-Sorry, no more chipsmore in my life-
Pergh.

Emm, tetibe teringat pulak aku kat sorang adik aku ni. Dia selalu jugak menyamakan rupa aku dengan chipsmore. Heh, tak paham akak dik.

Adik aku: Eeee, muka ko ni macam chipsmore la. Geram nak cubit-cubit.
Aku: Eh, apsal pulak chipsmore?? 

Mungkin sebab aku c.u.t.e? Eh, sori terperasan pulak. huahuuahua. Jangan mare ok.
Hmm, tu je pasal chipsmore. I don't like chipsmore.....! Err

Semester 6. Waw.

Tak sangka, tup tup, dah sem 6 dah aku dan kawan-kawan aku. Huhu. Dulu kemain lagi la nak habis cepat. Sekarang ni, tinggal tahun depan je nak habiskan studies dekat terengganu ni. Lama tu jadi perantau kat negeri pesisir pantai ni. Almost 5 years and a half now. T__T

Banyak benda baru tak baru jugak la sem 6 ni. Antaranya:...........

1) 3 hours lecture..... -like, seriously???-

Serious, bang. Serious sangat. T___T Uhuk, uhuk, uhuk. This 3 hours thing legible for the courses that we take for this semester. Aiyoo, 3 jam tu lama tu. Especially waktu sains, when the venue is so happen at the physic lab. Dengan kerusi yang takde tempat nak sandar-sandar. Kerusi yang tiga kaki tu. Imagine.... You have to sit on that chair for 3 hours. Aduss. Mau bengkok pinggang. Tapi demi ilmu yang mantap, kami redho... Huhuhu. 

To be honest, aku takde la mengantuk pun waktu lecture tu sume. Menguap 3 4 kali tu ada la jugak. But that doesn't mean that i'm feeling sleepy keh. No....

Ni ada testimoni sikit tentang perasaan comrades ketika menghadapi 3 hours lecture.

perasaan bahagia apabila mendapat 10 mins break. Yabedabeduuu.
-Can you see that chair? The one that we gossiped about just now. Yewheww-


suka hati dan gembira. Hehehehe.


muka -i cannot go anymore-
i wanna eat.
xoxo


ini. err. muka belas kasihan.
hehe, jangan mare leah...
roomate aku pulak muka -i berbangga dapat belajar 3 jam y'olls-
hihihihi (gelak manja)


kami mampu bertahan selama 3 jam! yeehaa...


muka mintak dicubit.
huahahaha, ni sedap kena cubit ni.
jangan mare...


i gembira sangattt kelas 3 jam.
yay... (buuuu)

Intihanya (zaman kegemilangan bm telah berlalu), semua testimoni berada pada level memuaskan semasa lecture 3 jam berlangsung. Luckily, nobody fainted.

2) More books for this sem and for the future Master program (insyaAllah, insyaAllah. Aminn)

Dulu author famous yang kami duk sebut, Chitravelu, takpun Nesamalar (sama je). Tu je yang i boleh petik. Tak pun mok soon sang (betul tak ejaan ni? huu). Sekarang ni....... haaa, amik kau. Orang penting sem 6---->

Brown.

nama penuh : H. Douglas Brown.
Habis la en Brown, terbatuk-batuk dia sebab kami duk sebut nama dia je sem 6.
Brown said that, bla....bla...bla...

We also need to buy textbooks. Tapi darjah 2 dan 3 je la sebab KSSR kan. Alhamdulillah, nanti takyah dah nak pinjam dekat cikgu lain, sebab dah ada my own textbook. Yay! (excited bebenor)

And there are more books to come which make it all together Rm 200 ++ if im not mistaken. Elaun, cepat la masuk nakk. Mak perlukan kamu sekarang. huhuhuhu. T____T

A question there.. Kenapa buku-buku brown ni cover page dia pintu? Colour buku je lain. Anyone to give their interpretation of tha? Renuka? Any answer to that? Hahahaha.

3) We do experienced HAZE.


lihat lah.
itu bukan kabus. dan waktu ni bukan pagi.
dah afternoon pun in fact.
tebal kan?
uhuk, uhuk. terbatuk tau. hmm.

sangat tebal jerebu waktu ni.

Alhamdulillah, sekarang fenomena jerebu ni dah kurang sikit. Tapi tempat lain tak tau la pulak macam mana.

4) My next school for practicum.

So kali ni 2 bulan praktikum. Dugaan sikit ialah kali ni time bulan puasa. Semoga diberi kekuatan dan kegagahan untuk menghadapi pelbagai kerenah murid-murid. Amin.


ini dia...
SK Pengkalan Berangan, Marang.
Doakan semua lancar ok?
Kali ni berempat. Lagi sorang takde dalam gambar.

Dulu pun berempat, cuma kali ni semua Teslians. Hehe. Alhamdulillah. Senang la kita nak berdiskusi, ye dak?


Itu je untuk post kali ni. Please, pray for me, especially for the practicum thing. I need motivation. Semoga dapat bangkit dari kekecewaan lepas. Semoga kali ni lebih bermakna. =')

Assalam!


Saturday, June 22, 2013

Tentang berat badan dan iman

Y telah pergi ke sebuah pameran kesihatan. Di sana terdapat banyak booth kesihatan yang sememangnya berguna dan bermanfaat untuk dikunjungi. Ditambah pula dengan gifts daripada setiap booth. Ada yang dapat beg, lepas tu dalam beg ada benda-benda kecil lagi yang everyone mesti suka. Tak kurang juga, ada booth yang memberikan segelas mug untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Waah. Inikah sebab orang suka ke mana-mana pameran? Because of the gifts they offered? ermmm. Don't be too skeptical yaww. Huehuew.

OK lah, back to the story. Y berjalan lagi, berpusing around the exhibition area, and stop at a booth. Sebab apa Y berhenti. Cuba anda teka? Teka, teka. Jangan malu-malu. >_< Y berhenti sebab ternampak sebuah mesin penimbang elektronik. Well, mesin penimbang ni is better than the other one yang selalu je ada reading error tu. So, Y decided to use that particular machine which is much more accurate than the other one. Pheww. Y is not alone. Y is there with some other friends. So, sebelum naik mesin tu, Y dan kawan-kawan pun bergurau senda dulu.

Y: Waa, ada mesin ni. Jom timbang berat! Lama dah tak timbang. Entah berapa la naik.
PQR: Jom, jom. Naik la dulu. Kiter bacakan berat.
Y: PQR la naik dulu.
PQR: Naik la dulu. Lepas Y naik, baru kita naik. Cepat, cepat.
Y: Ala, naik la dulu. Segan la.

.... Haip, sampai bila ini adegan "kau naik dulu, aku naik dulu" ni nak habis ni??  Sape nak jawabkan?

At last, Y surrender. Y la naik dulu atas penimbang tu nak check berat terkini. Cewahh. Last berat Y ialah 60 kg kebabomm. beratnya Y. Iewwww.

Lepas dah naik je, the machine pun start and gives the reading. Tit, tit, tit (takde bunyi pun padahal, haahao). 57.8 something kg.

Y: yay, turun 3 kilo!

Macam tu la gamaknya si Y ni suka berat dia turun. Suka dia tu, kalah senyuman uncle KFC. Anda kenal bukan siapa itu uncle KFC?

----------- -------------END of the story about weights and bla, bla, bla-----------------------------------

Sekarang kita sambung cerita pasal iman. Iman? Tadi baru je bercerita tentang berat. So, apa kaitan berat dengan iman ni? Diorang adik beradik kah?
Kawan baik kah? Sepupu sepapat kah? Itu lah yang aku cuba hubung kaitkan di sini.

Y gembira dengan berita berat badannya turun. Tapi, iman juga ingin tahu perasaan Y terhadapnya. Terdapat sahabat-sahabat yang setia menanyakan Y tentang khabar imannya.

Y: ada mesej baru. ---> Assalamualaikum. Bagaimana iman hari ni?

Dan Y hanya terdiam dan terpaku mengenangkan dirinya yang tidak melakukan apa-apa untuk mengupgradekan imannya sendiri. Beza muslim dan bukan muslim itu, iman. Yang menetapkan kepercayaan kita, keyakinan kita itu, iman. Lebih manis lagi andai iman itu meningkat, dari hari ke hari.

Kita gelisah, kadang-kadang sedih dengan berat yang naik. Gembira dengan berat yang semakin turun. Kita lakukan banyak perkara untuk memastikan berat badan maintain, turun dan memuaskan.

Tapi iman? Bagaimana pula?

Aku seringkali mengenangkan hal ini kerana yang perlu dirisaukan ialah diri sendiri sebelum kita merisaukan hal orang lain.

Ini soalan untuk kita sama-sama fikirkan.

Bagaimana iman hari ini?
Sedihkah kita jika iman kita semakin berkurang? Gembira jika meningkat? Atau tidak merasakan apa-apa langsung? Astaghfirullah hal azim. T__T

Lebih molek lagi, jika perasaan dan kecaknaan kepada iman ini sama hebat seperti yang kita rasakan terhadap berat badan.

Ramadhan bakal menjelang tiba. Aku sedang mengumpul semangat-semangat lalu untuk menyuburkan imanku kembali. Bangkitlah diri, dari diselubungi rasa selesa yang sementara ini. Dunia sementara, akhirat jua yang abadi. ='(

p/s mari doakan para mujahidin kita di syria, gaza dan negara-negara Islam lain. Moga kejayaan milik para jundullah ini! Allahuakbar.






Tuesday, June 18, 2013

Berlapang dada

Assalamualaikum and hye people!

Hmm. Berlapang dada tu nampak senang. Hadapi sesuatu dengan fikiran yang positif, tidak mengeluh dan bertindak dengan betul. Tapi hakikatnya, tak ramai yang mampu berlapang dada. Termasuk aku.

Ya. Aku. Sebelum kita cakap kelemahan orang lain, ada baiknya, kelemahan kita sendiri yang kita kaji. Lepas aku buat kajian ke atas diri aku, attitude aku dan macam-macam details tentang diri aku yang serba tak sempurna ni, baru aku sedar, banyak betul kelemahan dan kekurangan aku. Tak lupa juga keburukan aku. MasyaAllah. Berdosanya aku. T__T 

Praktikum lepas menyaksikan aku perform agak kurang memberangsangkan. Melalui komen daripada lecturer pembimbing, aku tahu, dan aku sedar, aku tak lakukan yang terbaik. Sebab tu aku dapat B+ untuk first praktikum lepas. Takpe, aku redha. Sebab mungkin nilai B+ ni lah Allah nak tunjukkan usaha aku sepanjang sebulan menjalani praktikum. Aku kena berlapang dada dengan keputusan ni walaupun hati aku agak berkecai. Cewahh. Macam kaca giteww. At one time, rasa macam remuk juga perasaan aku ni. *Macam orang bercintun fulaks* But, it's okay. Aku redha. As a muslim, we must realize the concept of qadha' and qadar. Ke ada orang yang nak mempersoalkan takdir kat sini? Takmo, takmo. Jaga iman awak. Ihiks >_<

Jiwa aku sekarang dah terubat sikit la walaupun hati aku robek. Sebab aku memang suka madam CK. Setiap kata-kata dia waktu praktikum memang memberi aku inspirasi untuk terus berusaha dan gigihkan diri untuk setiap praktikum. FYI, praktikum is not like plucking a mango from the mango tree... Plucking is easy i tell you. Tapi more than that, practicum is analogically like the process of producing a good mango tree. Mula-mula tanam biji benih mangga. Then, tunggu until a short inch of baby leave comes out of the seed. Pastu tunggu pulak lagi nak jadi sepohon pokok mangga yang betul-betul sihat. Lama tu. Macam-macam kena buat to make sure the mango tree lives longer and producing good and healthy mangoes. Kalau salah baja, mau nya mati pokok. Tak kena penanaman, mangga pulak berulat sini sana. That's what i see practicum. It's not an easy job to educate a pupil. Trust me. Huhuhuhu

Aku memang kena suci kan niat aku. Terima kritikan and be ready for any challenge. Bukan lah namanya manusia kalau takde ujian untuknya. Macam baby fish. Ada jugak ujian. Baru nak hidup lama, dah diuji dengan manusia-manusia yang duk gatal tangkap diorang dekat sungai sinun. Pastu taknak lepaskan balik dalam sungai. Heh. MM, analogi ni macam tak kena. Tapi takpe, aku nak guna jugak. Muahahaha.

OK lah, i wanna end this post here. BTW, i love listening to the maximum volume when i have the earphone on! Hahahaha. im in my own world....  Adios!

 

Saturday, May 18, 2013

Fuhhhh, semangatttttttt

Fuhhhhh, semangat...!
Bila ada orang buat kita naik angin.
Pulak nya, kita ni jenis makan dalam.
Lagi la angin nya.
Minum kopi halia pun tak hilang gak angin tu.

Bila jumpa orang suka buat angin kat kita ni....
Solution dia, buat bodo je...
Dah memang dia camtu, nak buat camne lagi.
Ye dakkk?

Memang rasa nak hempuk-hempuk.
Tapi sebab kita disarankan ingat jasa baik orang.
Yang jahat tu kita.
Yang baik tu orang.

Ni sebab aku jahat la,
aku pendam je...
Sampai aku senyum dah kelat cam hape tak tau....

Hishhh, aku pelik laa.
Kenapa bila kita tak melawan, 
orang duk suka hati je, 
marah-marah, tengking-tengking, perli-perli kita?


Apa ingat aku ni takde perasaan ke hape??
Hee, aku gerammmmmm gila kat orang camni.

Biar la.
Yang penting aku kat sini lagi setahun lebih je.
Lepas tu, bye-bye!!!
Bwekkkkk


Friday, May 17, 2013

Tentang Jumaat dan cita-cita. Ya, cita-cita.

Assalamualaikum w.b.t kepada yang sudi membaca. 
Selamat petang buat non-muslim readers. *sebab sekarang petang*


Mak long yang akan sentiasa dikenang.(gambar raya)

Ini mak long. Yang telah dijemput Ilahi pada 7 Disember 2012.
Dijemput pada hari yang sangat dikejar muslimin dan muslimat, hari Jumaat.
Cemburu. Tapi itu anugerah Allah untuk mak long.
Perkara ghaib yang tak dapat diketahui makhluk ciptaanNya, kematian.
Ya, mati itu suatu perkara wajib. Tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.
Bila ia datang, tak siapa dapat lari. Kan?

Khamis sebelumnya, mak long dah terlalu sakit. Teramat sakit.
Melalui reaksi mak long, pergerakan, dan keadaannya yang aku sendiri,,, sedih melihatnya.
Khamis tu, aku singgah sebentar ke rumah mak long dan aku tengok mak long dah terbaring, tak larat nak gerak.
"Mak long, nak pegi hospital tak? Dah teruk dah ni sampai tak boleh gerak ni"
"Takpe lah ika, mak long nak pegi dah ni"
..... tersentap aku sekejap. Pergi? 
='( 

Dan jumaat tu, mak long pergi dengan tenang. 
Alhamdulillah, aku dapat merasa mandikan jenazah mak long.
semua lancar.
Dan paling gembira.... Sebab mak long senyum setelah lengkap bertelekung.
=')

Syukur ya Allah, Engkau permudahkan segalanya. 

Dan cita-cita aku, ingin 'pergi' di hari Jumaat juga, jika diizinkan Allah.
Moga husnul khatimah, insyaAllah. Amin.

Cita-cita aku, ingin berbakti kepada mak, ayah dan keluarga.
Aku masih boleh berbakti pada ayah walaupun jasad nya sudah tiada.
Aku akan berusaha untuk berbakti kepada emak. 
Berusaha jadi anak yang solehah dan baik.
Aku ingin jadi kakak yang baik. 
Ingin jadi rendah hati.
Semoga.

Amin.


Ayah dan mak long. Tetap dalam hati dan doa ika. =')


 

Wednesday, May 8, 2013

Oh adik-adik ku. Hee

Assalamualaikum w.b.t semua....

Dalam kesibukan nak exam, aku masih ada masa lagi nak tulis something kat sini ye. Hmm. Takpe. Sebab dah lama tak menulis. Rindu nak menulis kat sini.

Kali ni nak tulis pasal adik-adik aku yang sekarang dah semakin membesar. Yang paling kecik pun dajah 5 la. Yang still bersekolah sekarang tingkatan 1 sorang, lagi satu tu tingkatan 2. Semua baru nak mengenal dunia. Gaduh ngan kawan la, gaduh sesama sendiri la.... Haha. Suka kat orang la. Hadoii. Itu lah remaja kan. Suka duka ada belaka...

Petang tadi aku check akaun bank rakyat. Dan alhamdulillah. Ada hamba Allah masukkan duit. Aku pun tak tahu sape. Yang penting, duit tu bukan untuk aku, untuk adik-adik aku la of course. Alhamdulillah. Boleh la nanti beli apa-apa untuk diorang. Semoga murah rezeki orang tu kan? =')

Teringat aku masa ayah masih hidup dulu. Ada je benda ayah beli untuk adik-adik aku. Beli bantal yang fluffy sorang satu, beli jam sorang satu, beli kasut sorang sepasang, beli baju raya macam mak datin, beli macam-macam la untuk adik-adik aku tu. Hmm, tapi sekarang tak boleh macam tu dah. Ayah dah takde, kita kena bersyukur apa yang ada, ok? Memang sekarang susah sikit, tapi insyaAllah, susah-susah dulu, senang-senang kemudian kan? Kita semua rindukan ayah. Sebab ayah penyayang sangat. =') Haa, mula la akak korang nak meleleh air mata nih. Hmmmm.

Lagi satu, ayah aku dulu suka bawak adik-adik aku pergi berjalan. Sekarang tak boleh macam tu dah tau. Kita kena belajar rajin-rajin ok? Kena ingat la jasa ayah.

Yang aku tau sekarang, aku kena majukan diri aku sebab ayah dah takde nak bagi kata-kata semangat, support kat aku. Aku kena jaga adik-adik aku macam yang ayah buat selalu. Sebab ayah tak suka tengok anak-anak dia susah. Kalau boleh semua dia nak tunaikan. =')

Kat sini, aku bukan nak berjanji, tapi selagi Allah panjangkan umur aku, aku akan jaga adik-adik aku. InsyaAllah. Korang doakan aku berjaya ok? Semoga adik-adik aku berjaya dunia akhirat. Eh, aku lupa nak cakap, aku ada mak yang selalu doakan aku. Alhamdulillah. ^___^ Kita haruslah kuat!

Wednesday, March 6, 2013

Ayahhhhh



Ika rindu ayah sangat, sangat, sangat...


Ya Allah, kuatkan aku.

:-(

Went so soon....