Pages

Friday, May 17, 2013

Tentang Jumaat dan cita-cita. Ya, cita-cita.

Assalamualaikum w.b.t kepada yang sudi membaca. 
Selamat petang buat non-muslim readers. *sebab sekarang petang*


Mak long yang akan sentiasa dikenang.(gambar raya)

Ini mak long. Yang telah dijemput Ilahi pada 7 Disember 2012.
Dijemput pada hari yang sangat dikejar muslimin dan muslimat, hari Jumaat.
Cemburu. Tapi itu anugerah Allah untuk mak long.
Perkara ghaib yang tak dapat diketahui makhluk ciptaanNya, kematian.
Ya, mati itu suatu perkara wajib. Tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.
Bila ia datang, tak siapa dapat lari. Kan?

Khamis sebelumnya, mak long dah terlalu sakit. Teramat sakit.
Melalui reaksi mak long, pergerakan, dan keadaannya yang aku sendiri,,, sedih melihatnya.
Khamis tu, aku singgah sebentar ke rumah mak long dan aku tengok mak long dah terbaring, tak larat nak gerak.
"Mak long, nak pegi hospital tak? Dah teruk dah ni sampai tak boleh gerak ni"
"Takpe lah ika, mak long nak pegi dah ni"
..... tersentap aku sekejap. Pergi? 
='( 

Dan jumaat tu, mak long pergi dengan tenang. 
Alhamdulillah, aku dapat merasa mandikan jenazah mak long.
semua lancar.
Dan paling gembira.... Sebab mak long senyum setelah lengkap bertelekung.
=')

Syukur ya Allah, Engkau permudahkan segalanya. 

Dan cita-cita aku, ingin 'pergi' di hari Jumaat juga, jika diizinkan Allah.
Moga husnul khatimah, insyaAllah. Amin.

Cita-cita aku, ingin berbakti kepada mak, ayah dan keluarga.
Aku masih boleh berbakti pada ayah walaupun jasad nya sudah tiada.
Aku akan berusaha untuk berbakti kepada emak. 
Berusaha jadi anak yang solehah dan baik.
Aku ingin jadi kakak yang baik. 
Ingin jadi rendah hati.
Semoga.

Amin.


Ayah dan mak long. Tetap dalam hati dan doa ika. =')


 

0 keyboard writings:

Post a Comment