Ni gambar mak long, mok de dan mak waktu majlis perkahwinan akak yang ke-2.
Mak Long.
Dalam ramai-ramai mak saudara yang saya ada, saya paling rapat dengan mak long. Lepas arwah pak long meninggal, saya tinggal dengan mak long lebih kurang 2 tahun. Banyak benda saya belajar dari mak long. Berdikari jauh dari family, masak-memasak, jadi anak dara yang rajin buat kerja rumah, protokol makan, dan banyak sangat benda yang sampai sekarang saya ingat lagi.
Mak long memang antara orang yang banyak bagi nasihat pada saya. Terutamanya nasihat tentang hidup. Sampaikan selalu jugak mak long akan share problem dia dengan saya. Mak long, orang yang sangat baik. Memang baik sangat dekat keluarga saya. Ya Allah. Tak terkata pertolongan mak long untuk kami.
Mak long 'pergi' pada 7 Disember 2012, tahun lepas akibat sakit yang bercampur-campur. Ulcer, sakit berkaitan hati dan beberapa lagi penyakit. Sebulan sebelum tu, memang banyak sangat tanda-tanda mak long akan 'pergi'. Rasa macam nak nangis dah ni. T__T.
Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk bersama mak long hingga hari-hari terakhirnya. 2 minggu sebelum tu, musim buah lebat sangat. Terutamanya buah durian sebelah rumah mak long, buah rambutan depan rumah mak long. Mak long makan sepuas-puasnya, siap suruh adik saya tebang dahan rambutan yang lebat dengan buah-buahnya. Pagi-pagi lagi dah suruh saya dan adik-adik cari durian kat sebelah rumah. Kami makan buah-buah tu sama-sama, mak long seronok sangat. Rindu nya.
Dalam 2 minggu tu jugak, mak long tidur dekat rumah kami. Memang agak jarang mak long nak tidur dekat rumah kami. Malam tu, mak long tidur sebelah saya. Macam-macam dia bercerita. Tapi saya tak cakna sangat sebab dah mengantuk. Tapi malam tu memang lain. Esoknya, mak long macam nak sambung tidur dengan kami, tapi anak dia ambil awal pulak.
Dan sehari sebelum mak long pergi, memang tanda-tanda tu kuat sangat. Mak long telefon mintak kemaskan bilik dia. Cuci kain batik dia. Dan yang paling saya ingat ialah, waktu masuk dalam bilik mak long petang sebelum mak long 'pergi' esoknya, mak long cakap pada saya 'Ika, mak long dah nak pergi ni'. Masa tu memang dah rasa lain macam. Dengan mak long nampak sakit sangat. Ya Allah, tak dapat bayangkan sakit yang mak long rasakan waktu tu.
Malam tu, malam last dapat sama-sama dengan mak long. Mata mak long dah tak bersinar, hidung dah jatuh. Kami tahu mak long dah tak lama. Sakit mak long malam tu, sakit yang paling teruk pernah saya tengok sepanjang bersama mak long. Malam tu jugak mak long dah di transfer ke hospital temerloh dan doktor sahkan mak long dah tenat. T_T.
Kami ke hospital temerloh pagi tu. Wayar dan tiub banyak di mulut mak long. Mak long dah tak sedar. Masing-masing dah menitiskan air mata. Jumaat, pukul 12.15 atau lebih, mak long dah tiada. Ya Allah, perasaan waktu tu, kami dah kehilangan orang yang sangat penting dalam hidup kami.
Hari ni, saya terbayang-bayang wajah mak long, nasihat mak long yang pernah saya anggap bebelan, memori waktu 2 tahun serumah dengan mak long. Memori temankan mak long buat checkup di hospital kuantan.
Terima kasih mak long untuk segala-galanya! Moga dalam rahmat Allah. 'pergi' pada hari Jumaat itu, mungkin hadiah Allah buat mak long kan? :'-)
0 keyboard writings:
Post a Comment