Pages

Sunday, February 3, 2013

Mengantuk, tapi nak tulis jugak

Assalamualaikum dan good night everyone.

Walaupun tengah mengantuk, tapi aku tetap nak tulis jugak. Pasal impian aku yang belum lagi tercapai. Bila la nak tercapai ni. Sabaq menunggu.... Telah lama ku idam-idamkan... Tah pape je, tapi takpe. Nak tulis jugak. Huehuehue.


Nombor 1: Nak ada kamera sendiri

Lama dah mengidam nak ada kamera sendiri. Tak kisah la apa-apa jenis pun, janji kamera yang berMegaPixel agak tinggi. Kamera dalam fon C3 aku tu 2 mp je. Macam agak sedih di situ. Gambar mostly low quality. T___T Sedihnya.

The reason aku nak ada kamera adalah:

- aku suka ambil gambar. especially the nature.
- aku berangan nak ada dslr 1 macam classmate aku si mat arip tu. dengan adanya dslr, boleh la aku capture gambar bulan di malam hari, pemandangan waktu subuh dan senja. Rainbow, pantai yang menderu-deru, burung yang duduk bertenggek atas pokok yang tidak berdaun, kucing yang selalu posing maut, dan macam-macam lagi moment best. Tapi tu sume angan-angan mat jenin je. T__T
- kalau ada kamera sendiri, banyak kenangan boleh disimpan. dan boleh review dengan happy. bayangkan kalau kita nak refresh balik zaman dolu-dolu kita, tapi gambar Ya Allah, blurr la, pecah la, pastu kadang-kadang gelap sampai tak nampak pun maknusia-maknusia di dalam gambar itu. Heh, sakit hati tu.

Nombor 2: Nak dapat 4 flat
- aku nak dapat 4 flat sebab result first semester adalah amat teruk, iaitu 3.12. Disebabkan itu, PGMT aku telah terkesan sangat lah banyak.
- oleh itu, aku kena study gila-gila. tapi aku tak praktiskan tido sampai 3 4 5 pagi. Naya la gitu. Habis la muka berjerawat minyak bagai. Study lewat-lewat is NO NO for me.
- selain study hard and smart, aku kena mintak doa daripada mak aku. So aku kena la cakap macam ni "Mak, orang nanti final exam, mak doakan orang dapat 4 flat and anugerah pengarah lagi ye." Hihihi. memang aku selalu mintak betul-betul doa dari mak apa yang aku nak achieve. Kan doa mak berkat. Dah banyak kali aku buat benda ni, alhamdulillah, Allah perkenankan doa mak untuk anaknya ini. ^__^
- Terima kasih mak doakan orang dapat 2 kali title anugerah pengarah walaupun tak naik pentas pun. ==". Terima kasih mak sebab berkat doa mak la orang dapat rasa achieve result 3.8 above. Hehe, i love you because of Allah mak. =')

Nombor 3: Nak tolong mak
- aku kesian sangat sangat tengok mak penat berniaga. malam-malam mesti penat, pastu sakit badan sume.
- insyaAllah, jika murah rezeki, dah kerja nanti dapat lah tolong mak apa yang patut.
- aku nak hantar mak pergi mekah untuk tunaikan haji. insyaAllah, sila aminkan ye. =)
- aku nak tolong mak selagi aku mampu dan selagi bernyawa. semaikan budi dan taburkan jasa. insyaAllah. jika umur aku panjang.
- nak bukak restoran untuk mak. mak kan suka masak-masak ni. sedap ooo.


Nombor 4: Nak kawin
- sebab ni kan sunnah Nabi. jangan ingat aku gatai pulaks y'olls.
- dengan berkahwin, lengkaplah separuh daripada iman ku ini.
- untuk elakkan zina dan maksiat. no couple, nehi heiii.
- so, aku berdoa je la sekarang, supaya dapat jodoh yang baik-baik. solat 5 waktu penuh, solat jumaat tak tinggal tanpa sebab yang munasabah/munasarawak.
- Kaum hawa, jom doa sama-sama "Allahumma zawwijni zawjan solihan: Ya Allah, kurniakanlah aku suami yang soleh". Amin. Rabbana hablana min azwajina wa zuriyyatina qurrata a'yun lil muttaqina imama.

Nombor 5: Nak jadi cikgu
- Aminkan ye. Doa kan untuk aku ni.
- Walaupun ura-ura cakap yang pointer tinggi dapat posting dulu, aku harap rezeki aku dimurahkan dalam bidang perguruan ni.
- Aku nak ada anak-anak murid sendiri. Hihihiihihi

Nombor 6: Nak jadi anak solehah
- InsyaAllah. Aku tengah berusaha la ni. Tengah istiqamah.
- Nak doakan untuk mak ayah hari-hari. tersenyum bahagia mereka di syurga nan mewangi. Cewahh.


Banyak lagi, tapi dah mengatuk gegile dah ni.
Doakan ambe yep ^_^


0 keyboard writings:

Post a Comment