kain pelikat ayah =')
kain pelikat dari ika buat ayah, kini jadi pengubat rindu ika pada arwah ayah. =) betapa ironinya. ika suka tengok ayah di atas hamparan sejadah mengenakan kain pelikat yang ika hadiahkan ni. doa sesudah solat, ika dapat dengar satu persatu. =') rindunya.
kereta kesayangan ayah =')
kereta yang penuh kenangan. ke mana kita pergi, kereta ini lah yang memacu arah kita. kereta ini jugalah yang menjadi saksi tatkala ayah memberi secebis nasihat. rindu juga =')
ingat lagi gambar ini? ayah ambil waktu pertama kali ika beli laptop ni =')
hari pertama ika beli laptop, ayah sudah bersiap sedia di hadapan. ayah rasmikan microsoft word ika dengan sedikit kata-kata ayah. bila rindu ika buka dan baca semula kata-kata ayah tu =')
dan diari ayah. ika simpan dan baca bila rindu.
2 Sya'ban 1433 H (12:14am)
Terengganu.
Al Fatihah.
Rindu seluas langit, doa tiada henti.
Buat ayahanda dan bonda.
Rindu ayah, rindu mak.
Moga Allah beri kekuatan, kesihatan pada Mak. =)
8 keyboard writings:
al-fatihah...sy pon ayah da xdek...
sama2 doa supaya ayah kita tenang dekat sana ;) truskan jadi anak yg berbakti utk arwah dan juga mak =)
sedihnye bile mak ayah dah takde . entah mcm mne la keadaan kite plk nty eayk . takut >.<
ye. hmm, yg pasti 'masa' tu akan tiba jugak =) jgn tkut ^^, jom sm2 tmbhkn amal!
al fatihah :'(
http://findmesunshine.blogspot.com/2012/06/laman-sosial.html
terima kasih cik apple =)
al fatihah..caer pon dah 8 tahun tiada insan istimewa bergelar ayah..hati sedih tak sape yg tau..=,(
ye, sy fhm sgt2. arwah ayah sy bru 6 blan 'pergi'. tapi kenangan sgt2 segar. smoga kita tbh hdpi ujian ni. =) truskn berdoa utk arwah ayah!
Post a Comment