Pages

Monday, June 25, 2012

Derma darah :-D

ini dia lambang derma darah =D

Assalamualaikum !

Alhamdulillah, hari ni, 24 Jun 2012 telah berlangsungnya program derma darah yang entah ke berapa kali nya di dewan Al Farabi IPG KDRI. Tapi bagi saya, ini adalah yang ke-4 kali. Sepatutnya yang ke-5, tapi semester lepas tak dapat nak derma dek kerana haemoglobin yang rendah. Sedih, sedih. T_T. Alhamdulillah, dapat jugak derma untuk semester ni. =)

Masa mula-mula nak derma, memang nervous dan takut yang tak dapat di-explain dengan bahasa Melayu. Takut jarum la, takut pengsan la, macam-macam takut la nak katanya. Tapi bila tengok kawan-kawan dengan riang nya asyik ajak pergi derma darah je, start dari situ terdetik nak derma darah. Dan sampai hari ini, saya ADDICTED to blood donation. Kalau ada program derma darah je, mula la ---> Hey! Bila itu derma darah???  (-..-)

ni dia yang selalu buat orang takut -picagari-
yeke nama dia picagari? ye kot. ('',?)

Kalau nak ikutkan, bila masuk je jarum ni dekat urat kita, memang rasa jugak sakit tu. Tapi tak lama, dalam 3 4 saat je. Tujuannya nak inject bius je. Bagi tak sakit masa masukkan jarum yang lagi besar untuk sedut darah tu. Tipu la kan kalau kata tak sakit. Ada jugak rasanya. Tapi kena tahan la sikit ok? Kan dah besar. Ni la cabaran yang saya suka. Untuk menghadapi ketakutan sendiri. Iaitu dicucuk encik jarum. -_-!

Ok, jom tengok duta derma darah kita.


 duta pertama. cik ain. tapi dia duta buku derma darah je.
sebab dia tak derma kali ni. hehe =p


 duta kedua- cik shin ee.
senyum je cik shin ee kita. semangat mesti ada!


 duta ketiga- cik imah.
haa, tengok, dia pegang beg untuk tampung darah tu. tak sabar, orang ramai betul ~_~


 sebab ramai sangat, duta kita baca buku dulu!


sabar, sabar. T_T...
lambat lagi ni.

Okey, sebenarnya menderma darah memang la sangat-sangat bagus. Banyak faedah/manfaat yang bukan sahaja penerima dapat, tapi kita sebagai penderma pun dapat jugak. Best kan? As a Muslim, why not we grab the opportunity to be the one who is beneficial to others? Atau dalam bahasa Melayu nya, jom jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain! Yuk ^^,

Antara faedah yang boleh kita dapat kalau mederma darah ialah:

1.Of course la dapat selamatkan nyawa orang lain yang memerlukan darah. Contoh, kalau accident yang darah pesakit tu banyak hilang. Kita dapat tolong mereka =))

2. Derma darah pun dapat rangsang badan untuk hasilkan lebih banyak sel darah baru. Taraf kesihatan penderma pun meningkat sebab sel darah baru boleh bawa oksigen lebih baik dari sel darah lama. 

3. At the same time, kecekapan zat besi dalam badan meningkat sebab ia diperlukan untuk hasilkan sel darah merah yang baru. Yang best nya, proses ni boleh bantu kawal kandungan zat besi dalam badan dan elakkan pengumpulan zat besi di jantung yang boleh sebabkan sakit jantung!
 
4. Kalau secara psikologi pulak, penderma jadi lebih tenang. Why? sebab nya, tahap kesihatan dia lebih baik lepas derma darah!

5. InsyaAllah, dapat ganjaran di sisi Allah s.w.t! Tu paling penting kan? Apa-apa yang kita buat, niatkan kerana Allah. Fastabikul khairat! Berlumba-lumba mengejar kebaikan. Menderma darah pun salah satu perkara kebaikan kan? ;-)

Info lain yang berguna tentang derma darah ni:

1. Every time derma, darah diambil hanya 300-450 ml je. Tak banyak pun, cuma 1 beg yang berbeza ml =). Jangan takut darah hilang! 8% darah je dikeluarkan dari tubuh badan kita =)

2. Badan kita akan gantikan semula darah dalam masa 72 jam =)

3. Jangan risau tentang masalah penyakit berjangkit sebab proses pengambilan darah ni selamat. Jarum semua baru dan bersih. Jarum yang dah digunakan, akan dibuang!

4. Sel darah merah ni untuk penyakit seperti talassemia, leukimia, orang yang kehilangan darah dan orang yang kekurangan darah (anaemia).


Ciri-ciri penderma:

1. Umur mesti 18-65 tahun ke atas. Berat: melebihi 45 kg.

2. Tahap haemoglobin at least 12.5%.

3. Tak menghidap penyakit kronik.

4. Tak minum alkohol 24 jam sebelum derma.

5. Tak ambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

6. Tidur lebih 5 jam pada malam sebelum  hari menderma.

All information is from www.harum.com.my


jari akan dicucuk sikit untuk proses blood test.
kat sini la penentu boleh derma ke tak.
depends on your haemoglobin=)


setiap penderma akan dapat beg ni.
just tunggu masa untuk menderma je.


semua tengah tak sabar-sabar nak kena cucuk.
ada yang datang dari pukul 11, tapi dah pukul 2 pun belum sampai jugak gilirannya.


sebab kitorang tak lunch lagi sebelum derma darah, 
kitorang makan kek yang pihak hospital prepare ni dulu. hehe =D
alhamdulillah...


finally, dah sampai giliran!
lega betul.


lepas derma darah, tak digalakkan bangun terus. 
kalau tak, korang mungkin akan pening-pening, tak pun darah memancut keluar dari lengan tu.
hari ni je, dalam 2 orang darah memancut. ~_~


alhamdulillah, sebab balik last, dapat la oren sebiji dan kek ni sepaket.
rezeki, rezeki.


tadaa~ dapat sijil penghargaan =)


saya suka derma darah =)
jom derma darah!


 moga usaha ini sedikit sebanyak membantu golongan yang memerlukan di luar sana =)
insyaAllah.
lillahita'ala.


 







13 keyboard writings:

Unknown said...

oo,,bile derma darah boleh meningktkn zat besi ea...first time i derma drah dlu, doktor x boleh nk knl pasti darah i jnis ape, smpai kn kene check dgn something alatan looks like macam penimpang digital kalau x silap, but i x tau ape name dye. bile i tnye doktor why? dy ckp, drah i kurg zat besi! hahaha. but alhamdulillah, still boleh derma darah:)

pemerhatiSejati said...

alhamdulillah. insyaAllah, kalau yg kurg2 dlm darah @ bdn ni, boleh kita tmbh. so, next time bila ada drma drh bleh la derma. mcm sy, haemoglobin rendah, sem ni alhamdulillah bleh derma. =) kena btulkan pmknn je. ^^, best kn derma darah ^^,

Aimacomel said...

berat 37kg je. memang tak cukup nak derma, lagipun takut la nak tengok darah banyak2 tu ..
baby follow sini ye ;)

pemerhatiSejati said...

babycomel: klau brat below 45kg mmg x bleh derma. =) thanks babycomel! nnti t-ka pegi blog baby plak ye ;-)

bicara mak dara said...

Mak Dara dah lama teringin nak derma darah tp masalahnya mak takut jarummmm camner tu huhuhu

Eiqa azra said...

eiqa pernah sekali derma darah.. tapi lepas tu pengsan..hehe..
dah trauma nk derma..

pemerhatiSejati said...

Mak Dara: t-ka pun mula2 takut sangat2. mcm2 ada dlm kpala. tapi lpas dah derma, bru dpt rs perasaan satisfied tu. hehe. insyaAllah, smoga Allah bagi Mak Dara kekuatan utk derma darah ye! ;)

pemerhatiSejati said...

eiqa: mybe eiqa x mkn sblm tu x? hari tu t-ka derma pn rmai yg almost nk pengsan. insyaAllah, mungkin dh hilang trauma nnti eiqa nk derma lagi ke? hee ;)

NinaChocotaz said...

http://zatochoc.blogspot.com/2012/06/kontest-bawal-stylish-by-zatochoc.html meh sape2 nak join... jom la~

Buatbest said...

uit..menakOtkan je tgk..haha..done follow 158#~

pemerhatiSejati said...

tengok mmg tkut. tpi xde apa pn sbnrnya. hehe. kita kena overcome rs takut. =) thanks!

Unknown said...

Yaya tak suke darah . Tak suka jarum . Eewwww

pemerhatiSejati said...

yaya: hehe, ramai macam tu. =)

Post a Comment