Pages

Thursday, June 21, 2012

Khamis yang menggamit memori =')

kain pelikat ayah =')

kain pelikat dari ika buat ayah, kini jadi pengubat rindu ika pada arwah ayah. =) betapa ironinya. ika suka tengok ayah di atas hamparan sejadah mengenakan kain pelikat yang ika hadiahkan ni. doa sesudah solat, ika dapat dengar satu persatu. =') rindunya.


 kereta kesayangan ayah =')

kereta yang penuh kenangan. ke mana kita pergi, kereta ini lah yang memacu arah kita. kereta ini jugalah yang menjadi saksi tatkala ayah memberi secebis nasihat. rindu juga =') 


ingat lagi gambar ini? ayah ambil waktu pertama kali ika beli laptop ni =')

hari pertama ika beli laptop, ayah sudah bersiap sedia di hadapan. ayah rasmikan microsoft word ika dengan sedikit kata-kata ayah. bila rindu ika buka dan baca semula kata-kata ayah tu =')

dan diari ayah. ika simpan dan baca bila rindu.


2 Sya'ban 1433 H (12:14am)
Terengganu.
Al Fatihah.

Rindu seluas langit, doa tiada henti.
Buat ayahanda dan bonda.

Rindu ayah, rindu mak.
Moga Allah beri kekuatan, kesihatan pada Mak. =)

Tuesday, June 19, 2012

HECTIC

Assalamualaikum friends =)

Well, this semester onwards, we're going to face a hectic life. As a student of course.
We are going to have coursework as early as the 3rd week of this beginning semester. Can you imagine that? Think like me, sigh like me. ==", 

What else do we have? Oh, yeah! Camping!! U-la-la-la. I do really love camping. Well, let's see. When was the last time i went for camping? Oh, it was during the 1st semester, the so called BIG programmed. So, looks like i'm going to dream about camping stuff tonight. Let's dream together! Yay, yay! I really hope there's going to be jungle trekking. And favourite friends of us-PACAT. What is it in English? erm. 

Let's not talk about exam too early. We are not an exam oriented students. Though it is the fact. ==?
Any more that i forgot to list out here? Yeah, yeah. Still a lot more. But, i prefer not to tell, just to keep.


no, no, no. this is not me.
this is too hectic. eee. 

p/s : just a piece of reminder--> whatever that we do, do it at our best! Be it studying, join any programs, doing a business. anything! go all out to gain the product. if we plant a mango seed, make sure it turns to be a mango tree, producing sweet, healthy mangoes fruit=) That's it! Sweet dreams ^^,

Monday, June 18, 2012

What's for dinner?

What's for dinner? Dinner?
Noodles for dinner? Dinner?
What's for dinner? Dinner?
Rice for dinner? Dinner?
Hey, what's for dinner? Dinner?
Chicken for dinner? Dinner?
No, no!
Only red bean bun for dinner, dinner!

p/s: Ok, reka sendiri, macam budak-budak pulak dah rasa. ==",
seriously, tahap lapar critical. Tapi kena ingat, lapar-lapar pun, saudara kat syria, palestin, afrika, dan yang sewaktu dengannya lagi lapar. I have to be strong, patience, for allowance would be in just another few more weeks. Sounds very soon right? But, i don't think so. Might be early of July, or might be in the middle of July. Who knows?

Sunday, June 17, 2012

Keyakinan ku hanya pada Mu, Ya Rabb

ALHAMDULILLAH :-D

Kalimah tepat terpacul dari mulut tatkala saya melihat keputusan exam semester lepas pagi tadi. Perasaan : sungguh tak terkata.
Hanya Dia dan Dia Yang Maha Mengerti. 
Kekuatanku, keyakinan ku hanya padaMu. Restu ku pohon pada ibunda tercinta.
Alhamdulillah, berkat doa mak, anak mak ni dapat juga merasa sesuatu yang memang dia ingin2kan selama ni. :-)
Dan untuk arwah ayah yang selalu doakan ika, ika sentiasa ingat dan sayang ayah :-)

Ika rindu ayah sangat-sangat! Mak, terima kasih sangat2. Ika akan ingat jasa mak dan ayah =')

Semoga Allah memberkati segala perbuatan, ilmu dan urusan ku dan sahabat-sahabat di bumi penyu ini. Aminn.

And of course, a congratulate from me to you, Kampung Manggis's folk, for successfully grab the dekan's title! Wish you all the best for this final semester =)

Dalam apa jua yang kita lakukan, lakukan sehabis baik kerana kita yakin pada ayat Allah yang satu ini:
"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal".
Ali Imran:159

Indah kan, jika hidup sentiasa dalam redha Allah? Jom semaikan tekad dalam setiap urusan kita!

Till then =') 

Wednesday, June 13, 2012

Cuti yang terisi!

Assalamualaikum!

Cuti2 ni selalu korang buat apa ye? Saya buat macam-macam! ^__^

Entry kali ni, saya nak share tentang aktiviti cuti saya yang tak seberapa ni. Hee

1. Berniaga di depan rumah

ni antara kuih2 yang dijual. 

2. Masak-masak (yang senang je)









yang ni paling senang nak buat. 
mula-mula memang ingat susah, tapi bila dah siap. 
eh, senang juga ya? >_<

tengok, dah nak licin dah piring tu. ahaa~

2. Buat kraftangan yang senang jugak 

yang ni mesti ramai pernah buat kan?
cuti ni la pertama kali buat, kali terakhir saya buat benda ni masa darjah 6 dulu. lama sangat dah tinggal benda2 macam ni. ^^,
bahan pun senang je: tali warna warni, (1 tali 10sen je), gam uhu, dan batang aiskrim! lepas tu boleh la buat ikut cara sendiri.
buat benda ni pun dapat income tau. ihik,
saya jual dekat budak2 je, satu 50sen je. jadi, setakat ni dekat 4 rm jugak la dapat. hee >__<

4. Berkelah di Lata Jarum





balqis comel main dekat tepi2 je. grr, sejuk, sejuk~

5. Main dengan balqis!

 balqis ni kalau tak pakai tudung, orang ingat baby boy. hee


tengok. comel kan bila balqis pakai tudung. tembam je pipi tu @_@

6. Makan sudah tentu!

 sedap jugak la muffin katun2 ni.


err.

7. Melawat kambing mak long



 8. Ronda-ronda kampung

ku cinta kampung ku~


Macam tu la serba sedikit cuti singkat saya.
Korang macam mana?
Mesti lagi best kan?
Apa-apa pun, cuti yang ada tu pastikan kita hidupkan, kita penuhkan dengan perkara yang bermanfaat ok?
Spend time with your family well :-)

TAK PUAS CUTI PULAK!


Tuesday, May 22, 2012

=)

Hmm. Problem memang takkan lepaskan kita kan?
Jadi, kita kena yakin, bersama kesulitan, ada kemudahan. Tu janji Allah.
Saya yakin semua ni akan berlalu. Cuma cepat atau lambat. Lambat boleh tunggu kan?
Ni semua lah yang mematangkan saya. Saya selesaikan sendiri. Walaupun perit.
Walaupun kadang-kadang rasa macam nak give up sangat-sangat.
Tapi bila sampai satu tahap saya tak dapat nak handle, saya akan tanya diri saya sendiri 'Kau dah sampai tahap ni, takkan nak give up semudah tu? Bangun, bangun tika!'
Saya sangat bergantung harap pada Allah sekarang. Saya dah cuba yang terbaik, cuba cari jalan penyelesaian, dan sekarang masa untuk bertawakkal. Allah sangat mencintai orang2 yang bertawakkal tau!
Saya yakin saya dapat hadapi semua ni walaupun saya hadapinya sendiri! Saya redha dengan semua ni =')

Friday, May 18, 2012

Rindu sangat. Ayah!

Sungguh. Hati ni rindu sangat pada insan yg saya paling sayang- Ayah.
Saya ingat saya boleh bersikap tabah, dengan sentiasa senyum, bersuka2 dengan kawan2.
Tapi saya tak! Setiap hari, perasaan saya, ingatan saya asyik pada arwah Ayah.
Ya Allah, tolong lah hamba mengharungi perasaan rindu, perasaan sedih, perasaan sebak tanpa arwah ayah.
Saya sangat sedih hari ni. Bulan ni final exam.
Dulu, saya selalu telefon arwah ayah. Minta doa. 'Ayah, ika exam hari ni. Doakan ika ye ayah.'
Ayah akan jawab dengan penuh semangat, 'Ayah doa pada Allah anak ayah dapat jawab periksa nanti. Ayah buat solat istikharah mintak petunjuk ika dapat jawab ye. Ika jangan risau tu, ayah selalu doa untuk anak2 ayah'.
Arghh. Rindu nak dengar nasihat2 ayah. Dan yang paling rindu, bila ika call ayah je, mesti ayah akan jawab dengan excited. 'Assalamualaikum anak ayah! Apa khabar?'
Allah. Allah. Allah. Memang rindu. Betullah, orang cakap kita betul2 rasa kehilangan orang tu bila dia dah tiada.
Betul2 rindu masa dan memori dengan arwah.
Rindu sangat!!!!!! Semoga Allah beri saya ketabahan. Dan saya nak jadi anak yg solehah, boleh menyumbang sesuatu untuk ayah di sana! Allah, pertemukan kami di akhirat! Saya rindu ayahhhhhhh!


ayah penyayang sangat. suka cium dan peluk anak2 dia. tu yg rindu sangat. hmm. ='(

Ayah, ika akan doakan ayah mcm mana ayah doa untuk ika dan adik2. Lebih lagi! Ika sayang ayah sangat2!
Ya Allah, berikan lah rahmat dan belas kasihan Mu buat ayahanda kami yang tercinta ini. Aminn!