Pages

Friday, January 24, 2014

Random talk....

Assalamualaikum.
Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad.

Hari ni aku nak kongsi satu buku yang pada pendapat aku best dan tak bosan pun kalau baca. Tak baca okay, dah baca insyaAllah, berpahala pula. MasyaAllah. =D

Tajuk: Khutbah Rasulullah : Wasiat Agung Buat Umat Tercinta
Penulis: Rohidzir Rais

Buku ni aku beli pada 4 Februari 2013, belum setahun lagi. Bulan depan insyaAllah. Aku ni ada satu tabiat buruk jugak, iaitu, suka beli buku, tapi selalu tak habis baca.. Buku kat atas ni rasa macam dah habis baca. Tapi ingat-ingat lupa jugak la. Ish, ish, ish. Tapi nak cakapnya, buku ni best. Best sebab apa? Ok kat bawah ni aku describe sikit:

Kenapa buku di atas best?
1. Ada 9 bahagian yang merangkumkan khutbah Rasulullah yang mempunyai pelbagai intipati.

Bahagian 1: Khutbah Penting Rasulullah
Bahagian 2: Pemimpin dan Kepimpinan
Bahagian 3: Kematian dan Kubur
Bahagian 4: Tanda-tanda Kiamat dan Akhirat
Bahagian 5: Syurga
Bahagian 6: Neraka
Bahagian 7: Akhirat
Bahagian 8: Wasiat dan Pesanan Rasulullah
Bahagian 9: Jihad

Dalam kesemua 9 bahagian ni, aku paling suka bahagian 3, 5, 6  dan 7. Sepatutnya kena la suka semua sebab semua khutbah yang dirangkumkan ni sangat perlu kita teladani. Tapi yang aku suka tu the top list sebab bila aku sampai je pada bahagian tersebut, aku rasa nafas aku turun naik sebab bila baca je, aku jadi takut. Takut dengan azab yang diceritakan. Dosa yang penuh ni. Memang menginsafkan dan patut la dibaca banyak kali. Kejap lagi aku masukkan sikit salah satu khutbah yang boleh buat kita berfikir akan mati, akhirat dan moga bertambah pula kecintaan pada negeri akhirat. InsyaAllah, sesekali, aku teringin juga kumpul pahala melalui penulisan. Sama-sama lah kita jadi insan yang saling ingat mengingati pada negeri akhirat yang kekal abadi.

2. Best sebab baca 1 tajuk, nak baca pulak tajuk seterusnya. Betapa dahsyat nya, hingga tak sedar masa berlalu pergi. hiperbola? Biarkan.........

3. Ayat yang simple dan mudah difahami, lagi seronok apabila penulis sertakan sekali ringkasan tajuk. Apa yang diterangkan dalam khutbah, diringkaskan penulis untuk kefahaman pembaca.

4. Bila baca, teringat pada iman dan amal sendiri. Ada kemajuan kah? Oh my iman.... Oh my amal......

K, tu je, tak boleh banyak-banyak.

Dah habis pasal diskusi perkara-perkara kat atas ni, kita pergi kepada extract of one of the khutbah by our Prophet Muhammad saw. Confirm jiwa haru...... 

Khutbah 18: Anjuran Mengingati Kematian dan Kubur
Abu Said Al-Khudri menceritakan, Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa orang sedang melakukan suatu pekerjaan. Lalu Rasulullah saw berkata:

"Sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan, sudah tentu kamu tidak akan sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu, banyakkan mengingati perosak kelazatan, iaitu kematian. Kbur sentiasa berkata, 'Aku adalah rumah terasing, aku adalah rumah sendirian, aku adalah rumah tanah, aku adalah rumah ulat-ulat.'

Sekiranya seorang hamba yang beriman dikuburkan, kubur berkata kepadanya, 'Selamat datang. Engkau adalah orang yang berjalan di atas belakang ku yang paling aku suka. Hari ini, engkau diserahkan kepadaku untuk diuruskan. Engkau akan melihat apa yang aku lakukan kepadamu.'."

Rasulullah berkata lagi:

"Lalu kubur itu menjadi lapang seluas mata memandang, lalu dibukakan pintu untuk dia pergi ke syurga. Sekiranya seorang hamba yang jahat atau kafir dikuburkan, lalu kubur berkata kepadanya, 'Aku tidak mengalu-alukan kamu. Engkau adalah hamba yang berjalan di atas belakang ku yang paling aku benci. Pada hari ini, aku diberikan tugas bagi menguruskan kamu, engkau akan lihat apa yang aku lakukan kepada kamu,' Kemudian, sisi kubur pun menghimpitnya sehingga tulang-tulangnya hancur."

Setelah itu, Rasulullah saw memasukkan jari jemarinya di antara jari jemari tangan yang satu lagi. lalu berkata,

"Didatangkan kepadanya 70 ekor ular. Sekiranya seekor ular itu menyemburkan racunnya ke bumi, tiada tumbuhan yang dapat tumbuh di atasnya. Lalu ular ini mematuknya sehingga dia dibawa untuk dihisab."

Rasulullah saw kemudan berkata lagi, "Kubur itu boleh menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga, atau menjadi sebuah lubang daripada lubang-lubang neraka."

(Direkodkan oleh al-Tirmizi)

Khutbah kat atas ni salah satu khutbah yang dirangkumkan dalam buku ni. Baca pasal kubur, azab-azabnya. Serius gigil. Kena perbanyakkan amal. Astaghfirullahal azim.. Aku bukan lah yang terbaik, tapi aku cuba untuk perbaiki iman dan amal aku. Ikhlaskan daku Ya Allah. Ikhlaskan kami.... Untuk cintaMu.
Sila beli buku ini please............. Tak mahal pun, rm19 sahaja. InsyaAllah bermanfaat untuk kita..

Itu sahaja yang aku nak tulis petang ni. Lagi satu, mohon doa kalian untuk praktikum yang ke 3 ini... Aku harap kali ni lebih baik dan emosi aku pun lebih stabil bila berhadapan kanak-kanak kecil nanti. Doakan aku dapat tajuk research apa yang aku nak buat. Mood blurr menguasai diri aku. Adakah ini satu realiti???? Sob3. Tawakkal pada Allah, mudah-mudahan sume batch ambilan Januari 2011 berjaya dengan izin Allah. Yes.

Sebelum mengundurkan diri, aku nak perkenalkan 3 ekor bantal bucuk aku....

ini dia 3 ekor bantal bucuk yang selalu menghidupkan malam aku. kuang3.
bear tu baru je wujud tahun ni. lagi 2 ekor tu, sudah berusia 3 tahun lebih.
yang paling best ialah bantal biru tu.......... jeng3.
Renuka's favourite too... ihiks. 
Dan 1 fakta lagi, walaupun kawan-kawan aku cakap bantal 2 ekor tu ada bakteria, tapi mereka masih berani memegangnya dan kadangkala memeluknya juga. Hua3.
>_<
kat ipg ni la aku belajar erti memelihara bantal peluk,,,


Ok, that's all. Thanks for reading!

2 keyboard writings:

Chaks.... said...

alhamdulillah... best pengisiannya... i'allah blog ni akan jdi bookmark i... nice

pemerhatiSejati said...

syukran jazilan.. saje isi masa lapang.. hihi

Post a Comment