Pages

Tuesday, September 6, 2011

Beginning of my 2nd SBE aka PBS!

Assalamualaikum and a very pleasant day to my...
cess, persis siswi ingin menyampaikan ucapan pulak eh kau.
Hello guys! Okay, i've started doing the so called SBE and it's been 2 days now.
Oh, 3 more days to go! 
Ya Allah, please give me the strength to engaged with the school environment.
To tell you the truth, i do enjoyed doing my SBE in my former primary school, which is SK Ulu Gali.
Ya, a school full of memories though i only studying there for one full year. That was my standard 6 history.


Okay lah. The reality is, doing SBE alone is seriously too boring. 
You can actually count your words used on any particular day. 
If you do it with your buddies, then you'll have partner to talk to, right? Buat ketupat ke kan.
In a different story, doing SBE alone is definitely A 'serve you right' blame. 
Sape suruh tak buat dengan kawan.
Aku bukan apa, ni kan bulan raya. Aku nak lah raya lama-lama kat kampung tercinta aku ni.
cess, kau memang banyak ala-san! ahah!
Enough with leteran entah hapa-hapa. Now, it's time to cuci mata sikit.
Meh tengok gambar meh.










 murid yang nampak pendiam, tapi banyak cakap jugak sebenarnya.




 memang bersih. dan ceria.




this boy named Farid. okay, akak suka sangat adik ni.
the reason i love to lepak-lepak dekat library is because of this boy la.
sangat friendly, macam tau-tau je i takde geng nak borak.
berpengetahuan luas. siap bagitau tu universiti terbesar di dunia dan terbesar di malaysia yang mana 1.
and then, Farid ni tolong carikan sejarah i dekat sekolah ni. terharu owh.
ce tengok kat bawah.

tengok, nama i no 17 tu. ni masa darjah 6 perdana.


ok, salah tunjuk. i dapat 2A 3 C ye. 
tapi ni bukan result upsr, ni result exam bila entah. lupa pulak.


lepas tu, ni cita-cita i dulu. 
tak tercapai tu. doktor and ahli astronomi.
gigih sangat lah aku belajar bio kan nak jadi benda-benda ni sume. 
main-main lagi ada. so, tak tercapai lah. sob-sob-sob.

and before i forget, Farid tu adik kepada one of my friends la, Faris. 
memang dah kenal dah pun si Farid ni. Tu yang syok borak-borak tu.




mereka ni lah yang rajin duk borak-borak dengan teman.
tu yang best tu.


boleh tahan lah PBS kali ni.


Today's entry ends here! Smile (^_______^)

there's something upset me. urghh! nevermind. chillax!
-wassalam-

Sunday, September 4, 2011

2nd PBS / SBE

Wah, esok dah mula sekolah. Bermakna bermulalah PBS ku.
Cuak juga sebenarnya. Adik saya cakap budak sekolah cuti 2 minggu.
Ada ke patut? Kalau depa cuti 2 minggu, macam mana den nak buat PBS?
Tapi nasib baik tu kekeliruan my adik je. Seminggu dengan 2 minggu pun tidak dapat dibezakan.
Ish-ish-ish.

Nervous dowh. *cess, tetibe bajet culture shock orang kl bai.
Al maklumlah. This time, im doing it alone yo!
Ah, gasak lah.  Seminggu je pun dik.

Tapi saya ada one big problem. 
Susah kot task untuk PBS kali ni. 
Dengan assignment methodology lagi. Task PBS lagi.
tadi belek-belek, hampir terbeliak mata den.
Theory? Man! Im not really good on it, seriously!

And the most exciting part is-Yay, im gonna go to school by bus!
Cool, isn't it. Wearing the teacher's uniform, i mean, baju kurung. 
Ah,aku sebenarnya segan jugak lah. 
Saje je nak buat-buat suka kan. 
Dah la aku sorang. Takde geng. Nasib lah hari raya kan.

Ya, guys. This is a mumbling entry actually.
It's really heart breaking to notice that nobody wants to hear you mumble!
Oh, oh, oh. 

And lately? Yaa, have been very jealous to see couples. What a happy? life. Maybe.
Chop. Study biar betul-betul sikit kak. Apa ni cintun-cintun nih.
Tak cool lah!

Dah, a closure words from me?
Can't wait to finish this semester off!! Yay!!
 oooi, exam pun belom lagi! berangan je keje!

Sunday, August 28, 2011

Virus. Hah? Virus?

Assalamualaikum!

Wah, lama jugak eh tak jenguk blog ni. Rindu lah pulak kan. Okeh la, meh tengok benda alah kat bawah ni:


gila ah. virus detected-39 ekor. ish3 laa.

Tak sangka betul. Selama 2 tahun kami hidup bersama, si laptop menghadapi penyakit yang agak sukar diubati. Patut lah kalau tengah syok-syok duk surf internet, tiba-tiba termati sendiri. Haiyya. Mungkin sebab saya jarang scan kot. Lepas tu, mungkin juga lah saya duk download-download tu, virus yang berbagai nama tu duk sibuk jugak nak berumah dalam system laptop saya. Sedih tau. Malas la nak format-format. Nanti mesti ada folder-folder yang hilang. Tak mau, tak mau. Haih. 


then, tengok balik dekat scan system tu.
makk aii! last scan system-tahun 2009 dulu nuu. 
sekarang dah 2011. apadaa. 
ini semua salah saya, sayang. saya tak pandai jaga awak.
sob-sob-sob. 
walaupun saya selalu lap awak dengan kain, sembur dengan air bagi kilat-kilat sikit, 
tapi saya terlupa nak ambil tahu pasal kesihatan awak.
sori ye. sekarang awak tengah nazak. ='(
saya doakan awak cepat sembuh encik laptop =)

Owh, sangat tak boleh blah. Time-time ni lah kau nak berjiwang besi kan. Aku sayang dowh laptop aku. Sebab akak aku yang belikan. Harapkan duit sendiri, kerja nanti la jawabnya baru merasa. Ha ha. Just hoping that everything's gonna be alright dearies!


Sunday, August 14, 2011

Diari 14 Ramadhan 1432 Hijrah

4 a.m.
Pagi yang hening. Jam loceng telefon bimbit ku kedengaran nyaring, lantas memaksa mata terbuka layu. Ah, baru pukul 4. Tido lagi sikit lah. Begitu lah hati, sentiasa berperang dengan perasaan malas dan letih. "Sape tu!!!". Penghuni aras 2 dikejutkan dengan teriakan floor-mate. Aku lantas terjaga dalam perasaan cemas menyelubungi diri. Ku hampiri pintu, mengamati suasana di luar. Selamat. Lalu pintu dibuka perlahan. "Kenapa wei?" "Aku nampak orang laki turun dari aras atas." Ya Tuhan. Siapakah lelaki misteri itu? Adakah kejadian kecurian bakal berulang lagi? Itu persoalan sukar. Wallahualam. Lantas ku ucapkan kalimah syukur kerana saat aku terjaga oleh bunyi jam loceng telefon bimbit ku, aku tidak terus keluar dari bilik dan melangkah ke ladies room. Bayangkan, jika aku yang terserempak dengan lelaki misteri itu? Apa bakal aku lakukan? Syukur, alhamdulillah!

Bulan Ramadhan. Ini bulan yang suci. Bulan mentarbiyah diri menjadi lebih baik dari bulan-bulan yang biasa. Jika tidak mampu berubah sepenuhnya, mungkin sedikit pun jadi lah. Ikhlas itu yang utama. Bukan? Hmm. Masih ada kejadian yang tidak diingini berlaku di bulan yang suci ini. Timbul rasa bimbang dalam diri. "Takut lah nak sahur awal-awal, nanti jumpa orang macam tu, tak pasal-pasal je". Itu lah bicara hati yang sebenar-benarnya. Aku wanita, punya rasa bimbang. Harapan ku, moga perkara ini tidak berulang lagi.

Ya Allah, ku mohon perlindungan-Mu dari sebarang hal yang mampu memudaratkan dan merosakkan ketenteraman kami. Amin.

p/s  Assignment mood=))

Friday, August 5, 2011

5 Ramadhan 1432 Hijrah.

Syukur kerana masih diberikan lagi kesempatan oleh Allah s.w.t 
untuk menunaikan salah satu rukun Islam, iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.


Saat mata terlelap, mimpi mengerawang. Ada yang telah pun ke Korea, ada yang telah ke Afrika Selatan, ada juga yang masih di Negeri Sembilan. Begitulah lumrah mimpi, kita bersendiri di dalam dunia separuh mati itu. Tidak perlukan wang ringgit untuk ke negara jiran, cuma bermimpi, maka ter-realisasilah mimpi indah itu. Namun, mimpi cuma tinggal mimpi. Tatkala tersedar- "Ah, mimpi rupanya".

Alhamdulillahhillaziahyanaba'damaamatanawailaihinnusyur. Kalimah yang terus dibaca sejurus mata kuyu terkelip-kelip melihat sekeliling. Terus mempersiapkan diri untuk bersahur. Water heater dibawa bersama. Kaki lemah mengorak langkah. Takut dan tawakal sama-sama bersahabat. Berita kecurian masih tidak dilupakan, lantas menjadikan diri lebih berhati-hati. Mata meliar ke kiri, ke kanan, hadapan, dan juga belakang. memerhati andai ada yang mencurigakan. Alhamdulillah, segalanya baik sahaja.

Air dipanaskan. Yang sunat didahulukan sementara menunggu air masak. Usai semuanya, santapan sahur segera dikeluarkan. Bubur lambuk Balai Islam Al-Muttaqin 'Alhamdulillah', roti gardenier bersama tuna, biskut kering memori zaman kanak-kanak ku, air vico dan makanan yang lain yang berada dalam senarai stok makanan ku. Alhamdulillah, sahur yang sempurna bagi seorang perantau di negeri orang. Teringat kepada ibu di kampung. Saat bersahur, akan dimasak apa yang ada, segala-galanya panas. Ibarat makan tengah hari. Mungkin sebab itu ramai yang ingin berpuasa di rumah, bukan?

Waktu berbuka kian hampir. Terdengar pengumuman dari Balai Islam, yakni surau di IPG kami. Pengumuman bahawa bubur lambuk sudah siap dimasak. Alhamdulillah, harus diambil ni. Buat sahur besok pagi. Langkah kaki dipercepatkan. "Bubur lambuk dah habis". "Hah? Dah habis?". "Ada, ada." Cess, ditipu. Jadi, perasaan gembira lantas melebar ke kalbu. Esok bersahur bubur lambuk lagi. Yay!

Sekian omelan di malam yang hening.



p/s Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah ta'ala.

Damba Kasih ^^,








p/s : a song full of meaning. (^^,)

Thursday, August 4, 2011

Duit.

Duit? Apa itu duit? Ada juga yang memanggil duit dengan panggilan wang. Skema nyo lah. Tapi takpe, akak memang suka warga-warga pencinta bahasa skema ni. Ada class pe? Ha ha.

Ok lah. Duit ni, dalam sekelip mata je boleh tinggal sedikit. Mungkin lah awal-awal dalam akaun bank tu ada dalam 5k, then selepas beberapa ketika, duit tu tinggal 10 riya je didalam nya. Alangkah sadisnya. Tapi nak buat macam mana kan, duit tu disalurkan ke jalan yang benar. Kot kalau ada yang guna ke arah yang terpesong, ada baiknya lah batalkan perbuatan tu dengan segera. Gunakan lah duit anda dengan berhemah.

Duit oh duit. Kau mengalir ibarat air berkarbonat yang mengalir di trachea ku. Cess, bulan posa ni. Tapi betul la, tak kira macam mana bajet pun you, duit you pasti akan tinggal sikit punya.Well, this suits with a quote-nothing last forever. Kalau lah duit ni macam pokok, alangkah gembiranya. Nak duit je, petik je daun kat pokok tu. Kalau yang daun hijau kita kira RM5, kalau yang dah coklat-coklat tu, kita anggap dia dalam RM100. Bahagia kan kalau begitu. Nak pergi shopping, just petik 10 helai daun tu, dan bersuka ria lah you all. Waah, berangan tak hengat! Ish, ish, ish. Apa nak jadi la.

Hai lah duit. Masalah besar kalau takde duit ni. Tapi takpe, chillax je la dewi puspita hatiku. Duit bukan lah segala-galanya. Ce mu pikir sket esemen yang bertimbun tu. lagi merana jiwa dik. Kau tak buat apa-apa lagi tu. Dah, henti kan menyerabutkan diri kau dengan En Duit. Heh. Kurang kerjaan ya.

Money, money, money~