Pages

Sunday, July 31, 2011

Sekadar perkongsian hari ini ^^,

Assalamualaikum sahabat ^^,

Siapa kata penggunaan salah satu laman sosial, iaitu Facebook hanya mengundang pelbagai pengaruh negatif sahaja? Hakikatnya, jika diteliti kembali, selain ianya dilihat sebagai salah satu cara untuk menambah kenalan, Facebook juga berperanan penting dalam menyebarkan info-info penting buat pengetahuan semua. Namun, ianya bukanlah medium utama untuk menyuarakan pendapat ataupun sebarang ketidakpuasan hati jika ianya bersabit dengan kegiatan formal, contohnya, jika pelajar ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sistem pengurusan cafeteria. Medium yang paling tepat dalam hal ini ialah sama ada pihak JPP (Jawatan Perwakilan Pelajar) ataupun terus ke pihak HEP sendiri.  Dengan ini, baru lah lebih sistematik bukan? Takkan lah semua perkara formal nak dibangkitkan di Facebook. Bukan?

Ok lah. Tujuan utama entri kali ni lebih kepada ingin berkongsi sesuatu yang saya dapat melalui laman sosial ini, iaitu Facebook. Banyak juga ilmu bermanfaat saya perolehi melalui Facebook ni. Tapi, kena berhati-hati juga ye bila nak serap ilmu tu. Pastikan sumbernya sahih dan boleh dipercayai. Jangan ambil 100% ye. Tanya lah kepada yang expert ^^,. So, here it goes :
KELEBIHAN SURAH-SURAH PILIHAN..

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
**Done reading? Buat lah sekadar yang mampu=)) Tiada paksaan dalam Islam ^^, 
(= Selamat menjalani ibadah puasa semua... Tingkatkan iman, amal dan eratkan ukhwah. Sama-sama kita menggandakan apa yang patut digandakan. Tinggalkan apa yang patut ditinggalkan. ^^, Mohon maaf sahabat sekalian! Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Saturday, July 30, 2011

-wanita-

Assalamualaikum w.b.t!

Masa browse the net tadi, terjumpa this interesting topic about women. Bila baca-baca balik, ada betulnya juga apa yang ditulis tu. Jadi, jom sama-sama terokai apa yang saya dan awak perlu tahu tentang wanita dalam 30 sentences di bawah! Yezza^^,

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Taken from: http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/09/04/30-perkara-tentang-wanita/


 ~wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah~

Friday, July 22, 2011

Segenggam Tabah

Assalamualaikum w.b.t! I'm currently listening to a song entitled Segenggam Tabah by In Team. Well, i found this song to be so close with my life. Hmm, it reminds me of my life backward. Life was so difficult when i was still in primary school. Everything was so clear even until now. Yes, it never fade away from my memory. That was what makes me to be as strong as now. =')

This song, is dedicated specially for my beloved mak and ayah. Praying the best for their happines=))

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

p/s Ya Allah ya Tuhanku, berkati lah kedua orang tuaku sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu aku masih kecil.

Mengidam lah.

Aish. Gila ah. it is so happen that i'm currently craving for SAMBAL PETAI & DURIAN!! Geez. Bila tengok je status kawan-kawan mengenai kelegaan mereka dapat balik rumah dan makan durian dan apa-apa je lah yang sedap kat rumah tu, i rasa macam - Ish, terliur kot. Mai semangkuk apa yang hampa duk makan tu!


 ya Allah, sedap nya!!!!! ni yang aku tak boleh tahan ni beb.


tengok tu. petai dan udang nya 2. sedap wa tarak boleh cakap maa.

Okay lah, sebagai orang kampung sejati, koi mengaku lah koi memang peminat tegar petai. Tapi since we live in a harmony place, where we respect each other in every aspect of life, so terpaksa lah kan tahan je niat nak makan petai berpapan-papan ni. Al maklumlah, kalau y'all makan petai, boleh agak lah kan comfort room aka toilet kat hostel tu aromaterapi dia bagaimana kan? jadi nak tak nak, kena bersabar je lah. Tapi, seriously, sambal petai ni sedap dia tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Nak-nak nya kalau hasil daripada air tangan mak. Lagi lah berapi kan. Sambal petai ni jugak x-factor nya ialah, boleh menambat hati mak mentua, suami tercinta dan juga keluarga tersayang. Cewah. Jadi, tak perlu lagi pergi jumpa bomoh nak jampi-jampi pe sume. Itu pun kalau pihak yang berkenaan memang peminat sambal petai lah ye. Ada orang memang anti petai. Kesian petai. =(


 raja buah, yakni brader durian. durian tembaga sedap gila lah.


sambil google-google tu, terjumpa lah pulak durian warna merah.
agak-agak apa rasa dia eh? ada macam rasa buah naga tak?
ke rasa air sirap? 

okay, second talk. Durian. Yang ni pun feveret lah ye. Kalau musim durian, tak sah kalau tak duduk ramai-ramai dalam satu bulatan menunggu durian untuk di belah di dapur. Lepas dah bukak je durian yang memang sedap tiada tandingannya tu, terus je la makan tak hingat dunia. Makan durian pun kena agak-agak jugak. Jangan makan sebelum nak pergi sekolah. nanti kau sendawa sebelah member, konpem-kompem bau durian punya. Paling teruk pun, boleh bau satu kelas. Tu dia penangan durian. Maybe for that reason, it is called the king of fruit isn't it?

Tentang mengidam:
Ni cerita kawan-kawan i tentang orang pregnant yang mengidam. Ada yang mengidam:
-Makan balm (betul ke eja ni) dengan beras
- Nak makan butt laki dia. OMG. haha
- Minum arak. Astaghfirullahhalazim. Nauzubillah.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan mengidam ini kadangkala adalah hasutan syaitan. jadi, kita pun kalau nak mengidam, berpada-pada lah dan biarlah logik ye. 

p/s Suatu hari, akan ada masa kita bertemu wahai sambal petai dan mr durian!

Wednesday, July 20, 2011

I'm already 20! Yeay!

Assalamualaikum w.b.t fellows!

!Today is my birthday!
-lalalala-
And i'm slowly leaving my teen-teen years. No more 17, 18, and 19. How sad!


 nice, isn't it? not only nice, the taste was as good as it looks!


 totally delicious! nyum3.


 half of it has safely reached our stomach. ha ha.


rezeki hari ini.


 then, we made handcrafts using the watermelon skin.


 baju ke vest?


alien punya baju rupa-rupa nya.

Yes, i'm officially 20 years old now and hopefully, i will become more responsible in everything i do. Thanks to my dearest friends for celebrating my birthday though i always make you guys feel horrible. he he. Thanks juga kepada lia sebab tolong belikan kek yang comel ni=)) Serius sedap oo.!

wishes through fb. ada juga orang panggil i bro. 
haiyoo, kecelaruan gender sudaa. haha

p/s  semakin bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab. setuju?

Monday, July 18, 2011

Abacus.

What is abacus?
-Abacus tu apa ek?-


 this is the thing actually. abacus.


 okay, somebody wants to show her ring lor. haha.


 abacus model of the year. ain & lia. ceh, ceh, ceh.


 model lagi.

Okay. Semalam kami belajar cara mengira menggunakan abacus ni. Mula-mula macam payah je. Tapi berkat kesabaran dan step yang dipelajari 1 persatu, faham jugak akhirnya cara guna benda alah ni. Operasi yang digunakan ialah, tambah dan tolak. Tapi tak tau pulak kot lepas ni belajar operasi darab dan bahagi ke kan. 
Ni lah pengalaman pertama saya guna abacus. Selama ni pernah tengok je, tak pernah lagi try guna. At last, dapat juga belajar cara mengira guna abacus ni. Tenagar pengajar hari tu adalah Tuan Hj Safri. Berkesan pengajaran beliau sebab mostly, semua student faham.

Tentang abacus:
-manik yang di bahagian atas nilai nya ialah 5
-manik di bahagian bawah pula, nilainya ialah 1

All in all, saya telah mula memahami sedikit demi sedikit cara menggunakan abacus ni. Harap-harap saya akan ingat lagi cara guna abacus ni in a long term. Yo!


Sunday, July 17, 2011

Elaun dimanfaatkan, jiwa aman damai. Cayalah.

Anda dikehendaki melihat gambar di bawah dan mengarang esei mengenainya. 


 cuba kira sume sekali ada berapa? dapat jawab, akak bagi kopiko.


ni pandangan dari tepi. nama buku-buku tebal ni. 
those are all related to our course.


ni yang paling tebal ye. literature. aigoo. 

Pada hemat saya lah, selama saya belajar ni, ini lah 1st time saya beli buku sebanyak ini sekaligus. Bukan sahaja sebanyak ini, malah harganya juga paling mahal pernah saya beli. Pergh. Dulu masa SPM, beli ansur-ansur sebab biasiswa BKP limit rm 150 je sebulan. So, agak-agak voleh ke beli begini punya banyak sedepuk ini macam? Tidak lah kan. Paling koman pun dulu, beli 2 buah buku rujukan yang tebal-tebal, tapi kos nya under RM 50. Jadi, boleh dilihat dan disemak lah perbezaan zaman sekolah baju putih kain biru dan juga zaman belajar di peringkat yang lebih tinggi ni. Banyak bezanya tu. 

Dulu, setiap kali biasiswa keluar, alasan yang digunakan untuk keluarkan duit ialah-"beli kalkulator, beli buku rujukan dan alat tulis." Tu je la alasan standard. Padahal tak beli pun. Ish, ish, ish. Rasa membazir betul haku ni zaman muda remaja dan kurus-kurus dulu. KFC lah, beli entah hape-hape je. Sekarang tak boleh macam tu dah, elaun kena budget betul-betul dan tepat. Save sikit. Duit elaun ditumpukan sepenuhnya untuk hal-hal study kat sini. Tapi ada jugak lah kan necessity hati yang perlu dipenuhi. Kang tak pasal-pasal kempunan je. Sape nak jawab tu? 

Okayh lah bebeh, can you guess the price of those books? Ok, ok. Let's reveal the truth. Plus minus, all together it cost me about RM 337. Tapi kalau kira-kira balik, murah pe? 7 buku=RM 300 something. Kan, kan? Masalahnya sekarang ialah----->mana nak simpan buku yang banyak nutrient ni sume? Loker dah full dengan folder yang dijaga rapi untuk pihak MQA. Meja? Aku tak suka letak banyak-banyak buku atas dia. Tapi nampaknya, terpaksa lah kan. Ke ada orang nak sponsor rak buku? Boleh la maklumkan ye. Desperately need a book rack! Ya ha ha!

p/s    Essay done! Yipppieee~